Hi, Peminat Char Kuey Teow? Ha.. Kita geng! Kat mana CHar Kuey Teow sedap di Selangor? Meh nak bagitahu. Ada satu kedai namanya Shah Char Kuey Teow 696 yang terletak di Seksyen 19, Shah Alam. Makan sekali kat sini, esok terliur lagi. Patot la ramai yang cakap makanan kat sini sungguh sedap!
Sham Char Kuey Teow 696 Masuk Surat Khabar!
Sham Char Kuey Teow memang femes. Pernah mendapat liputan dalam surat khabar dan juga blogger. Pernah viral juga di Social Media seperti Facebook. Restoran ini dimiliki oleh Shamsul Aswad dan isterinya, Jamilah Ahmad. Menurut En. Sham, Char Kuey Teow ini hidangan turun termurun, dan resepi khas dibawa dari kampung.
Lain dari yang lain!
Char Kuey Teow di sini memang pelbagai. Yang menjadi tarikan adalah Char Kuey Teow Udang, Char Kuey Teow 3 Serangkai (Udang, Kerang dan Sotong) serta Char Kuey Teow Special. Apa yang kami makan? Haa. ini yang ditunggu-tunggu. Alhamdulillah, boleh rasa semua.. Dari yang biasa sampai yang special.
Apa kata saya? Setelah melantak kenyang perut, Alhamdulillah. Syukur! Tak sangka, char kuey teow di sini memang sedap. Sampai sekarang terliur lagi nak pergi, tapi kekangan masa tak sempat nak pergi. Paling saya suka Char Kuey Teow 3 Serangkai, sebab saya peminat seafood.
Dalam 3 serangkai ada 3 jenis seafood. Udang kara tak kurangnya. Besar, segan pula nak makan depan orang.hehe. Kalau dah kaki makan, apa ada hal kan? Ha, jangan lupa dengan lada jeruk. Tak lengkap kalau makan char kuey teow tanpa lada jeruk.. Yum..
Harga?
Jangan risau. Harga Char Kuey Teow disini tak mahal. Berpadanan dengan kuantiti dan kesedapannya. Untuk Char Kuey Teow Biasa sehingga Char Kuey Teow Special antara RM6-RM20. Untuk Char Kuey Teow Udang Kara RM99. Bergantung pada harga semasa.
Betul ke sedap?
Ye memang sedap. Sham Char Kuey Teow ni antara char kuey teow sedap di Shah Alam yang saya pernah makan. Kalau nak tau, ramai dah makan kat sini, dan rata-rata berpuas hati. Boleh tengok Review di Facebook Sham Char Kuey Teow 696. Cuba dulu, baru tahu.