Assalamualaikum.. Hahah.. minggu ni kita cakap pasal Locong je.. Locong adalah makanan favourite orang terengganu dan kelantan. Locong ni macam cendol, tapi bukan cendol. Dimakan bersama santan, sedap yang amat. Fuhh~
Menurut blog Adrydaud locong boleh di makan beberapa cara.
- Cara pertama menuangkan santan yang dimasak dan dicampurkan air gula melaka/gula merah(seperti kuah cendol).
- Cara kedua, tuangkan susu pekat manis dan sedikit air masak, kacau rata dan boleh dimakan.
- Cara ketiga iaitu cara paling mudah, campurkan air gula ke bekas yang diisikan dengan locong dan nikmatinya.
Untuk menyedapkan lagi locong, aku sarankan masukkan mempelam epal, nangka, cocktail, dan buahan-buahan yang ada.. Sedap bak hangg.. Kami sekeluarga hari hari makan locong semasa berbuka..
# kalau pandai boleh buat sendiri.. resepi locong hanya perlukan cendol, susu cair/santan dan buah buahan sebagai tambahan.. warna warni locong aku buat.. kekeke
Hmmmm… Nampak sedap… Teringin nak buat sendiri… 😉
kalau tgk dari konsep asasnya mcm pernah makan yg mak mertua buatkan cuma dia guna cendol, cincau dan air gula jer, makan sejuk2 sedap…
Locong? baru first time dengar. hehe.. kalau cendol rajin jugak belasah dulu. tapi locong ni lagi menarik nampaknya!
locong ?? first time dengar makanan ni
mcm kastard ek. huhu tak bleh mkn nih, tengok org mkn je la nampaknya..
mesti sedap sangat ni, tapi tak pernah nampak kat bazar ramadhan…
memang nampak sedap ni
aduiiii dik nampak sedap sangat2
tgk gambar pon dah nampak sedap sangattttt