Skip to main content

Cara Renew Roadtax Mati Selepas 1 Tahun | Kekangan masa, kekangan wang, berkerluarga dan tinggal di kediaman tinggi boleh jadi punca motor tak di digunakan dalam tempoh yang lama sehingga 5 bulan.

Sampai roadtax mati pun tak ingat nak renew. Geleng kepala je la mampu.

Masa mula-mula nak renew roadtax motor, ingat boleh renew di pejabat pos. Rupanya dah lebih 1 tahun mati, dah tak boleh renew di Pejabat pos. Kena pergi Puspakom.

Kalau kurang setahun boleh renew di Pejabat pos macam biasa.

Cara renew roadtax motor mati lebih 1 tahun. 

Di Puspakom

  1. Pastikan ada geran bersama anda. Tak perlu pemilik asal.
  2. Bawak motor pergi Puspakom terdekat. Biasa motor tak banyak nak masuk Puspakom. Jadi tak perlu book appointment.
  3. Isi borang di Puspakom & bayar RM21.50 di kaunter.
  4. Letak borang atas motor.
  5. Tunggu Staff inspection.
  6. Kemudian kena beli insurans. Dekat puspakom ada. RM130-160. Bergantung pada CC.

Cara renew roadtax motor mati lebih 1 tahun 2

Di JPJ

  1. Lepas siap Inspection di Puspakom dan beli insurans, pergi terus JPJ.
  2. Settled!

Mudah je sebenarnya. Ada yang kata boleh pergi JPJ terus. Tapi kalau JPJ tu tak ramai orang, boleh inspect terus. Ada pegawai dia dan jimat la RM21.50.

Tapi kalau JPJ dia kata, pergi renew Insurans, lepas tu datang sini, tunggu kena panggil Masa tu tengah hari. Ramai gila orang… Sampai keluar ramainya di JPJ Bangi..Jadi saya give up haha

Jadi saya tak buat kat JPJ.. Buat inspect dekat Puspakom je. Tak perlu nak tinggal motor.

Tukar Nama Pemilik Motor.

Bila tak ada orang nak pakai motor, saya buat keputusan untuk tukar nama motor.

  1. Beli insurans letak atas nama saya, bukan pemilik asal.
  2. Pergi JPJ untuk pertukaran nama. Kena bawa pemilik asal. Kalau pemilik asal jauh, suruh pemilik asal pergi JPJ untuk thumb print kebenaran tukar nama. Tak perlu geran, geran perlu untuk pemilik baru.

Settled! Alhamdulillah. Motor Lagenda Z ni milik saya dah sekarang. Hehehe..

Tapi sejak saya balik Terengganu, motor ni patah balik ke pengguna sebelum ni, abang saya.. Aduhai, keluar duit buat baiki, last-last orang lain pakai. Sabor je la…

Takpe la.. adik beradik kan? hehe..

 

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

17 Comments

  • pernah skali, mr.asben lupa renew roadtax dia more than 3 months!
    da le itu kenderaan ke hulu ke hilir gi keje tiap hari.
    aduhai. terkejut aida dgr nyer… bahaya ekk.
    sib baik JPJ tu hah 10 minit dgn rumah, on the way dia nak ke opis.
    kelam kabut btol! serik!

  • wow pening kepala juga nak kena ke puspakom ke jpj, eh teringat hari tu lewat update lesen hhehe nasib baik masih boleh renew, thanks sharing info

  • Ajuya says:

    Bagus norfa xberkira ngan adik beradik..hehe. Walaupun agak sakit tp percaya lah bila kita ikhlas pasti ada ganjaran nya. Ehh bukan nak komen yg tu nak habaq AR xdak lesen motor. Hehe. Nak naik duk belakang pegi jauh2 dlm kL pun kecut perut. Lain kali jgn buat lagi ye lesen lupa nak renew. Kuikui

  • Ajuya says:

    EH lupa letak website ?

  • el says:

    ari tu pergi JPJ renew insurans dan roadtax sekali..buat insurans dulu (orang2 insurans byk jer kat luar jpj tu) pas settel baru pi JPJ buat roadtax..tak sampai 5 minit dah siap..kagum plak dengan jpj ni..apa2 pun thanks sharing info ni

  • Mek Onie says:

    Alhandulillah, so far onie tak pernah ada pengalaman macam ni dan inshaAllah akan digunakan. Style onie, onie akan alert dengan perkara2 penting macam lesen dan sebagainya. Sebab onie jenis org pemudah cara dan tak suka merumitkan sesuatu perkara. Btw, terima kasih sebab kongsi berkenaan ni.

  • Thanks atas perkongsian. Saya pernah lupa nak renew lesen memandu setahun. JPJ bangi tu memang sentiasa penuh. Pagi-pagi lagi orang dah beratur.

  • Mimi says:

    Ooo kalau road tax mati dah setahun kena pergi puaspakom.baru tahu.nasib baik baca entry ni at least tahu juga.nanti boleh share dwngan family atau kawan kawan pasal nih kan.thank you share info

  • nikkhazami says:

    senang je prosesnya.. cuma kalau orang rami tu yg malas nak menunggu

  • JMR says:

    hehe.. baguslah Norfa ni..kalau orang lain, mungkin dah tak renew bagai ni..redah guna je. Tapi kalau takde isu ie:eksiden ke ok la kan, kalau nasib tak baik, memang akan banyak ceritanya nanti.

  • Yanty Lee says:

    Wah sis baru tahu about this. Ye la kan bila dah tak guna sangat kenderaan nya leh terlupa apatahlagi kekangan masa / duit. TQ for sharing Norfa

  • kinah says:

    Tula pasal lenjan je moto sampai lupa renew roadtax. Bila nampak roadblock baru teringat tak renew lagi. Nayaa ooo. Renew roadtax moto yang dah mati lebih setahun ni nampak lebih mudah berbanding kereta yang lebih banyak prosedurnya

  • Lady Lisaa says:

    Baru tau pasal ni sebab Lisa selalu memang letak reminder untuk renew roadtax motor.. sebab jenis lupa psl ni, nasib baik abah yang ingatkn juga. Info ni sangat berguna. Nanti kalau ada kawan yang nak renew boleh bagi link ni kat dorang.

  • Dik bee says:

    owh, baru tau cam tu kekdahnya. Saya takde motor tapi bagus info ni. Mana tau nanti kalau jadi kat adik, boleh advice dia. Tapi so far ok lagi sebab dia selalu renew kat post office.

  • Bella Jamal says:

    Tu lah, kena prepare awal. Nasib baiklah tak pernah exceed time. Leceh pula nanti ke Puspakom bagai. Terus nak pergi cek lesen, takut dah expired!

  • TENGKUBUTANG says:

    Bagus entri ni, berguna untuk mereka yang menghadapi masalah yang sama ketika nak renew roadtax insuran.. hemm.. tapi Kalau kenderaan lain macam kereta ke sama juga ke prosedur nya yea?

  • Leceh jugak caranya kan, tu tersadai je motor kt rumah tu, bwak pegi jalan2 keliling taman je

Leave a Reply