Dalam entry ni nak share sikit pasal tips jumpa bakal mertua untuk pihak perempuan.. hahahha… kenapa pihak perempuan je? sebab aku kan perempuan.. hehehe.. Ada 5 tips aku nak kongsi.. Korang boleh praktikkan ya.. hehehe… yang lelak nanti aku suruh beliau tuliskan.. hehehe
1) Restu Ibu Bapa
Restu ibu bapa ni penting untuk mereka yang berkawan .. Jangan buat main main dengan restu.. Bahaya.. Kalau tak dapat restu mohon jangan pergi. Tak pun bawa la kawan atau orang yang keluarga boleh percaya. Nak nak kalau jauh. [ SINI ]..
2) Pemakaian
Pemakaian pula… bagi aku tak kisah korang nak pakai apa pun.. Janji kemas.. kekemasan tuh penting. Jangan pulak korang pergi pakai serabai serabai.. hahaha.. terus kene reject kan.. nak nak perempuan.. tapi masa aku bertolak dari LLCT ke Terminat 2, International Airport Kota Kinabalu, aku just pakai seluar jeans, baju t-shirt, sweater, tudung dan selipar flipper… what? flipper??? kekeke.. sebenarnya bukan taknak pakai sandal, tapi kebetulan masa tuh sebelum nak ke LCCT sandal tuh tercabut tapak.. itu yang pakai flipper je.. hehe.. Bila bagitau mama, mama cakap, lain kali pakai baju kurung, pakai kasut elok sikit.. wat malu kompeni jerrrkkk.. hahahaah…..
3) Ringan tulang? tapi bertempat
Memang betul, macam aku baca kat sebuah blog dia kata, kalau pergi jumpa mertua tuh ringan ringan kan tulang.. tapi aku tak setuju tang memasak sekali tuh.. tolong tolong tuh boleh, tapi bukannya sampai sampai terus masuk dapur memasak dengaa niat nak tunjuk terrer.. tak kena tuh.. Kadang kadang dieorg pun boleh terima, kalau takat tolong tolong tuh.. tapi takot lain pula pandangan kalau tang nak tunjuk terrer tuh.. Kalau nak ringan tulang pun bertempat..
Macam aku, aku tak reti nak menolong orang sangat melainkan diminta tolong.. Sebab takut jugak kalau apa yang kita nak buat tuh tak kena di mata orang.. lagi lagi first time datang tempat orang.. That’s why aku lebih suka memerhati dulu dalam 3 4 hari.. takot jugak kan kalau memandai masak ke apa kang takot, tekak tak kena.. Ye la, Sabah ngan semenanjung cara masakan lain lain… Then maybe next time baru aku memasak kot..erkkk.. insyaAllah…
4) Jadi diri sendiri
Yang ni paling penting.. Banyak sangat dah manusia yang suka berdrama bila jumpa bakal mertua.. Hipokrit.. Aku yakin, kalau yang suka berdrama dan berlakon ni tak lama.. Mungkin boleh bertahan 1 2 hari je.. lepas tuh mesti dah penat.. tol tak? kan? Bagi aku better korang jadi diri sendiri.. Tak payah nak hipokrit.. Memang semua dalam dunia ni tak sempurna.. Melainkan kalau korang bukan jadi diri sendiri untuk berubah kearah kebaikan.. Atau lebih tepat korang susah bangun pagi, tapi kat sana kena cuba la bangun awal pagi.. Nak jadi menantu orang tunjuk la teladan yang baik.. kan? Yang ni takpe la… jangan yang melebih lebih yang buatkan orang nampak anoyying… kan? So ingat.. Jadi diri sendiri
5) Ambil hati Family
Yang ni paling penting.. Kena pandai ambil hati family.. bab kata seorang Ustaz, kita ni bukan nak kahwin ngan dia aje, tapi kena “kahwin” ngan family dia sekali.. betul kan? ada setengah orang, lelaki tuh la segala galanya.. sampai terlupa dan tak layan dah keluarga dia.. itu yang menaikkan ketidaksuka ahli keluarga pada kita.. Silap tuh.. keluarga dia lah kita kena masuk, kena ambil hati.. jangan pentingkan diri sendiri dan dia sahaja… ok?
Dah cukup 5.. Hehe. Tips jumpa bakal mertua untuk perempuan dah settle.. boleh praktikkan.. tips jumpa bakal mertua untuk lelaki? nantikan… =)
notakaki: ini hanya dari pandangan aku.. yee.. sebarang pandangan di alu alukan..
wlaupun aku ni lelaki,tp dgil nk bce jgk..
hihi
seriously berguna utk future ni. hahaha
Kalau bakal mak mertua yang nak datang tempat belajar kami pulak macam mana? si dia tu ada kelas masa mak abah dia datang. dia sruh sy yang jumpa dulu ngan mak abah..eeeee. tak keruan rasa. nak buat apa ni.. memanglah dah penah jumpa sebelum ni, cuma, kali kedua ni lagi rasa nebes. hmmmm.. maklumlah bila tinggal kat kolej (asrama) mana boleh masak. kalau boleh da lama buat kek ke ape ke. huhu.. buah pon tak jumpaaa.. huarrghhhhhh
AsSalam sis, kalo si dia ajak ke rumah dia mcm mana ya sis? Kene mintak izin mak ayah tak walau pon dah tahu jawapan nyer “tak bole” sbb sy kl die perak?
And die nak sgt sy jumpa mak die sbb sblom ni die dh jumpa mak abah sy dh, mcm mana ya sis, sy dilema, nak pergi ke tak?