Skip to main content

Diapers atau lampin pakai buang benda yang paling payah nak survey. Sebabnya, diapers ni ikut kesesuaian bayi sendiri. Macam saya, dah masuk 5 bulan mengandung, akan start membaca mengenai persediaan jadi ibu, termasuk barang-barang untuk bayi. Jadi kali ni, saya nak buat review Diapers Murah Mikubi Newborn, Size S dan M.

Tak ramai orang tahu pasal diapers murah mikubi ni, sebab tiada dipasaraya. Hanya boleh di beli secara online ataupun di outlet QQ Baby Shop. Oh ya, Diapers Murah Mikubi ni adalah keluaran QQ Baby Shop. Jadi, jangan la cari di Mydin, Giant, Tesco, Rosyam Mart, dan kedai runcit ka, memang tak ada.

Diapers Murah Mikubi

Kualiti

Saya dah cuba, Drypers, Pet Pet, Genki, Fitti. Yang paling terbaik adalah Mikubi. Diapers Mikubi ni nipis dan lembut je, tapi tak bocor. Dan paling penting, bahagian keliling dia bergetah dan tinggi. Jadi akan kemas pada pinggang bayi dan tidak bocor.

Dari Newborn sampai sekarang dah usia 5 bulan, kami masih pakai Mikubi.

Harga

Untuk diapers Mikubi Newborn, sangat berbaloi untuk dibeli. 1 pack dijual RM10.50 (36 pcs). Kalau ikutkan 1 pcs diapers newborn Mikubi, jatuh pada harga 29 sen. Yang bestnya, jika beli di shopee 4 pack, atau lebih RM40, dapat penghantaran PERCUMA.

Jadi tak kisah beli di Shoppe atau Kedai QQ Baby Shop, masih berbaloi. Tapi untuk Newborn sahaja. Untuk size selepas newborn, lain pula harganya.

Untuk saiz S, M, L dan XL, tiada penghantaran PERCUMA diberikan jika buat pembelian di SHOPEE. Saya pun tidak pasti kenapa, tapi caj penghantaran untuk 1-2 pack lebih kurang RM7.

Jadi, jika beli secara online di Shopee, harga 1 pcs Diapers Mikubi untuk size S, M, L dan XL, agak mahal disebabkan caj penghantaran. Tapi kalau beli di kedai QQ Baby Shop, murah kerana tidak perlu membayar caj penghantaran.

Tiada di pasaraya, hanya di cawangan QQ Baby Shop

Jika nak buat pembelian secara walk-in, Diapers Mikubi ni hanya boleh didapati di kedai QQ Baby Shop. Sebabnya, Diapers Mikubi dibawah QQ Baby Shop.

Tiada dipasaraya lain, hatta Mydin, Tesco, Giant, AEON, atau kedai barangan baby yang lain. Hanya di QQ Baby Shop.

Banyak cawangan QQ Baby Shop ni, boleh je google cawangan negeri terdekat dengan anda. Oh ya! QQ Baby Shop bukan sahaja jual pampers, juga jual barangan baik dari newborn sehingga size kanak-kanak. Dari booties, sehingga la ke carseat. Boleh kata pakej la. Dan sangat murah.

Boleh checkout Cawangan Terdekat, atau ke Shopee atau ke Website.

psttt. :

  • Dah cuba Drypers Classic – Not bad, tapi tetap husband pilih Mikubi.
  • Dah cuba Pet Pet, hampir bocor jugak.
  • Dah cuba Fitty, sangat mudah bocor.
  • Dah cuba Genki, pon okey. Husband kata Genki ni pilihan kedua jika Mikubi tak ada stok.
Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

Leave a Reply