Selepas pergi Bukit Tabur, kebetulan housemate kasi tahu, ada geng UPM ajak pergi Gunung Besar Hantu kat Jelebu. Kebetulan juga masa tuh ada kereta, terus join. Gunung Besar Hantu setinggi 1462 meter dengan 4796 kaki. Lama jugak la mendaki. Track boleh dikatakan medium kot untuk newbie.. hehe. Hiking kali ini bawah group We Love Our Mountains (WELOM) dengan kerjasama UPM. So ramai la budak-budak UMP join trip kali ini. Walaupun hanya kenal seorang je dalam group ni, saya ikut je sebab dah boring sangat duk dirumah hujung minggu.
Hiking Dengan Beg sekolah
Ini betul-betul kenangan. Memandangkan tak ada beg hiking dan tak diberitahu maklumat lengkap, bawak je la beg sekolah. Ye la, pergi hiking tak ada briefing yang betul, bawak la beg yang ada. Tup-tup sampai sana kena masukkan ration yang di agihkan.. Terus padat! Haish!. Dulu masa pergi Gunung Kinabalu tak ada pula bawa beg hiking, pakai beg sekolah jugak Tapi tak ada masalah. Cuma kali ini je beg penuh dan berat gile. Huhu. Tapi ini memang kenangan. Lepas tu tak bawa beg sekolah dah. heh.
Itinerary Gunung Besar Hantu
- 1.00 pagi – Bertolak dari Kuala Lumpur
- 3.30 pagi – Tiba di Kampung Chennah
- 6.30 pagi – Agihan ration dan sarapan pagi
- 8.30 pagi – Bergerak ke Kem Bukit Perjuangan
- 9.00 pagi – Bertolak ke starting point dengan 4X4
- 10.00 pagi – Tiba di kaki gunung dan mula tracking
- 12.30 tengahari – Tiba di Kem Sungai Kering, Pasang camp dan.makan tengahari
- 2.30 petang – Team 1 bergerak ke puncak untuk sunset
- 4.30 petang – Tiba di Kem Orkid
- 6.30 petang – tiba di puncak
- 8.30 malam – bergerak turun ke campsite
- 11.00 malam – Tiba di Kem Sungai Kering.
- 1.00 pagi – team 2 naik ke puncak.
Kem Sungai Kering
Kem Sungai Kering tempat campsite masa ke Gunung Besar Hantu. Gunung Besar Hantu salah satu gunung paling best sebab ada 2 punca air. Jadi tak terdesak sangat dahagakan air. For the first time hiking, memang dehydrated sangat-sangat. Air tak cukup dalam badan, mujur ada 2 punca air masa nak kepuncak! fuh.. Pewai jangan cakap la. Teruk sangat aku pewai. Tapi mujur ada geng-geng yang supportive yang sanggup tunggu kemengahan aku..haha.. Alhamdulillah, sampai kepuncak. Tapi sayang tak nampak view sebab kabus. Duduk selama 1 jam lebih di puncak. Gile sejuk. Mujur ayengmeng buat maggi sosej. Sedap pulak dapat makan maggi. Masa turun, kami singgah di Air Terjun Kijang. Wah,..bestnye kalau boleh mandi.. Tapi tak sempat jadi kami ambil gambar je.. fuh.. Ape-ape pun memang best hiking dengan group WELOM!.
– cerita pendek sebab dah lupa jalan cerita..
salam, nak tanya gunung ni boleh masuk tanpa permit tak? memang kena naik 4×4 ke nak kesana? ada contact no x?