Tafsiran Mimpi Diajak Kahwin | Ada orang suruh cerita pasal jodoh. Terfikir nak bercerita pasal jodoh dan mimpi diajak kahwin oleh seseorang yang agak rapat kebelakangan ni. Masa kecil-kecil selalu je kalau mimpi, orang kata terbalik.
Tapi entah kenapa, tiba-tiba rajin nak pergi google pasal tafsir mimpi ni. Mimpi ni terjadi 3 4 hari lepas macam tu. Entah apa yang difikirkan sebelum tidur. Biasa kalau kita fikirkan sesorang sebelum tidur, pasti dia masuk dalam mimpi.
Macam kalau rindukan seseorang, kita akan mimpi dia. Gituu.. haha. Dalam cerita saya, terjadi juga la. Bila rindu seseorang dia masuk dalam mimpi. Persoalan adakah dia pun rindukan saya, itu saya tak pasti.
Tapi sebut pasal mimpi yang jadi 3 4 hari lepas, ada 2 orang masuk dalam mimpi. Mimpi dia dua dua sama. Dua manusia ni ajak kahwin. 1 orang dikenalpasti, dan 1 orang lagi tak dikenalpasti. Macam mana boleh mimpi? Kerana terlampau banyak fikir pasal jodoh kot Hahaha.Sick.
Tafsiran Mimpi Diajak Kahwin.
Tiba-tiba ada rasa rajin nak google dan nak tahu apa tafsiran mimpi ni. Tapi tak jumpa. Geram, kalau google mesti jumpa web Indonesia. Huh.
Tapi ada 1 yang saya jumpa dia kata macam ni. “Mimpi ada orang kata ia terbalik. Kalau mimpi benda buruk, ada benda baik akan berlaku.
Kalau mimpi benda baik, mungkin ada benda buruk akan berlaku atau mimpi ada benda yang berlaku, tetapi benda tu takkan berlaku” Jadi maknanya mimpi diajak kahwin oleh seseorang rapat sekarang ni tu, tidak akan menjadi kenyataan. tapi ada lagi sambungan ayat dia.
“Tapi mimpi yang baik seperti diajak kahwin, kita boleh usahakan untuk ia jadi kenyataan. Kadang kala ia hanya mimpi, dan dunia realiti kita boleh usahakan. Semua atas diri kita sendiri.”.
So, Usahakan atau biarkan?
Saya memang bukan jenis perigi cari timba. Dan sesungguhnya, kawan tu bukan saya punya. He belongs to somebody. Jadi, tak mungkin untuk saya usahakan.
Well, this is life. Live with it. Lain orang lain cara. I am letting him go to where he belongs. Walaupun ada orang lain menunggu, dan sepatutnya saya boleh menunggu kalau tak jadi, tapi i choose not fight for it. And yeah..
Might be he knows my feeling towards him. Tapi saya dah let go feeling tu. Jual kat pasar malam hahaha.. 🙂 Cheers!.Tunggu la jodoh dari Mama, kalau ada orang masuk meminang.
Tapi kalau jodoh dari mama, mungkin menetap di Terengganu la saya.. dan berdoa jodoh itu berkerja di KL, entah kenapa nak duduk KL.. Mungkin sebab KL easy access..
kalau lelaki selalu jarang dapat mimpi diajak berkawen, hehehe..selalu petanda mimpi ni mmg blog indon dominasi, search je mimpi apa mesti keluar tandanya, tapi tu la mimpi, takleh percaya sgt, skit2 bleh la..
All the best to u
Keep it up dont ever give up and all the best ya