Alhamdulillah.. Sejak jadi blogger, boleh katakan banyak la jugak hasil dari blog ni… Kebanyakkanya Advertorial. tapi masih takda yang fix bulanan dan semua tak menentu. Tak boleh nak declared aku ni banyak dapat income di blog.. Ciput ciput je, lagipun aku bukan full time blogger. Mood pun tumbang selalu, bukan sekali sekala dah..huhu
Lain blogger lain income yang dieorang dapat. Ada banyak cara, ada banyak kaedah untuk dapat pendapatan dari blog. So jangan kecewa kalau tak cantik, jangan kecewa kalau tak pandai. Semua boleh di belajar. Aku kat sini nak share beberapa faktor yang menyebabkan blogger dapat duit dari blog. Heh.. panjang ni.. jangan ngantuk k! haha..
Antaranya cara nak buat duit dengan blog dan juga sebagai seorang blogger :
1) Blogger popular
– Biasa blogger popular ni sentiasa menjadi kejaran advertiser untuk bagi job blog, sebab mereka ni ramai peminat. Tak kira la lelaki atau perempuan. Blog trafik tuh tak payah nak cakap la, pasti mencanak canak setiap hari. itu sudah pasti. So tak heran kalau blogger popular dari segi cantik muka atau kacak bergaya, dapat income beribu ribu sebulan dan sponsor yang banyak dari advertiser.

— Besama Innanie Ariffin dii Social Media Week 2013.. First time jumpa Anarm, Denaihati, Shakiddo.. Dan ini lah permulaan baru dunia blogging aku.. Selama 2 tahun aku menyepi selepas gathering geng blogger. Tuh pun sebab di halang oleh LAKI tak jadi untuk bergathering…
2) Blogger Mesra
– Cara kedua untuk anda dapat income sebagai seorang blogger adalah menjadi blogger mesra. Tak semua blogger mesra, macam aku.. Memang malu malu di dunia reality, tapi dalam alam maya.. pung pang pung pang.. ketawa setiap hari bila duk komen and chatting ngan kawan kawan..hahahaha.. So untuk dapatkan income korang kena la jadi mesra.. Bila jadi mesra, advertiser akan ingat korang, dalam dalam masa yang sama boleh kembangkan network korang sendiri.. Nanti senang nak promote blog dan dalam masa yang sama boleh cucuk cucuk sikit kawan tuh untuk dapat job lain..

— Penjenamaan balik selepas menyepi!..
* Kata Akhir Pertemuan : Keep in touch dan roger roger
– Lagi satu tips aku nak bagitau, penting untuk teruskan usahasama dengan advertiser atau kalangan blogger sendiri. Bila dapat job dari seseorang, jangan lupa cakap keep in touch and kalau ada event lagi calling calling la.. tuh cara untuk pancing job seterusnya.. =)
3) Blogger Bukan Kaki Event.
– Jangan ingat blogger yang bukan kaki event tak berjaya. Dieorg ni diam diam ubi berisi. Sangat ramai.. Dieorang tak tunjukkan muka. Kalau tunjuk pun 2 3 kali je. Dieorg tak terhegeh-hegeh pergi event. Tapi dieorg berjaya.. dengan beberapa cara..
a) Affiliate
– biasa kaki kaki affiliate ni jarang pergi event.. depa tumpu pada produk affiliate seperti jom niaga.. . Pilih mana yang ada potensi income, mana yang boleh di percayai dan post mengenai produk tersebut. Antaranya platform jomniaga untuk blogger.. Bukan blogger pon boleh.. Tak susah. Dapat banyak income… Daftar Jomniaga kat sini. Sebagai contoh aku boleh cakap kaki cendol en.titan. Aku mati mati ingat En.Titan ni dulu kaki event. Tapi bila kenal masa seminar Buat Duit Dengan Blog, dan tengok blog dia yang simple giler, baru tau dia bukan kaki event. Tapi kaki affiliate.. Tengok komisen dia dapat banyak. Sama macam Cik Tom. Diam diam ubi berisi semua.
b) SEO
– Teknik SEO..Banyak benda boleh buat dengan teknik SEO. Tak payah tunjuk muka.. Tapi hanya dengan blog niche.. tak caya? Sebagai contoh aku bagi myresipi..Hanya dengan niche rekod visitors dia hari hari beribu ribu. Itu lah pentingnya blog niche dan kelebihan pada SEO seperti google. Google akan rank yang niche dulu baru blog lain.. Lagi satu website yang meningkat naik.. Myselera.com.. Target memang SEO.. dan kebanyakkan tempat makan di singgah dapat first page google. Tahniah untuk bos saya!
– Lagi contoh aku bagi En. Titan. Dia buat affiliate blog iaitu earncent.com dan tambah dengan teknik SEO yang mantap. Sebab tuh dapat jualan komisen tinggi. Aku pun tengah nak belajar ni. En.TItan baru lancar ebook Teknik SEO Merah Jambu.. So sesiapa nak belajar teknik SEO ni boleh beli ebook dari pakar affiliate En. Titan kat sini : Ebook SEO Merah Jambu.
– Lagi satu aku tak tahu blog apa, tapi kawan aku cakap dia kerja dekat F-secure sebelum ni. Buat blog just bagi tips mengenai virus, sekarang dah berenti kerja, sebab income blog dia lagi banyak dari income kerja dia.. So tumpu pada blog tuh je.. Dia hanya masukkan tips tips yang dia belajar dekat tempat kerja.. Akhirnya, hasil tanpa disangka. Untung dirinya. Lagi untung blog dia bahasa inggeris.. Income sangat tinggi sebab pencarian dekat google adalah word wide.. bukan Malaysia dan indon sahaja.
4) Rajin
– Nak berjaya dalam event mesti rajin. Buat permulaan aku sarankan untuk blogger pergi je dulu event yang di invite walaupun tak de payment. At-least dapat kembangkan network. Then after all banyak event yang dah pergi, boleh la mark up sikit. Biasanya macam tuh la. Bagi orang kenal dulu kita,. Aku pasti lepas nampak entry blog korang pasal review event mesti nanti akan naik kepa aevent berbayar.
5) Blog Entry Untuk Jangka Panjang
– Ini boleh masuk dalam kategori SEO sebenarnya. Si Alif F-secure ni selalu tanya aku, kenapa ko tak buat blog yang orang cari selalu, bukannya lapuk ditelan masa seperti berita semasa. Aku pun sebenarnya garu kepala.. Ada tuh ada tapi kurang.. Sebab tuh aku sekarang berjinak2 untuk blog niche travel aku.. InsyaAllah..doakan berjaya je.. sekarang tumpuan aku untuk kumpul duit dari blog nurfa.my then guna duit tuh untuk travel. Hidup aku boleh kata sesak gak la.. Siapa kata aku banyak duit? tak pun.. hmm..pikir mana duit aku pergi.. hahaha.. banyak sangat belanja kat LAKI tak jadi kot? hahaha ..lepas ni belanja untuk diri sendiri.. bak kata seseorang tuh, nak kaya sometimes kena jadi kedekut.. kekeke

— Dia bukan LAKI to be aku, dia kawan aku.. Alif F-Secure.. dah ada awex.. Sekarang awex kat oversea.. jgn marah ye… Hehe.. Nak cakap, New branding travel blog. Sekecil zarah boleh jadi cerita untuk permulaan… =)
#itu je kot aku boleh sembang.. So konklusinya, hang tak tunjuk muka ka, hang tunjuk muka ka, sama ja.. janji hang pandai lalu celah celah untuk korek duit tuh. Kalau hang tak tunjuk muka, cari la kut celah batu, kalau hang tunjuk muka, cari la kut lautan. Eh, aku tak tau peribahasa apa aku pakai.. Yang pasti, kalau pandai celah mana pon hang pergi, pasti dapat jana duit… kan blogger?
tengah mengkaji dan masih mengkaji cara yang terbaik ni.hehe
boleh belajar dari blog ni, banyak ilmu jugak
ohh..macam itu rupanya.
F-secure tu antivirus kan?
Yup mula merasa tuaian dari blog walaupun tak sebanyak orang lain.. Masih tercari-cari lagi hala tuju dalam blogging.. Di sebabkan kekangan masa juga lah kurang menyertai mana-mana event.. Sabar je lah, kalau DIA nak bagi rezeki buat IA, rezeki itu akan datang juga..
perghhh.. leh try nih.. thanks for that tips.. 🙂
wah tips menarik.
saya dah bookmark utk bacaan semula. thanks 🙂
mesti dah berpengalaman besar nie….aku dah lama dalam bidang blog tapi tak pernah join event apa2x..
Trafik main peranan juga kerana Advertiser tempatan lihat. Kalau blog bagus dari teknikal biasanya diminati oleh Advertiser luar negara terutama blog yang mempunyai PR tinggi untuk backlink.
tips yg bagus…. sementara tak ada komitmen boleh gunakan peluang ni sebaik mungkin.. kalau macam kak ni dah ada anak kecik mungkin sedikit terbatas…
paling222 saya sokong no.4
tips yang menarik.. tahniah sampai ke tahap ini.. bangga dengan kejayaan awak.. thanks for sharing nice tips ..
Masih jauh jalan saya.. harap dapat belajar dari rakan2 blogger yg lain.. 😀 Thanx norfa!
Tips yang berguna ni,boleh dipraktikkan dari sekarang,mana tahu kan rezeki sebagai blogger 🙂
terima kasih ats kongsi infonya… apa pun yang kita buat memang kena ada ilmu kan? blogger berjaya pun mesti dengan ilmu. kena rajin timba ilmu..