POLISI PENGHANTARAN & PEMULANGAN

Rezeki Ibu Ventures menawarkan khidmat ‘same-day delivery’ untuk pembelian dan pembayaran sebelum 12 tengah hari atau paling lewat sehingga dalam tempoh 1~2 hari dari tarikh tersebut.

Pihak kami akan berikan maklumat penghantaran melalui e-mail sebaik sahaja pesanan anda diproses.

Penghantaran akan dilakukan melalui khidmat Poslaju Malaysia. Bungkusan akan diterima oleh pelanggan dalam masa 3-7 hari bekerja untuk Semenanjung dan Sabah serta Sarawak.

Sekiranya berlaku penghantaran tertunda disebabkan cuti dan sebagainya, pelanggan akan dimaklumkan tarikh penghantaran sebelum pesanan dibuat melalui media sosial kami. Ikuti laman Facebook kami di sini. Walaubagaimanapun, ketibaan pesanan bergantung sepenuhnya kepada pihak Poslaju Malaysia.

Jika pihak kami atas sebarang sebab tidak dapat menepati tarikh penghantaran yang dimaklumkan, kami tidak akan menanggung sebarang kerugian, kos, kerosakan, cas-cas lain atau sebarang perbelanjaan yang dikeluarkan anda berpunca daripada kelewatan itu. Jika anda atau wakil anda tidak dapat menerima kiriman oleh Poslaju, pihak Poslaju akan meninggalkan notis untuk pungutan di pejabat pungutan yang akan dimaklumkan kepada anda di dalam notis.

Untuk menjejaki pesanan anda, sila gunakan Tracking ID Poslaju yang dihantar kepada anda melalui e-mail. Untuk langkah berjaga-jaga, sila simpan resit/bukti pembayaran untuk setiap pesanan yang dibuat.

Penukaran dan Pemulangan:

Kami menerima pemulangan dan penukaran item berdasarkan syarat-­syarat berikut:

  • Sekiranya terdapat kesilapan item dari pihak Rezeki Ibu Ventures atau kerosakan pada item yang dibeli.
  • Pemulangan mestilah dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Semua penukaran akan diproses dalam tempoh 48 jam dari tarikh penerimaan di pihak kami. Penghantaran semula kepada pelanggan adalah mengikut jadual penghantaran kami.
  • Pelanggan perlu menyatakan bukti pembelian seperti nama penuh, nombor telefon, bukti pembayaran, nombor pembelian, nama produk, kod produk dan alasan yang sah bagi pemulangan item.
  • Kami hanya akan menukar item pemulangan berdasarkan butiran yang terdapat pada pesanan asal.
  • Item yang dipulang hendaklah dalam keadaan baik (berlipat dengan kemas dan dimasukkan ke dalam plastik).
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran selepas barang yang dipulang sampai ke pihak kami.
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran kepada butiran yang disertakan dalam order asal.

Penukaran Item Dari Permintaan Pembeli:

Kami juga menerima pemulangan dan penukaran item yang telah pun dibeli dengan permintaan pelanggan berdasarkan syarat-syarat berikut:

  • Pos penghantaran ke pihak kami dan kos penghantaran semula ke pihak pelanggan akan ditanggung oleh pelanggan.
  • Pemulangan mestilah dalam tempoh 7 hari dari tarikh penerimaan.
  • Semua penukaran akan diproses dalam tempoh 48 jam dari tarikh penerimaan di pihak kami. Penghantaran semula kepada pelanggan adalah mengikut jadual penghantaran kami.
  • Pelanggan perlu menyatakan bukti pembelian seperti nama penuh, nombor telefon, bukti pembayaran, nombor pembelian, nama produk dan kod produk.
  • Pelanggan hendaklah menyertakan biaya pengeposan semula ke dalam sampul item pemulangan.
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran selepas item pemulangan sampai ke pihak kami dan biaya pengeposan semula jelas.
  • Item yang dipulang hendaklah dalam keadaan baik (berlipat dengan kemas dan dimasukkan ke dalam plastik).
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran selepas barang yang dipulang sampai ke pihak kami.
  • Kami hanya akan menghantar item tukaran kepada butiran yang disertakan dalam order asal.

Sebarang masalah boleh email kepada kami hi @ rezekiibu.com