Hi,
Memandangkan sekarang adalah musim konvokesyen, dan saya pun akan konvo tak lama lagi, ni saya kongsikan beberapa jenis hadiah konvokesyen yang sesuai untuk lelaki dan perempuan.
Banyak hadiah konvokesyen yang boleh diberikan bagi meraikan kawan-kawan pada hari graduasi di Universiti.
10 Hadiah Untuk Konvokesyen
1- Bunga
Bunga adalah hadiah paling HOT pada hari konvokesyen dan paling banyak dijual di Karnival Konvokesyen. Tak usah cakap, kebanyakkan booth jual bunga. Harga pon boleh tahan. Boleh mencecah RM100 untuk satu bouquet bunga. Ada yang plastik ada yang segar.
2- Teddy Bear
Perempuan suka la kalau bagi teddy bear. Tapi lelaki pon ada yang suka. Heh. Teddy bear menjadi barangan kedua popular selepas bunga. Tak sah kalau tak ada teddy bear bersama topi konvokesyen. Tak kira la size apa pun. Yang kecil boleh gantung di kunci ataupun di dinding, yang besar boleh buat peluk.
3- Coklat
Ferrero Rocher merupakan salah satu coklat yang paling popular untuk dijadikan hadiah konvokesyen. Ada orang lebih suka diberi makanan berbanding dengan bunga. Bunga cukup tempoh akan layu. Kalau coklat, kenyang perut makan. hehe..
4- Duit
Ha… kalau payah sangat bagi duit je senang. Kalau dah bunga tuh harga RM50, kalau bagi duit lagi baik. Kalau 4 orang tak beli bunga dan hanya bagi duit dah RM200.. haha.. Amacam, bijak tak pau orang? hahaha..
5- Ikut Barangan WishList
Kalau dah tak ada idea nak beli apa untuk kawan tuh, try la usha tanya dia nak apa. Macam aku, ini wishlist aku. Kepada yang berkenaan sila take note! Haha.
- Harddisk 1TB
Jam tangan(dah dapat dari IceWatch)- Travel Beg
- Bagi duit la senang! hahahah.
Pesanan seirus:
Untuk rakan-rakan yang nak bagi hadiah untuk konvokesyen aku, SILA JANGAN BAGI BUNGA! Bunga hanya dari family je. Sebab aku tahu beli bunga takkan kemana. Lagipun aku konvo sekali dengan abang sulung aku dalam satu sesi yang sama!.
Aku pasti dia pun akan dapat bunga dari family dan juga wife dia. Termasuk la aku, so kat situ dah banyak bunga. Penuh kereta nanti dan last-last dibiarkan layu sehingga ke Terengganu dan terus masuk tong sampah! Jadi elakkan pembaziran ok!
Untuk rakan-rakan jangan beli bunga untuk aku. Sila beli benda lain. Coklat pon jadi la.. ;P.
banyak benar yang hang hendak nih. haha..
Banyaknya!
Wow, thanks for this list. 🙂
Tak sabar nak konvo.