Skip to main content

Assalamualaikum..

Tergerak hati nak masuk contest dari Hasrul Hassan mengenai Ilmu Blogspot Blogger Malaysia. Bagus contest macam ni. A least boleh bagi panduan untuk blogger blogspot malaysia.[pullquote]”Blogging is NOT a get-rich-quick-scheme, it is more like Work For Free A Long Time Then Reap Your Reward type of plan”[/pullquote]

Sepanjang bertahun tahun aku guna blogspot sejak permulaan jadi blogger, banyak benda aku nak kongsi. Sangat banyak. Tapi memandangkan contest hanya perlu tiga, aku rangkumkan kepada tiga points. Jeng jeng jeng…

Sebelum ni aku dah tuliskan sebenarnya kat entry “Perkara Blogger Perlu Tahu Selain Menulis Blog“.. itu general termasuk pengguna wordpress.. tapi kali ini specific untuk pengguna blogspot di Malaysia.

Yang pertama : Sila kemaskan design blogspot anda

Orang yang guna blogspot ni mesti teruja bila sebut pasal design blog. Kat google beribu-ribu template blogspot ada. Kat Malaysia ni berpuluh blogger buat service design blog. Dan ramai yang pandai design sendiri blogspot tapi tak semua design dengan kemas.

Blogspot paling senang nak design. Tapi tolong la jangan caca merbakan blog tuh dengan benda mengarut. Widget yang berserabut. Ikan berenang renang, gambar size 400px tapi widget size 250px, kaler buat berpinar mata, blog berat gila nak mati, tulisan kecik molek, home post dekat 10 entry tanpa excerpts dan sebagainya.

Kalau dah rasa pandai design, siapkan design dan get second opinion mengenai design yang kita buat pada blogspot kita. Jangan syok sendiri sangat! Memang kita suka design blog kita, tapi yang bacanya pembaca, bukannya kita sahaja. Better mintak pandangan dari blogger lain. So that blog kita boleh improved.

Kalau tak pandai, jangan nak kedekut sangat nak keluarkan duit sikit untuk hire blog designer. Ramai sangat blogspot designer kat Malaysia. Ala stakat RM50-150 tuh apa la sangat. Pakai bukan sebulan. Setahun pon boleh. Pilih la design blogger mana yang berkenan. Then hire dia. Tak susah pon kan..

Kalau aku memang kedekut la. Sebab aku tak suka design yang sama dengan blog lain. Lagi pun aku pandai design sendiri.. aku suka hasil design aku sendiri. Then kalau jemu aku boleh tukar suka hati. Sebab aku punya selera memang asyik sangat bertukar. Kalau buat design dengan orang, nak tukar selalu tuh macam membazir pulak.. kan?

Yang Kedua : Simple Setting Blogspot

Ini kalau dah teruja dengan blogspot, boleh lupa nak siapkan simple setting yang ada dekat blogspot. Antara setting yang penting untuk blogspot :

♥ Basic : Tentukan domain blog.. Domain mesti mudah untuk ingat dan simple. Aku terasa nak hempuk bila ada orang buat domain “ceritacintaakudandia.blogspot.com”
♥ Posts and Comments  :
—> Homepage : 2-3 posts sahaja di homepage..
—> Who can comment? – Anyone la senang. Kalau kena bantai dari anonymous, delete je kalau takleh terima. Lagipun untuk blogger wordpress senang nak guna NAME/URL untuk komen.. Depa akan tekan X terus bila tak ada option NAME/URL bila nak komen.
—> Comment Moderation – Always. Baru boleh monitor anonymous punya komen.
—> Show Word Verification? – NO!!!! penting!
♥ Other : 
—> Adult Content? : NO… melainkan ko buat cerita xxx…

 

Yang ketiga : Tips and Tricks.

Ini part aku suka pasal blogspot. Triller sikit dari wordpress. Korang pengguna blogspot kena rajin google tips and tricks untuk SEO. Kalau pengguna wordpress search plugin, download, install, then siap.

Tapi korang kena cari tutorial di internet untuk optimize blog korang. Meta tag ke, H1 H2 exchange, breadcrumbs ke, Meta code, dan apa apa je. Sila cari kat google. Banyak sebenarnya tips and tricks kat google. Kalau bertuah dapat la yummm dia.. kalau malas kau memang sampai bila bila tak dapat yumm..

Kejayaan aku masa guna blogspot dapat Pagerank 4.. itu semua usaha rajin rajin aku. Sekarang usaha malas aku telur ayam je dapat.

Kesimpulan [pullquote]We must not only blog what is popular. We must blog about our passions, no matter how quaint. This is true EMPOWERMENT – Su_Layug[/pullquote]

Ok!.. gudluck!.. Selamat maju jaya pengguna blogspot.. Jangan pikir pasal duit je.. Sila pikir pasal blog juga. Jangan sampai nanti SKMM buat Code Of Conduct for Blogging pulak.. Ataupun tiba tiba wujud Akta Penulisan Alam Maya… mati kang.. So sila berhemah sikit dalam blogging.. Duit berjuta hasil buat blog perkara haram, hidup takkan tenteram.. peace~

 Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Blogger kat Malaysia ni bab cendawan tumbuh selepas hujan. Tapi sebenarnya berapa lama yang boleh survive macam dalam gambar ni?

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM
dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.comDikbee.comAbangEnsem.com,
EjamOthman.comSaji.my serta ditaja bersama oleh
Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com,
MawardiYunus.comMiziSempoi.comDindaMaisarra.blogspot.com Ecadwinkyasha.com,
Terbaek.netDuniaFarisya.comPaly.myPhat.my dan Blog Ieta.
Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

6 Comments

Leave a Reply