Skip to main content

Hi,

Dah lama rasa tak bagi tips blogging. Hehe. Selepas setahun lebih saya berkecimpung dalam pembinaan Website, dan baru sahaja buka service untuk Revamp Blog WordPress, ada beberapa kesalahan yang perlu diperbaiki oleh seorang blogger dalam penulisan. 10 Kesalahan Blogger Apabila Menulis Blog ini sering dilakukan. Dan memang akan effect SEO.. ada yang beria buat SEO tapi tak berkesan pon! hai la…

Sekiranya anda femes dan tak pentingkan SEO, sila jangan baca,

10 Kesalahan SEO Apabila Menulis Entry Blog

1- Tajuk yang tiada langsung unsur-unsur SEO.

Dulu aku selalu buat tajuk ikut suka aku. Sekarang tak dah. Aku nak letak tajuk, aku google dulu. Apa tajuk yang orang google selalu supaya blog aku boleh dapat tempias bila orang search. Sebab tu penting untuk tengok apa orang cari.

Ramai yang buat kesalahan letak tajuk suka hati, dan tak ada unsur-unsur SEO pon. Sebagai contoh, Tragedi Kena Langgar Hari Ini. Kalau anda femes, mesti ramai yang baca.

Tapi kalau anda bijak, anda akan tulis “Tips Menenangkan diri Apabila Dilanggar”.. atau lain-lain.

2- Artikel yang terlampau pendek!

Ramai je yang buat artikel pendek. Trend atau terikut ikut? Atau suka-suka. Tak kisah la kalau suka-suka, up to you.

Kalau nak main SEO, tak boleh tulis pendek. Minimum 250 patah perkataan. Ini paling minimum. Maximum ikut suka.

3- Keywords terlampau sedikit, tak relevan dengan artikel yang panjang.

Ha,, ingat hang boleh letak keywords suka suka ke? Berapa banyak pengulangan keywords dalam artikel kena ikut berapa panjang artikel.

Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Macam mana nak tahu? Ada indikator dia..

“Ini kalau sapa nak coaching personal dengan saya WordPress boleh email saya terus norfanil@gmail.com (area Klang Valley sahaja). Boleh buat praktikal sekali. Khas untuk pengguna WordPress.”

4- Gambar yang terlampau banyak dalam 1 entry.

Gambar yang terlampau banyak dalam entry buatkan orang malas nak baca. Lagi-lagi Malaysia adalah antara negara yang mempunyai internet paling lembab. Haaa.. Jadi cuba kurangkan penggunaan gambar.

Gunakan gambar yang releven sahaja. Atau gunakan 1 situasi 1 gambar. dan MAXIMUM 10 gambar sahaja dalam 1 entry.. Itu pun dah kira banyak. Kalau FOOD REVIEW, boleh diterima..Tolong jangan lakukan seperti gambar dibawah! Banyak gambar untuk situasi yang sama! Rugi….

10 Kesalahan Blogger Apabila Menulis Entry Blog... Ini Tips SEO

Contoh….

5- Pembaziran Storage untuk pengguna WordPress.

Bukan sahaja tak relevan, tapi membazir storage hosting. Pembaziran ni sekaligus akan buatkan storage kita cepat full. Then kena pulak tambah size hosting dengan harga berbeza ataupun guna 3rd party photo storage macam Photobucket. Lagi la leceh nak buat lepas ni.

Jadi, untuk penjimataan, jangan malas pilih gambar yang releven.

6- Malas resize gambar.

Ini kadang aku pun malas. Tapi taknak bazirkan storage hosting, kena buat juga. Pilih gambar dan resize atau dalam bahasa melayu nya, kecilkan size ikut size posting template blog.

Kebiasaannya kalau gambar horizontal size MAXIMUM : width 600-750 px, dan height 350-400px. Kalau vertical, sebaliknya.

Gambar yang besar mencecah 1000px akan buatkan loading lambat dan memang akan ganggu SEO..Mohon resize gambar. Nanti next entry saya buat tutorial senang nak resize gambar! ok!..

7- Malas rename gambar.

Kalau sampai macam ni kena buat, aku pasti, ramai tak follow. haha.. Ini satu lagi kes malas. Transfer dari memory card, terus upload. Memang malas sungguh nak rename. Betul tak?

Tapi yang malas ni la yang rugi. SEO pentingkan pengulangan Keywords! Kalau dah malas macam mana blog nak diserap kat Google? Macam mana la nak muncul dekat Google Image kalau ada orang search? haaa.. Google Image pun boleh bagi trafik. Tak tau ke?

Jadi.. tolong jangan jadi malas gini. Tolong rename nama gambar guna tajuk entry!.

10 Kesalahan Blogger Apabila Menulis Entry Blog5

8. Tak masukkan Alt Text dekat gambar.

Gunakan tajuk entry, letak di Alt Tex. Secara tak langsung keywords ada pada gambar yang kita upload dalam blog kita. 😉

10 Kesalahan SEO Apabila Menulis Entry Blog3

9. Tajuk & Artikel URL terlampau panjang dan tak ada keyword!

Haa..biasa ni jadi kat blogger Blogspot. Tajuk terlampau panjang, dan keyword duk paling hujung buatkan Blogspot tak dapat generat keywords masuk dalam URL blogspot. Rugi..

Fokus pada keywords kat depan! itu lebih baik.

Untuk pengguna WordPress, pendekkan URL, perkataan seperti dan atau tak perlu letak melainkan ada dalam keywords.Kalau takde tak payah letak dalam Permalink.

Untung pakai WordPress sebab boleh edit.. ;p

10. Tak follow apa saya cakap!

Penat saya buat entry 10 Kesalahan SEO Apabila Menulis Entry Blog… Ini Tips BASIC SEO dari Saya. BASIC je tau!! Tapi tak follow. Ikut suka la labu. Dah tolong tapi taknak tolong diri sendiri.. heh..

Yang nak personal coaching lagi advance, trip dan trick, boleh email saya ke norfanil (@) gmail.com.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

10 Comments

Leave a Reply