Skip to main content

Pengalaman Pandu Honda Civic 2016 – Lebih Sporty dan Bergaya | Semenjak Honda melancarkan Honda Civic Generasi baru pada bulan Jun 2016, boleh dikatakan rata-rata memberi komen positif mengenai kereta ni. Ye la Honda Civic dinobatkan sebagai kereta No. 1 Jenama Kereta Bukan Nasional 2015. Bila keluar yang baru ni sampai ada juga yang suruh saya tukar kereta dari FD lama ke generasi baru ni..

Hey… itu bukan kereta saya la. FD tu abang saya punya .. heh… Tapi memang impian saya untuk dapatkan kereta jenama Honda. Boleh kata cinta pandang pertama la dengan Honda ni hehe. Trip ke Gua Carey bersama Honda Malaysia memberi pengalaman pertama kepada kami memandu Honda Civic terbaru ini. Teruja? memang pun! Honda Malaysia mengeluarkan 3 variasi Honda Civic terbaru :

1. Honda Civic 1.8L i-Vtec – RM 113, 800
2. Honda Civic 1.5 Turbocharged – RM 127,800
3. Honda Civic 1.5 Turbocharged Premium – RM135,800 Didatangkan bersama insurans atas jalan.

Memandangkan ada 3 variasi Honda Civic, kami memilih untuk memandu Honda Civic 1.5 Turbocharged Premium. Mesti la nak pandu yang paling mahal kan.. dan warna kegemaran, warna putih.

Honda Civic Serba Baharu, Generasi ke 10

1- Memberi Keselesaan Yang Maksimum.

Honda terkenal dengan rekaan yang memberi keselesaan maksima kepada pengguna. Dengan ruang bahagian kaki yang lebih luas dan kerusi yang sangat selesa. Ini nampak jelas kerana Honda Civic Serba Baharu ini memang lebih lebar. Yang paling digemari adalah, Honda Civic ini dilengkapi sistem kalis bunyi yang ringan. Honda memang berjaya mengurangkan tahap bunyi bising, getaran dan kekasaran (NVH) untuk mencapai ketenangan yang mampu meletakkan Civic satu kelas di atas berbanding para pesaingnya.

pengalaman-pandu-honda-civic-2016-6

Amacam, ada gaya racer tak? hahaha

2- Tampil dengan “Earth Dreams Technology”

Produk Honda memang terkenal dengan penjimatan minyak. Itu memang tak boleh disangkal. Honda Civic 1.5L Vtec Turbocharged didatangkan dengan “Earth Dreams Technology” yang memberi penjimatan bahan api maksima dan juga padanan dengan “Continuously Variable Transmission” (CVT).

Begitu juga Enjin Honda Civic 1.8L yang mempunyi padanan yang sama. Kedua-duanya juga dilabel sebagai “Kenderaan Cekap Tenaga” (EEV). Bila memandu memang terasa sangat smooth.

Tak ada bunyi enjin samaada masa memecut ataupun semasa berhenti pada gear Neutral.

pengalaman-pandu-honda-civic-2016-enjin-2

pengalaman-pandu-honda-civic-2016-enjin

Menaiki kereta jenama Honda, tidak perlu tekan minyak secara kasar. Hanya tekan sedikit dan boleh rasa kelembutan kereta ni. Macam mana nak cerita ye? Haha. Pokok pangkal dia.. Enjin dia best!

3 – Tahap Keselamatan Tinggi

Honda Civic Serba Baharu ini didatangkan dengan tahap keselamatan yang tinggi.

  • 6 Beg Udara (Dua Beg Udara Hadapan, Beg Udara jenis “Curtain” dan Beg Udara pada bahagian sisi)
  • Vehicle Stability Assist (VSA)
  • Anti-Lock Braking System (ABS)
  • Electronic Brake Distribution (EBD)
  • Brake Assist (BA)
  • Hill Start Assist (HSA)
  • Emergency Stop Signal (ESS)
  • ISOFIX

pengalaman-pandu-honda-civic-2016-beg-udara

Kami juga sempat menguji VSA dan juga Gymkhana pada Honda Civic. Memang mengagumkan. Sampai kami menjerit jerit dalam kereta haha. Hasil yang kami dapat, memang Honda Civic mempunyai ketahan dan kecekapan yang tinggi. Walaupun steering dipusing dengan laju kekiri dan kekanan, tetapi ia boleh kembali kepada kedudukan asal tanpa berpusing. Agak ngeri juga kami dalam kereta tu. tapi alhamdulillah, memang superb!

4. Reka Bentuk untuk kepantasan & Keselesaan

Honda Civic sememangnya direka lebih tirus untuk kepantasan. Kalau bawa Honda Civic, cecah 160km/j pun tak perasan. Ye.. Masa di highway bersama rakan blogger, relax sahaja bawa 160km/j. Tidak terasa laju!.. Kami juga sempat membuat perbandingan yang kami lakukan dengan 2 pesaing, menunjukkan banyak kelebihan Honda Civic antaranya bahagian bonet yang lebih luas, bahagian ruang kaki yang juga lebih luas, dan juga bahagian dalam yang lebih premium.

Bahagian stereng yang sangat sporty.

Bahagian stereng yang sangat sporty.

5. Teknologi Sistem Audio

Dalaman Honda Civic 1.5L yang lebih canggih dengan reka bentuk Sistem Audio Antara Muka 7 inci yang membolehkan ia bersambung dengan peranti IOS. Jadi boleh membuat panggilan dan mainkan muzik terus melalui iPhone. Tidak perlu pegang handphone di tangan. Untuk Android? Masih dalam proses pembikinan.Jangan risau.

C-System yang menarik.

System yang menarik.

6- Sistem Lampu LED

Honda Civic 2016 didatangkan dengan sistem lampu LED, pada keseluruhan badan. Selalu sangatkan bila pasang lampu atas, ada antara kita yang terlupa untuk tutup dan mendatangkan silau pada pemandu bertentangan. Disebabkan ini, Honda Civic Generasi ke 10 di datangkan dengan lampu LED putih dan sekaligus, berbanding Honda Civic Generasi ke 9 sebelum ini dengan lampu kuning.

Kelebihan pada Honda CIvic baru adalah ia tidak memberikan silau pada pemandu bertentangan sekiranya terlupa untuk tutup lampu tinggi. Begitu juga dengan signal dan lampu break.Lampu break di Honda Civic Generasi ke 10 lebih terang dan sharp berbanding lampu break Honda Civic Generasi ke 9. Boleh lihat perbezaan ini.

pandu-honda-civic-2016-lampu-depan

pandu-honda-civic-2016-lampu-belakang

Sepanjang trip, bukan sahaja kami mencuba Honda Civic, turut ada aktiviti menarik iaitu Go-Kart di Sepang, ATV dan juga Paint Ball yang dilakukan di tempat penginapan kami di Amverton Cove Golf & Resort.

Litar Antarabangsa Go-Kart Sepang

Pakej trip kali ini memang menarik. Bukan pandu uji Honda Civic semata-mata, malah kami turut di ajar juga skil memandu dengan betul dan mengambil selekoh dengan betul.

Nak uji di jalan raya sangat membahaya, jadi kami uji di Go-Kart.

Ilmu yang sangat berharga sampai boleh jadi top 5 pertandingan go-kart hehe..

Go Kart

1 Malam di Amverton Cove

Selepas habis Go-Kart, kami terus pemanduan Honda Civic ke Amverton Cove Golf & Resort. Menginap 1 malam di sana. Bilik yang besar dan paling best terus mengadap kolam renang.Amverton Cove Gold & Resort lebih kepada mereka yang sukakan privacy. Sebab agak jauh dan mempunyai tahap keselamatan yang tinggi.

1 bilik seorang.. Syok oo..

1 bilik seorang..Syok oo.. Cuma line je kurang sikit kat sini. Kata nak privacy kan?

Keesokkannya, sempat bermain Paint Ball bersama rakan blogger yang lain. Dan yes, kami menang 2-0. Alah. Sebenarnya 3 game. Sebab kami menang, jadi 2 game je. Kalau tahu kami buat 1 menang 1 kalah. Boleh main 3 game. hehe Main paint ball ni senang je.Bila kena tembak baru enjoy. Walau sakit. Takkan nak duk kubu je kan. Hehe

pengalaman-pandu-honda-civic-2016-amverton-cove-paint-ball

Apa kata saya mengenai Honda Civic 2016?

Sepanjang perjalanan trip, secara kesuluruhan, memang puas hati kalau dapat miliki Honda Civic sebijik. Daapt naik untuk 1 trip pun, esok masih lagi rindu dengan keselesaan dan juga pemanduan mudah yang ditawarkan oleh Honda pada Honda Civic Serba Baharu 2016. Memandangkan Honda Civic yang baharu ni lebih sporty, maknanya ia lebih lowered. So kalau jumpa bumper, mohon slowkan kenderaan anda. Yang tak pernah drive kereta Honda, wajib la test drive di mana-mana show room Honda. Tak tipu. Yang pertama kali naik, memang terus berkenan. Thank you Honda Malaysia untuk trip yang sangat best ni. Untuk sebarang maklumat mengenai Honda boleh ke Show room atau laman web www.honda.com.my atau www.ridethedream.my. Atau talian tol percuma, 1-800-88-2020.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

Leave a Reply