Hi,
Tak pernah sekalipun aku bercerita pasal Google Adsense. Hehe. Kenapa? Sebab banyak benda aku tengah buat ujikaji. Walaupun aku tahu ramai dah buat entry pasal Google Adsense, tapi tak apa la aku nak buat jugak.
Cara terbaik keluarkan duit Google Adsense?
Sebenarnya, aku dah try kaedah pengeluaran duit Google Adsense yang terlampau kuno iaitu menggunakan Cek dan Western Union. Walhal sekarang memang orang tak guna dah cara tu. Orang pakat guna online transfer je.
Tapi ada sebab kenapa aku guna.
Macam mana nak pilih kaedah keluarkan duit Google Adsense?
- Masuk akaun Google Adsense anda.
- Pergi ke Gambar Skru di bahagian atas kanan, tekan dan pilih Payments.
- Tengok kotak tengah : How to get paid?
- Tekan Manage.
- Minimun $100 threshold maksudnya, minimum cash out. Disarankan jangan usik.
Setiap 23 haribulan, bila dah cukup $100, dia akan automatic masukkan duit dalam kaedah yang kita pilih.
Cara Keluarkan Duit Google Adsense Menggunakan Cek
Ini pertama kali aku guna masa aku dapat Google Adsense Full Account. Masa tu pengetahuan pasal Google Adsense zero. So secara noobnya, buat la pengeluaran dengan menggunakan Cek. Cara keluarkan duit Google Adsense, bila dah dapat cek, terus je pergi ke bank (aku pergi Maybank), dan dia akan suh isi borang. Then ambil nombor sebelum dipanggil untuk berurusan. Cek ni tak boleh pakai Cheque Deposit Machine. Sebab nak kena tukar dari USD ke RM. Kelebihan guna cek? Erm.. tak tau la. Tapi kelemahan dia : Cek dapat lambat sangat, jadi bila cek dapat lambat, duit pun dapat lambat.
Cara Keluarkan Duit Google Adsense Menggunakan Western Union
Lepas tu, aku start guna Western Union. Masa ni Google tak perkenalkan lagi Internet Banking Transfer. Tapi seronok guna Western Union, kalau perlukan duit baru aku pergi ambil. Kalau banyak lagi duit aku biar je. Sampai kan aku lupa, duit aku dalam Western Union expired. Bila kita pilih Western Union sebagai kaedah keluarkan duit Google Adsense, slip yang di keluarkan oleh GA valid selama 60 hari sahaja aka 2 bulan. Selepas dua bulan kalau tak ambil juga, Google Adsense akan masukkan balik ke dalam akaun Google Adsense kita.
Bila Google Adsense dah issue slip Western Union, bermakna duit kita dah secure. Memang dah boleh dapat. Tapi kalau Google Adsense tak issue lagi, boleh jadi bila kena Google Adsense kena banned, hilang la semua duit tu.
Sebab tu, kalau blog korang blog kejar trafik, langgar polisi google, memang senang kena banned. Sebab tu dieorg sekarang dah tak pakai Google Adsense.. Apa ada hal. Etika tak penting, janji duit masyuk.
Gitu la kekdahnyaaa..
Cara nak ambil duit di Western Union:
- Print slip yang di issue oleh Google Adsense (link warna biru)
- Pergi pejabat Western Union. Pejabat pos pon boleh, tapi ada pekerja yang tak reti nak key in dalam sistem. Bank pun boleh tapi ada bank yang nak kita ada akaun bank baru boleh ambil duit. JADI baik pergi je Pejabat Western Union je, tak yah pening kepala.
- Minta borang dikaunter, dan isi seperti berikut. Jumlah saya tak letak, sebab tak tahu Exchange rate.

- No MTCN, ambil dekat slip.
- Siap, tunggu la nombor dipanggil.
Exchange rate : Untuk Western Union, rate ditentukan pada tarikh slip Western Union di isu oleh Google Adsense. Kalau dia isu 23 Januari, awak ambil 23 Febuari, tetap dia akan guna rate pada tarikh 23 Januari. Jangan HOLD payment dari Google Adsense. Kalau kena banned, hilang semua. Dah try amik USD, tapi dorang tak bagi. Nak try kat lain pulak.
Cara Keluarkan Duit Google Adsense Menggunakan Internet Banking Transfer
Internet banking ni aku tak pernah guna lagi. Sebab taknak duit masuk dalam akaun. Tapi ini paling mudah la.Tiap 23 hb dia akan masuk dalam akaun bank.Tak perlu pergi Western union ke, bank ke untuk ambil duit. Exchange rate berbeza mengikut bank. Yang mana tinggi yang mana rendah? Boleh tanya bank. heh. —- Jadi, mana yang paling best? Nak senang Internet Banking Transfer.







Nor,
Dulu Suri pun pakai WU sampailah dah x larat nak pi bank. Last2 pakai bank transfer je. Sampai sekarang ok je, alhamdulillah.
bila tak tahu nak merasa buat duit dengan google adsense.. :/
bergaya keren… sudah dapat penghasilan dari GA . semoga suatu saat nanti giliran aku tiba.
kalau guna WU ni, boleh tunjuk sikit kat orang2 yang ada dekat bank tu..tiap2 bulan datang, sampai officer kat bank tu pun dah kenal.
thankz atas info 🙂 lambat lagi laa nk dpt adsense ni T.T
Salam. Macam mana kita nak tengok duit yg sudah dikumpul
salam akak, ad sense saya bulan ni mencecah 1700 $ , berapa limit agaknya nak keluarkan duit di WU, saya selalu keluarkan duit di syarikat WU kiosk yang memang syarikat induk bukan di bank
blogger yg kejar trafik tak pakai AdSense dia pakai apa?
lagi satu nak tanya, kenapa estimated earnings today, yersterday dan last 7 days…… saya $0.00 tapi current earnings saya $23. boleh keluarkn jugak ke klau current earnings dh cecah $100. (saya guna AdSense untuk channels youtube)
Tq sharing pengalaman cara keluar duit dati adsense
Thank you kak for sharing the tips, liz baru je belajar2 pasal google adsence ni.
tqsm , sangat2 membantu. Pertama kali dpt duit dr google adsense ni, Buta kayu tak tahu caranya. Hihihi