Ramai yang tertanya, macam mana nak jadi penulis artikel yang bagus? Penulis artikel bukan untuk professional seperti surat khabar sahaja, tapi boleh jadi pada blogger.
Sekarang ramai yang dah mula hire penulis artikel untuk blog terutama blog berita. Dan kebanyakan kerja yang diberi adalah penulis perlu olah semula berita di top media seperti Berita Harian, Utusan, Harian Metro dan lain lain.
Selain itu, tak dinafikan ramai blogger yang tak mampu nak tulis artikel dengan bagus. Sebab blogger biasa bercerita mengenai hal peribadi. Tapi kalau pandai cerita, hal peribadi boleh jadi artikel terbaik.
5 Tips jadi penulis artikel yang bagus!
1- Elakkan menulis cerita berunsur lucah
Untuk menjadi penulis artikel yang bagus, jangan sesekali menulis artikel berunsur lucah.. Kadangkala blogger ni mereka suka tulis Tajuk berunsur lucah untuk tarikan pembaca, tetapi dalam artikel tiada unsur lucah.
Tapi bagi aku lebih baik elakkan artikel berunsur lucah. Ada dua kesan penggunaan apabila buat artikel berunsur lucah.
- Orang pandang serong pada blog tersebut
- Orang pandang serong pada penulis.
2- Elakkan melencong dari tajuk
Biasa bila menulis, tengok pada idea dan kerajinan. Bila ada idea dan rajin, terus mula menaip. Banyak kali terjadi pada aku sendiri, bila idea dah ada dan kerajinan dah ada, tiba-tiba apabila dah sampai setengah, boleh lost.
Kalau dah lost lebih baik berhenti menulis, berehat seketika ataupun sambung esok. Untuk mengelakkan menulis artikel merapu.
3- Jangan sesekali copy paste.
Seorang penulis artikel yang baik tidak sewenang-wenangnya copy and paste artikel orang lain. Ini perkara yang paling tidak disukai oleh semua orang tak kira la blogger ataupun penulis dalam surat khabar.
Mereka memang pantang kalau ada orang copy paste artikel mereka kerana boleh merosakkan pagerank sesebuah blog.
Topik hangat suatu ketika dahulu, wartawan selar blogger copy cerita mereka. Kerana blogger dapat earn banyak duit tanpa perlu keluar cari cerita.
Tapi ada sesetengah blogger tak kisah blog dia di copy and paste asalkan diberi credit.
Boleh baca entry ini dari blogger Ariff Shah – Bagaimana Melaporkan blog copy paste untuk Blogger dan Wordpres.
4- Banyak membaca
Nak jadi penulis artikel yang bagus kena banyak membaca, supaya apa yang kita tulis tu berasas. Bukan main tulis je. Tidak dinafikan aku pun disuruh supaya banyak membaca tapi aku kalau membaca malas betul Hehe.
5- Elakkan menulis khabar angin.Buat kajian!
Apabila menulis artikel, elakkan menulis khabar angin.Untuk jadi penulis artikel yang bagus cuba buat kajian melalui laporan yang valid. Kalau rajin lakukan interview dengan pakar untuk mendapatkan fakta yang betul. Biasa perkara yang terlibat adalah kesihatan dan hal agama. Sekarang ramai yang main copy and paste je perihal agama.Tapi aku, lebih suka elakkan perihal agama, sebab takut tersilap.
Kesimpulan
Jadilah penulis yang beretika. Tak kira la anda blogger ataupun penulis background.
tips yang bagus dan sesuai diikuti untuk meningkatkan kualiti penulisan di blog.
tu la.
jangan jadi cam gua.
tajuk lain, isi lain. penutup pun lain.
haha..
Assalamualaikum. Saya ingin menjadi penulis separuh masa. Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi orang ataupun sykt yang memerlukan penulis? Saya amat berharap untuk memjadikan penulisan mata pencarian saya.
Terima kasih sudi berkongsi tips. 🙂