Assalamualakum..
Perkara yang sering kali terjadi bila pergi air terjun. Alkisah masa aku pergi Ulu Yam beberapa hari lepas bersama rakan taulan. Sibuk sibuk sediakan beg untuk letak barang berharga rakan-rakan, terlupa pula nak letak barang berharga sendiri sebelum terjun sungai..
Akibatnya, handphone cap ayam grand Ninetology Black Pearl 2 menyelam dalam sungai. Haha.. Tak sedar handphone BP2 masih lagi berada dalam poket masa tuh. Selepas 30 saat berjalan menuju ke tengah, baru duk meraba poket. dan taddaaaaa.. BP2 lemas di Sg. Tua, Ulu Yam.. haha..
Cuak?? Sedih?? Sebenarnya tak ada la cuak sangat, sebab berkira kira nak beli handphone baru ataupun DSLR.. so macam tak de kesan sangat.
Apa aku buat bila handphone black pearl 2 masuk air?? Meh aku aja Do It Yourself..
Baiki Handphone Masuk Air
1) Buka housing belakang handphone
2) Cabut bateri dan simkad.
3) Biarkan air kering atau guna hairdryer untuk pengeringan luaran.
4) Untuk hilangkan wap, masukkan handphone ke dalam bekas beras kat rumah masing masing. Biarkan semalaman.
5) InsyaAllah handphone akan pulih.. Tapi skrin yang masuk air makan masa 2 3 hari untuk kering.
Mudah je kan Baiki Handphone Masuk Air yang saya tunjuk. Masalah yang akan di hadapi bila Handphone masuk air antaranya, masalah pada Mic kat handphone, speaker dan juga skrin yang mungkin agak kabur nanti.. Yang lain insyaAllah berfungsi dengan baik..
Selamat mencuba..
memang kena bertindak cepat bila masuk air woo..
memang kebiasaannya orang akan buat macam tu, setakat ni hp tak pernah masuk air. hehe
Salam kak .. macam mana kalau fon jenis tak boleh buka belakang, saya pakai Sony Xperia jadi kesan air masih ada pada screen, dan pada kamera juga kalau apabila di cas kamera akan berwap,bermakna dalam fon masih ada air kan,tapi saya sudah rendam dalam beras semalaman, tapi tak ada kesan pada dalam fon ka? Mohon bantuan, terima kasih
Baru tahu nak hilangkan wap letak dalam beras..hehehe. dia suruh beli fon kalis air la tu maksudnya.
wah~ tips yang menarik. hp boleh masuk dalam bekas beras ya… huhu~
assalamualaikum tuan Tanah..
hahaha..baru ni hp ninetology saya pun selamat masuk dlm lubang tandas kat MBO. oleh krn memang tak tau ape, saya on off kan aje hp tu. sampai kat umah terus tak hidup. memang nampak sangat nak soh bli hp kalis air kan?
assalam…..phone saya termasuk dlm air tetapi saya dah terONN kannya…so saya dah ikut step yg kat atas tuu….saya nak tnya phone saya tu positive boleh digunakan lagi ke selepas bberapa hari…..saya risau sebab saya terONN kannya dulu….huhuhuhh xde bajet nk beli baru…
harap tlg reply scepat yg mungkkin yeeeee
ok thanxxxx
Adakah berkesan penggunaan silica gel pada tab yg dimasuki air? Dan bagaimana nk caranya ye…
kalau speaker je masuk air kena rendam dalam beras tu berapa hari ye?
Assalamualaikum , nak tnya ni phone saya termasuk dlm lubang tandas .say dh lap, dh bukak bateri bagi kering . tpi lepas kering tu saya try on boleh and then blik rumah je x bole. tapi still boleh ke nak guna tips ats tu ?
Henpon saye sampai tak boleh touch screen boleh sikit2 je tapi tak tau nak buat ape boleh ke guna tips atas tu
tolong lah balas
nak tanye, lps masukkan hp dlm beras tu, beras tu selamat ke untuk dimakan?
Kalau speaker merecik air hujan nk wt cmner..kne msk dlm tong beras ke cmner…sbb bila on tepon sound dia berdecik2 bunyi…
Baru semalam Phone masuk air.. Gelabah cabut bateri SIM n memory kad, hembus hembus sikit.. Kat celah celah lubang Phone bagi air keluar.. Tak lama pas tu, on, dia gelong sat.. Da agak ok, saya cas sambil hidup kan sambil on game bagi phone panas untuk keringkan air.. Speaker mic kamera pun ok
Sekarang da agak ok, cuma sakit mata sikit ada water Mark kat screen.. Beras tak ada kat umah sebab bujang.. Huhuhu.. Phone baru beli plak tu… Nasibbbb nasib.. Water mark tu boleh hilang kot erk kalau letak dalam beras walau da lama masuk air..??
Cik sebernanya telefon saya dah lama masuk air boleh repair lagi ke
Assalamualaikum kak… sye pkai fon vivo y51l…fon ni jtuh msok parit lbih kurang 4-5 hri jgak…pstu parit tuu brlumpur…hbis speaker,Mic,cucuk earphone msok lumpur …pstu beti dye mmg x leh bkk…just msokkan je dlm beras ke mcm mane niii….???
salam, kalau phone saya ni jenis j7 prime dan susah la nak bukak bawak keluar battery tu tapi saya dah cabut simkad apa semua dan letak dalam beras, nanti okay ke handphone saya?