MENCARI PELUANG JANA PENDAPATAN? JOM JADI AGEN KAMI SERENDAH RM160! KLIK SINI

Senarai 4 Produk DUMEX Di Tarik Balik Dikhuatiri Tercemar

Assalamualaikum.. hari ni 4 Ogos 2013 saya tengok berita di TV3 tadi.. Dan berita terkini adalah 4 produk DUMEX di tarik balik ekoran di khuatiri tercemar.. Saya tak sempat salin apakah produk tersebut tetapi saya google untuk mengetahui mengenai 4 produk DUMEX yang tercemar..

Melalui laporan dari The Malaysia Insider, produk ini di tarik balik ekoran daripada maklumat yang diterima dari Fonterra yang menyatakan sebahagian daripada ramuan yang dibekalkan kepada Danone Dumex berkemungkinan tercemar..

Oleh kerana itu, Danone Dumex mengambil tindakan untuk menarik balik produk tersebut. Senara 4 produk DUMEX yang di tarik balik adalah :

Dumex Dupro  Step 2 dengan nombor batch; 04263B2; 04273B2; 05033B2; 05093B2; 05153B2; 05223B2; 05233B2; 05143T1; 05153B1; 04263B1; 04273B1; 04273B2; 05033B1; 05033B2; 05093B1; 05093B2; 05153B1; 05153B2; 05223B1; 05223B2;05233B1.

Produk lain termasuklah Mamex Cherish Step 1; 06103T1; 06213B1; 06213B2; 06053R1; 06123R1; 06093T1; 06213B1

Mamex Explore Step 2; 06093T1; 06123R1; 06213B1; 06213B2; dan Bebelac Step 2; 05023R1; 05033R1.

Di nasihatkan kepada ibu bapa supaya tidak memberikan minum bayi dengan produk DUMEX yang di senaraikan berserta nombor batch yang di berikan sebagai langkah berjaga jaga..

Oh.. selain itu, ada lagi satu produk sekarang dalam ujian dari Kementerian Kesihatan dan sedang menanti pengesahan iaitu produk  ‘Nutricia Karicare follow-on formula products for children from 6 months old yang disyaki tercemar dengan dengan bakteria clostridium botulinum terdapat di pasaran tempatan.

Ibu bapa boleh menghubungi DUMEX CARE LINE di talian 1800-38-1038.

p/s: info keluarga untuk di kongsii.. bahaya ni…

13 comments

  1. Nasib baik ada info lanjut ni. Nnt nk bgtau adik beradik yg lain kalau ada bg anak mereka susu dumex.

    Anak sy minum dutch lady.

  2. yang tercemar tu susu Dupro kan. keliru sebab tengok gambar tu gambar susu Dugro..

  3. gua memang tak suka minum susu. yakk..

  4. Terima kasih info ini. Kebetulan anak kecil minum susu Dutch Lady.

  5. dupro je kan..dugro untuk 1 hinnga 3 tahun x kan?????

    1. dumex dulax lngkah 1 u bby 0-6 bln same jgk ke

  6. bagus info macam nih , nasib baik Mifz minum susu Dutch Lady…;)

  7. bahaya betullah.. habis macam mana yang dah beli dan yang dah minum tu ye??

  8. ADAKAH SUSU DUMEX DULAC JUGAK TERCEMAR

  9. kena tengok anak buah tu.. dia minum dugro. dumex ke ek?

  10. ank guna mamex cherish,tgk batch no xda dlm tu tp batch no ada dlm snrai dumex dupro. mcm mna tu? lain ke atau sma gak? atau kbetulan batch no sma?

  11. dumex dugro 1-3 pun same ker sis

  12. adakah dumex dulac product danone / israel? kena boycott ni. baru beli td nk gantikn lactogen, rupanya danone pulak..

Leave a Reply

ABOUT US

shopping information

Customer Service

email sign-up

Sign up for email updates on the latest REZEKI IBU STORE campaigns and videos.

Copyright © 2020 – REZEKI IBU VENTURES

Shopping cart

0

No products in the cart.

WANT COUPON
Subscribe now to get free discount coupon code. Don't miss out!
    SUBSCRIBE
    I agree with the term and condition