Yang tak hadapi takkan rasa sakitnya. Rampas suami orang, rampah seorang ayah kepada anak-anaknya. Kejam. Tapi ini yang berlaku dalam masyarakat kita. Ikuti luahan rasa hati seroang anak, kepada seorang wanita, dimana wanita tersebut telah merampas si ayah dan merampas suami kepada ibunya.
1. Kami hilang kasih sayang seorang bapa.
Ibu pula tak izinkan kami berjumpa dengan ayah kerana terlalu sakit hati dengan apa yang dia telah lakukan. Tetapi kami tetap pergi berjumpa dengannya tanpa pengetahuan ibu kerana terlalu rindukan kasih sayang ayah.
2. Kami hidup kais pagi makan pagi.
Susahnya kehidupan kami, terpaksa tolong arwah ibu bekerja mencari sesuap nasi bagi menanggung kami lapan beradik. Waktu itu adik bongsu baru pandai merangkak dan yang sulung baru berusia 15 tahun.
3. Kau rentap segala-galanya dari kami.
4. Ibu merayu jangan rampas ayah.
Ibu aku cari keluarga kau dan merayu agar jangan dirampas ayah dari kami. Malah aku sendiri yang bersekolah satu kelas dengan sepupu kau cuba untuk menghalang. Namun semuanya sia-sia sebab kau yang tak ada otak nak fikir akan kesannya bila kau rampas ayah.
5. Kau bangga dapat rampas kebahagiaan ornag lain
Kau bangga dapat rampas kebahagiaan ornag lain tetapi kau tak fikir nasib anak-anaknya yang ditinggalkan tanpa nafkah. Kau memang tamak!
6. Kau tak fikir apa yang kami makan.
Di masa kau bersenang lenang dengan ayah, ada kau fikir anak yang lapan orang ini ada makanan atau tidak?
7. Persekolahan, pelajaran kami terganggu.
Ada kau fikir sekolah kami, pelajaran kami, kasih sayang dan perhatian yang kami perlukan sebab kami masih kecil? Kami yang masih mentah ini terpaksa bekerja membantu ibu, bantu ibu menjaga adik beradik yang masih kecil.
8. Tiada zaman kanak-kanak seperti yang lain.
Ya..Kami tak merasa zaman kanak-kanak langsung disebabkan kau yang telah merampas ayah.
9. Hari Raya yang suram.
Hari raya, ada kau fikir tak yang kami ada pakaian baru? Tak perlu fikir tentang baju, orang lain makan sedap semasa hari raya, kami pula memang tak merasalah semua itu. Sedangkan kau pula sedang berseronok dengan ayah.