Assalamualaikum… Hahaha…
Agak best sikit hari ni… Lately asyik post ayat ayat jiwang je keluar kat fanpage Norfanil_xoxo… Bukan apa, saja lepas stress sambil motivate diri sendiri..
Tapi normal la.. nasihat orang bukan main.. tapi diri sendiri susah jugak nak buat… Disebabkan status status cinta yang banyak sangat kat fanpage, ada seorang pembaca yang bertanya kan mengenai jaga hati dan perasaan pasangan… Cik Norfa ni tak pandai bab cinta.. FAILED. mujur je tak masuk dalam final exam.. kalau masuk.. Nauzubillah.. hahaha…
Soalan dia macam ni:..
Nampak soalan dia… Jaga hati pasangan.. tapi hanya sebelah pihak.. Sebelah lagi takde.. So apa perlu buat? Haha.. Jawapan cik Norfa senang je…memang kejam.. Haha.. Sedap sedap je cik Norfa suh dia tinggalkan je..Sabor je la… haha.. Senang je mulut cakap kan..
Bercakap tuh mudah, melakukan tuh susah.. Sama lah juga, menasihati orang tuh senang, tapi buat sendiri? Nan hadoo…
haha. malas nak layan.
biarlah..orang perempuan ni..kekadang, tak leh bagi muka sangat..
Macam ni lah.
1. bawa lah berbincang baik2 yang pasti janganlah gaduh2.
2. seharusnya dia luahkan apa yang dia rasa kt pasangannya. jangan pendam,sakit!
3. tak perlu cari siapa yang salah dalam perhubungan yang penting sama2 perbaiki diri.
Jika si dia tak nak ambil peduli, apa kata anda ‘uji’ dia sejauh mana tahap setia dia pada anda.
Jika dia masih begitu, dari diri terus disakiti beritahu pada dia elok2 awak nk undur diri, jika die tanya kenapa,
jawab je… “LU PIKIRLAH SENDIRI!” = settle
Jika die tak tanya, bersabarlah. Mungkin ada yang lebih baik diluar sana.
Jawapan senang kena belajar bertolak ansur.. tiada paksaan dalm percintaan.. hati yang ikhlas membawa pada perhubungan yang sejati 🙂 jika tak boleh memahami atau sukar, kena salaing mengalah dan perbaikki diri sendiri 🙂
Salah seorang mesti mengalah.. terutama lelaki la.. Biarpun banyak yang kata ego lelaki tinggi.. mengalah bukan lah untuk biarkan masalah.. tetapi bila ada masalah, mengalah dalam perbincangan, sedangkan lidah lagi tergigit kan?? Kalau boleh setiap apa yang buruk berlaku dalam suatu perhubungan elok di bawa pada perbincangan..
untung laa dah berpunya kan hahha
hurm… nak kena hati-hati bagi komen nih. ^_^
kalau dalam kes nih, perlu perbincangan dan memerlukan kerjasama dari kedua-dua belah pihak. kalau satu belah pihak saja yang tidak akan mendatangkan hasil.
selain itu, perlu berfikiran matang dan jangan lari dari masalah. yang penting perlu ada kata putus.
kalau ada masalah, selesaikan.
sekiranya si dia tidak boleh meneruskan hubungan, cuba…….. errr.. untuk si dia terus terang.
Tang mana tu yg kata tak jaga hati n perasaan tu. Ada masanya perasaan cemburu dan buruk samgka yg menyebabkan perasaan itu timbul.
Paling penting kena ada tolak ansur serta perbincangan. Kena ada talk. Makanya setiap permasalahan itu akan ada penyelesaiannya.
xyah bercinta..kahwin jer sng~
sometimes benda kecil pom jadi masalah . so kena watlek dan watpeace dalam kehidupan bercintan cintunn kitaa .
Belajarlah melepaskan..
Kalau jenis pasangan panas baran, psiko..tak payah bawak bincang..cari lain..jangan seksa diri..nanti ada la yang lagi sesuai
susah apa .. cari je lah orang lain … sayang macam mana pun tapi kalau tak reti2 nak jaga perasaan orang sampai bila2 pun akan macam tu … dari sakit hati terus
Sebaiknya jaga hati sendiri. Senang, Tak payah serabut kepala.
kadang kadang ni cuma perasaan jer, seolah macam berlebih jer kot, maybe sebelah lagi satu tu x rasa pon yg dia x jaga perasaan ker apa, maybe sebelah sini nak manja lebih, hahhaha
belajar bertolak ansur..kalau tak jadi jugak..cuba berterus terang..orang pompuan selalu mengharapkan pasangan dia faham perasaan dia..tapi sebenarnya tidak..lelaki ni payah sikit nak faham apa kemahuan orang pompuan..semoga membantu..hehe