Persembahan Live Terbaik Siti Nurhaliza Sepanjang Zaman | Seminggu ni memang layan lagu Dato’ Seri Situ Nurhaliza je. Tak tahu kenapa tapi lagu-lagu beliau tak pernah rasa bosan kalau dengar.
Tapi antara audio biasa dengan live, saya lebih suka live. Mujur dah beli wireless earphone kat Lazada nak dengar kuat-kuat dengan muzik yang best. hehe.
Saya nak kongsi Persembahan Live Terbaik Siti Nurhaliza Sepanjang Zaman.
Best sebab
- Arranggement muzik power gila.
- Tarian gempak gila dan beliau mampu menyanyi dengan tarian yang effortless.
- Boleh tengok dia menyanyi sambil senyum.
Dato’ Siti Nurhaliza, dari dulu suara memang merdu. Tapi makin berusia ni makin sedap suara. Tapi beliau tak pernah menang Vokal Terbaik di Anugerah Juara Lagu.
5 Persembahan Live Terbaik Siti Nurhaliza Sepanjang Zaman.
1. Madley Aku Cinta Padamu, Diari Hatimu & Kau Kekasihku di Royal Albert Hall London.
Saya suka dengar Kau Kekasihku version Royal Albert Hall London sebab arrangement muzik dia power giler dan Siti Nurhaliza nailed it! Meremang bulu roma bila dengar dia tarik. Fuh.
2. Nirmala – Konsert Lentera Timur
Kalau lagu etnik kreatif suka tengok Siti Nurhaliza nyanyi lagu Nirmala masa Konsert Lentera Timur. Penuh dengan tarian. Tapi geram la kamera ni tak fokus masa Siti menari. Selalu memang macam tu kan?
Pentas dah meriah, tapi tak fokus time penyanyi menari. huhu
3. Madley Anugerah Era 2005
Suka tengok video ni, semua genre di madleykan dalam 1 show. Dan Siti Nurhaliza menari sangat effortless. Enjoy je. Tak rasa stress dan sempoi.
4. Madley Anugerah Industri Era 2005
Kalau perasan, penampilan Siti dalam video ni macam artis luar negara. Showmanship dia power. Ni lepas balik dari Royal Albert Hall London. Perfect!
5. Ku Mahu – Anugerah Bintang Popular
Paling suka tengok Siti Nurhaliza menari masa lagu ni. Cute.
Dalam banyak-banyak video ni, ada 1 video rare yang ramai tak pernah tengok. Terima kasih pada Jai sebab tolong upload di Youtube.
Video ni video raptai Nirmala masa Anugerah Juara lagu. Serius remaja gila muka Dato’ Siti. Comel sangat. Kalau saya lelaki, dah crush ngan Dato’ Siti. hahaha
Dato’ Seri Siti Nurhaliza adalah legen. Tak ada orang boleh lawan. Semua genre dia boleh sapu dan sangat versatile.
Layan la… hari hari saya dengar lagu lagu ni. Superb!
suka la tgk persembahan dia kat RAH tu.. mantap!
Dato’ Seri CT memang legend..Dia satu satunya penyanyi wanita yang saya minat.datanglah ramai mana pun penyanyi baru dia tetap no.1 di hati..hihihi..lagu lagu dia semua best best..dulu sy siap ada koleksi kaset dia tau.tp bila berpindah randah semua tuh hilang.tp lagu dia memang best beast la tak jemu di dengar.