Skip to main content

Perkongsian kali ni mengenai Cara Naikkan Berat Badan Bayi 9-11 Bulan mengikut saranan doktor pakar pemakanan. Perhatian! Perkongsian ini khas untuk bayi anda yang tak cukup berat. Yang berat normal tak perlu ikut ya. Teruskan pemakanan yang sihat dan keperlabagaian ikut kehendak bayi anda.

Anak alami masalah kurang berat badan amat lah membimbangkan hati seorang ibu. Lagi-lagi untuk yang jadi ibu pertama kali. Si kembar lahir 35 minggu dan 4 hari dengan berat T1 : 2.68kg, T2: 2.06kg. Tapi bermula bulan ke 5 dan ke 6 kenaikan berat tidak memberangsangkan sehingga si kembar berada di graf berat garisan kuning selama 3 hari berturut turut pada umur 7 bulan. Terus kena set temujanji dengan pakar pemakanan.

Masa jumpa dengan pakar pemakanan, berat si kembar T1: 6.50kg, T2: 6.70kg

Pemakanan Yang Betul Untuk Tambah Berat Bayi 9-11 Bulan

Selepas kami jumpa pakar, ini yang disarankan oleh pakar.

  1. Tambah kekerapan makan dari 3 kali makanan berat + 2 kali snak kepada minimum 4 kali dan maksimum 5 kali makanan berat. Jadinya, kena bagi makanan berat je sentiasa. Kalau nak bagi buah,bagi buah sebelum makan berat.
  2. Tambah maksimum 2 sudu teh minyak masak yang belum digunakan sehari atas hidangan (curah atas bubur atau lauk dalam pinggan). Jadinya jika 4 kali makan, 1/2 sudu makan setiap kali makan. Jika memang tak mampu nak bagi anak 4 kali hidangan, cuba dulu 1 /2 atau 1 sudu makan untuk 1 hidangan. Ingat. Ini tambahan minyak masak atas nasi/bubur tak sama dengan menumis. Menumis tu lain punya cerita. Ni extra.
  3. Anak susah nak makan? Asyik on off je? Berhenti beri makan jika anak dah menolak dan makanan belum habis. Normal jika bayi anda makan sambil bermain, dan tiba tiba berhenti makan. Sambung semula selepas 30 minit – 1 jam. Kalau tak mampu nak tunggu, boleh cuba berikan makanan semula selepas 15 jam. Memang tak jadi kerja ibunya, tapi gitu la cabaran seorang ibu. Bertabah la ya. 🙂 Lagi bertabah kalau anak nya dua macam kami ni. huhu.
  4. Portion makanan bayi kita kena betul. Jika tengok gambar dibawah untuk 1 hidangan makan tengah hari, seorang bayi umur 9-11 bulan perlu makan 1 1/2 senduk rata bubur kasar + 2 sudu protein + 1 sudu sayur ( 2 jenis sayur) + 1/2 teh minyak masak.

Ingat! Jika berat bayi anda normal, tak perlu la ikut. Kan obesiti pula jadinya. Kita share sebab kita dah jumpa pakar. Kot anak tuan/puan dah 2 kali di garisan kuning atau dah masuk garisan merah, boleh cuba.

Persoalan

  1. Minyak apa yang boleh guna?
    – Minyak masak, kalau nak ada perasa semula jadi, guna minyak masak yang goreng bawang, goreng kacang. Jangan guna minyak yang ibu guna untuk goreng ikan ibu tu ye. Sebab ikan tu ada garam. Nak guna majerin pon boleh.
  2. Kena ikut menu tu ke?
    – Tak perlu. Guna menu biasa ibu bagi. Cuma pastikan portion betul dan minyak jangan lupa tambah. Tiada keperluan untuk follow menu di bawah ni. Ini hanya contoh.
  3. Susu tu kena bagi susu fresh ke FM?
    – Susu tu dalam cawan hanya illustrasi sahaja. Yang directfeeding terus kan directfeeding selepas makan. Kalau sebelum makan nanti bayi kurang makan pula sebab dah kenyang menyusu.
  4. Mana nak cari panduan ni?
    Ini dari buku pakar pemakanan. Sebenarnya portion pemakanan dan tambahan minyak ni ada dalam buku bayi kita. Muka surat 36 dan 37. Cumanya kita tak rajin nak belek belek buku tu. Haha. Bila pakar bagitau, baru la tahu. Sama macam dalam buku haaa.. Cuma tu la. Bila pakar bagitahu baru la kita confiden nak ikut. Ye dak?

Kesimpulannya, untuk ibu-ibu, boleh cuba dulu cara naikkan berat bayi 9-11 bulan ni seperti saranan doktor pakar pmakanan. Tahniah kami ucapkan pada ibu-ibu yang dah berjaya naikkan berat baby.

Kami masih lagi dalam proses. Alhamdulillah. Sekarang ada perubahan berat untuk sikembar kami. Tak sabar nak tengok berat si kembar cecah 7-8kg. Memang lenguh la kalau dukung dua dua.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

Leave a Reply