Hi,
Ada yang mencari Buffet Ramadhan di Puchong. Kali ni saya kongsikan Buffet Ramadhan Four Points by Sheraton Puchong. Terletak di tengah Puchong dan jika tiada kesesakan, 20 minit sudah boleh sampai jika dari Kuala Lumpur.
Four Points by Sheraton Puchong menawarkan suasana yang selesa, kasual dan santai. Sering kali menjadi tempat yang patut pergi untuk berbuka puasa pada Ramadhan kali ini.
Lokasi ini selesa untuk datang bersama-sama dengan keluarga dan rakan sekerja sambil menikmati pelbagai juadah berbuka puasa kerana keadaan sekeliling yang lebih tenang.
Buffet Ramadhan di Puchong
Salah satu destinasi Buffet Ramadhan di Puchong adalah Four Points by Sheraton Puchong.
Hotel ini menghidangkan lebih 100 hidangan kali ini dengan tema Selera Warisan. Antara menu utama dan istimewa yang disajikan adalah Nasi Arab Kambing, Daging Rendang, Ikan Patin Masak Tempoyak, Sup Tulang, Mee Sup dan lain-lain.
Tidak ketinggalam bagi penggemar sotong kangkung, ia turut disajikan sempena bulan Ramadhan kali ini. Pendapat saya, sotong kangkung disini memang sedap! Sos yang pekat dan pedas!
Memandangkan kita di bulan ramadhan, Four Points by Sherator juga tidak ketinggalan menghidangkan lemang biasa, lemang pulut hitam dan juga nasi impit untuk dimakan bersama serunding daging dan ikan pada kali ini.
Bagi yang belum pernah cuba lemang pulut hitam, boleh la cuba! Rasanya? Lebih kurang sahaja dengan lemang biasa tapi ada beza. heh
Begitu juga dengan kuih muih. Siapa disini suka batang buruk? Kalau anda suka, maknanya kita geng. Ia dikategorikan sebagai kerepek la kot. ke kuih? saya pon tak pasti. Heh. Yang pasti ia adalah faveret semasa raya!
Untuk pencuci mulut, beberapa jenis bubur dan pengat disajikan seperti bubur pulut hitam dan pengat pisang. Tidak lupa juga kuih muih tradisional melayu.
Harga Buffet Ramadhan Four Points by Sheraton Puchong
Dewasa : RM94 ++
Kanak-kanak : RM47++
Promosi ‘Early bird’
20% diskaun untuk pembelian 10 baucer dari 23 April – 8 Jun 2015.
Untuk tempahan serta maklumat lokasi seperti di bawah :
[su_note note_color=”#d9fff8″]
The Eatery Four Points by Puchong
1201, Tower 3, Puchong Financial Corporate Centre (PFCC), Jalan Puteri 1/2, Bandar Puteri
47100 Puchong, Malaysia
Tel No : +603 5891 8888
Website : www.fourpoints.com/puchong
[/su_note]
Sotong kangkung tu nampak sedap betul
wow lemang pulut hitam, teruja daku…