Hi, selepas entri Tips Melancong Ke Maldives untuk Honeymoon dan Bujang, kali ni nak share itinerary Maldives pula. Masa pergi Maldives haritu, aku pergi 6 Hari 5 Malam. Tapi itinerary ni flexible, so kau orang boleh ubah kalau nak pergi 5 Hari 4 Malam. Aku akan kongsi aktiviti-aktiviti menarik yang korang boleh buat dekat Maldives dengan kosnya. Itinerary ni perbandukan flight Air Asia yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Maldives, flight pukul 6.55 petang. Jadi kalau kau orang naik Air Asia, akan sampai pukul 8.10 malam waktu Maldives.
Sedikit Info mengenai Excursion
a) Snorkeling Trip
Ada Full day dan Half Day Snorkeling Trip. Kalau half day ada beberapa point mereka akan bawa, antaranya Turtle Point, Dolphin Point, Nemo Fish Point, Stingray dan lunch dekat Sand Bank.
Kalau Full Day, boleh jadi ada 2 3 point je dan akan termasuk Maafushi Island Trip (jalan-jalan dalam Maafushi). Jadi pilih la aktviti apa yang ada suka. Biasa ada 4 package snorkeling boleh pilih. Tengok pada hotel.
b) Picnic Island
Picnic Island merupakan sebuah pulau hanya 1km panjang dan 150 meter lebar. Memang cantik dengan pasir yang putih. Biasa pelancong datang sini ala – ala nak berpicnic dan air dia memang jernih. Boleh mandi manda sampai puas. Memang cantik untuk bergambar. Harga excursion boleh jadi USD 35 keatas. Narnia Maldives ada dengan harga USD 35.
c) Adaaran Prestige Vadoo Maldives.
Adaaran Club, untuk mereka yang nak bergambar. Memang cantik. Boleh tengok dolphin secara dekat sebab memang kawasan dolphin kat sini, boleh snorkeling sampai puas dan berjalan-jalan sekitar resort atas air, unlimited air minuman, free wifi, tuala, snorkel gear.
Boleh duk sehari disana.
d) Night Fishing
Night fishing biasa akan gerak dari Maafushi pukul 6.00 petang paling lambat. Dan pakej Night Fishing termasuk BBQ.
Kalau tak dapat ikan tu redha je la. Tak de rezeki. dan kalau korang tak dapat ikan, jangan risau. Malam tu tetap boleh makan ikan disediakan oleh pihak hotel. Tapi nasi dengan ikan je, sayur. Kuah tak ada ye.
e) Water sport
Banyak boleh main. Sailing, Fun Tubes, Jet Ski, Kayak, Para-sailing, Banana Rides, Wake Boarding, Water Skying, Knee Boarding, Kite Surfing, Skyi Boarding dan lain lain.
Pilih la mana nak main. Harga dia kalau ramai, murah. Kalau sorang dua, mungkin agak mahal sikit.
Itinerary Maldives 6 Hari 5 Malam & 5 Hari 4 Malam
Ini itinerary sahaja. Bajet? Kalau tanpa tiket flight dan follow ni, dalam RM1700+- perbelanjaan disana. Itu dah termasuk hotel penginapan. Kalau korang beli tiket promo air asia, boleh dapat harga murah. Dah beli tiket, plan elok-elok. InsyaAllah boleh bajet.
Download Itinerary
6 Hari 5 Malam – http://goo.gl/9rX3Y0
5 Hari 4 Malam : Option 1 – http://goo.gl/5beuWB Option 2 – http://goo.gl/B1u9ys
Jangan lupa baca entry ni –> Tips Melancong Ke Maldives untuk Honeymoon dan Bujang untuk tahu kos – kos lain untuk mencapai perbelanjaan bajet RM1600-2,000. Tidak termasuk flight.
Semoga post Itinerary Maldives 6 Hari 5 Malam & 5 Hari 4 Malam Versi Bajet ini dapat bantu anda semua.
thanks… boleh dijadikan panduan kot-kot nak bercuti ke maldives nanti..
Lepas ni boleh pergi ke maldive backpackers kat sana pulak hehehe. Bagi yang belum ke Ghuangzhou boleh check di link sini untuk mengetahui 22 Perkara Unik Tentang Ghuangzhou, salah satu ialah sebutan orang dengan orang China ejaan sama tetapi bunyi berbeza.