Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta. Tema Merdeka yang ke 57 iaitu pada tahun 2014. Tema di ambil sempena laguWarisan dari Allahyarham Sudirman.
Alhamdulillah, sehingga sekarang masih lagi meriah sambutan kemerdekaan kalau tengok di kaca Tv. Cuma bagi aku makin besar makin kurang meriah. Bukan sebab tak ada sambutan, sebab diri sendiri pun tersambut.
Masa kecil kalau dengar saja Hari Merdeka nak tiba, pasti tak sabar nak tunggu perbarisan. Dulu masa tinggal di Kampung Banggol, Kuala Terengganu, setiap kali merdeka akan ajak kawan-kawan sekampung tunggu tepi jalan untuk menonton perbarisan.
Sama juga di Taman Sri Kolam. Menunggu sehingga habis perbarisan baru balik rumah. Kalau tak sanggup nak berdiri dengan selamba aje bawak kerusi sekali. Hehe. Tak cukup kerusi, bawak makanan sekali.. Haha..
Tapi sekarang, kemeriahan tak berapa nak terasa. Duk jauh dari bandar, nak mengadap jem tuh.. Allah.
Tapi memahami dan menunjukkan kemerdekaan bukan setakat pergi tengok perbarisan je. Ada banyak cara lagi. Pasang bendera dekat rumah, dekat kereta atau motor. Jangan pulak meredeka di buat perkara tak senonoh. Merdeka merdeka juga, tapi ingat lah batas-batas.
Ibu bapa pula, rajin rajin la bawa anak berjalan dan bercerita tentang kemerdekaan. Anak-anak memang tak suka sejarah ni tapi kalau nyanyi sempena merdeka pasti suka. Itu yang pelik. Macam mana agaknya nak tanam semangat merdeka dekat anak-anak selain dari melukis dan mewarna. Kan?
Ingat fahamilah merdeka ikut cara yang betul. Jangan duk loklak sangat.. ok!..
Macam si Atiqah ni ha. Pagi-pagi dah berada di Dataran Merdeka. Siap di tweet bernama lagi.. Hambooiii…
Tapi macam aku sendiri, aku tunjukkan semangat merdeka memalui blog aku ni ha, dah berubah headernya kerana Merdeka. Dan banyak gambar dekat instagram #salutemalaysia, khas untuk merdeka.
Kesedaran dan fahaman bagi setiap individu berbeza. Jadi, tak boleh nak judge seseroang tu patriotik ataupun tak.
Sejarah Logo Merdeka setiap tahun
Aku kongsikan logo dan tema kemerdekan setiap tahun untuk rujukan anda semua. Kredit untuk MalaysianCoin.
Koleksi Lengkap Logo & Tema Merdeka Malaysia
Tahun: 1970-Sambutan Kemerdekaan ke-13 tahun.
Tema: Muhibah dan Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1971-Sambutan Kemerdekaan ke-14 tahun.
Tema: Masyarakat Progresif
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1972-Sambutan Kemerdekaan ke-15 tahun.
Tema: Masyarakat Adil
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1973-Sambutan Kemerdekaan ke-16 tahun.
Tema: Masyarakat Berkebudayaan Malaysia
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1974-Sambutan Kemerdekaan ke-17 tahun.
Tema: Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1975-Sambutan Kemerdekaan ke-18 tahun.
Tema: Masyarakat Berdikari
Logo: Tiada rekod ditemui
Tahun: 1976-Sambutan Kemerdekaan ke-19 tahun.
Tema: Ketahanan Rakyat
Tahun: 1977-Sambutan Kemerdekaan ke-20 tahun.
Tema: Bersatu Maju
Tahun: 1978-Sambutan Kemerdekaan ke-21 tahun.
Tema: Kebudayaan Sendi Perpaduan
Tahun: 1979-Sambutan Kemerdekaan ke-22 tahun.
Tema: Bersatu Berdisplin
Tahun: 1980-Sambutan Kemerdekaan ke-23 tahun
Tema: Berdisplin Berbakti
Tahun: 1981-Sambutan Kemerdekaan ke-24 tahun.
Tema: Berdisplin Berharmoni
Tahun: 1982-Sambutan Kemerdekaan ke-25 tahun.
Tema: Berdisplin Giat Maju
Tahun: 1983-Sambutan Kemerdekaan ke-26 tahun.
Tema: Bersama Ke Arah Kemajuan
Tahun: 1984-Sambutan Kemerdekaan ke-27 tahun.
Tema: Amanah Asas Kejayaan
Tahun: 1985-Sambutan Kemerdekaan ke-28 tahun.
Tema: Nasionalisme Teras Perpaduan
Tahun: 1986-Sambutan Kemerdekaan ke-29 tahun
Tema: Bangsa Tegas Negara Teguh
Tahun: 1987-Sambutan Kemerdekaan ke-30 tahun.
Tema: Setia Bersatu Berusaha Maju
Tahun: 1988-Sambutan Kemerdekaan ke-31 tahun.
Tema: Bersatu
Tahun: 1989-Sambutan Kemerdekaan ke-32 tahun.
Tema: Bersatu
Tahun: 1990-Sambutan Kemerdekaan ke-33 tahun.
Tema: Berjaya
Tahun: 1991-Sambutan Kemerdekaan ke-34 tahun.
Tema: Wawasan 2020
Tahun: 1992-Sambutan Kemerdekaan ke-35 tahun
Tema: Wawasan Asas Kemajuan
Tahun: 1993-Sambutan Kemerdekaan ke-36 tahun.
Tema: Bersatu Menuju Wawasan
Tahun: 1994-Sambutan Kemerdekaan ke-37 tahun.
Tema: Nilai Murni Jayakan Wawasan
Tahun: 1995-Sambutan Kemerdekaan ke-38 tahun.
Tema: Jatidiri Pengerak Wawasan
Tahun: 1996-Sambutan Kemerdekaan ke-39 tahun.
Tema: Budaya Penentu Kecapaian
Tahun: 1997-Sambutan Kemerdekaan ke-40 tahun.
Tema: Akhlak Mulia Masyarakat Jaya
Tahun: 1998-Sambutan Kemerdekaan ke 41 tahun.
Tema: Negara Kita, Tanggungjawab Kita
Tahun: 1999-Sambutan Kemerdekaan ke-42 tahun.
Tema: Bersatu Ke Alaf Baru
Tahun: 2000 hingga 2006-Sambutan Kemerdekaan ke 43 hingga 49 tahun.
Tema: Keranamu Malaysia
Tahun: 2007-Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun
Tema: Malaysiaku Gemilang
Tahun: 2008-Sambutan Kemerdekaan ke-51 tahun
Tema: Perpaduan Teras Kejayaan
Tahun: 2009-Sambutan Kemerdekaan ke-52 tahun
Tema: 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
Tahun: 2010-Sambutan Kemerdekaan ke-53 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Menjana Transformasi
Tahun: 2011-Sambutan Kemerdekaan ke-54 tahun.
Tema: 1 Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera
Tahun: 2012-Sambutan Kemerdekaan ke-55 tahun.
Tema: 55 tahun merdeka-janji ditepati
Nota: Logo ditarik balik kemudian
Tahun: 2013-Sambutan Kemerdekaan ke-56 tahun.
Tema: Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku
Tahun: 2014-Sambutan Kemerdekaan ke-57 tahun.
Tema: Malaysia…. Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
Terima kasih kepada MalaysianCoin yang sudi kumpulakan logo dan tema di blog.
— Disini lahirnya sebuah cinta… Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 57.. Salute Malaysia!!.. Semoga kita kekal dalam keharmonian sebegini.. Amin amin amin..
#SaluteMalaysia
waaa siap buat header lagi.. niseeee 😀
Selamat menyambuat hari kemerdekaan yang ke 57
billion terima kasih sudi sertai cabaran denaihati “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” dan semuga sukses.
tema tahun ni memang best.
gua suka. hoho