Hi,
Kembali kita dengan resepi baru. Sebelum ni saya ada kongsikan resepi spaghetti bolognese, resepi spaghetti carbonara dan juga resepi spaghetti rendang.
Kali ini kita cuba pula resepi spaghetti kari. Nampak unik, dan yeah, kali ini kita cuba sesuatu yang baru.
Resepi Spaghetti kari sangat mudah, hanya menggunakan sos kari spaghetti dari jenama Kimball. Untuk pengetahuan anda, ada 3 sos spaghetti baru yang dikeluarkan oleh kimball iaitu Sos Kari, Sos Rendang dan Sos dan tomyam!
Jom kita tengok resepi spaghetti Kari ini!
Resepi Spaghetti Kari Kimball
Bahan-bahan:
- Spaghetti
- Sos Spaghetti Kari Kimball
- 1 labu Bawang besar (potong dadu)
- 200 gram daging cincang/ayam cincang
- 1 biji lobak merah (potong dadu) ** optional
- 1 sudu Minyak masak
- Secukup rasa
Cara-cara penyedian:
- Rebus spaghetti sehingga emput.Jangan lupa masukkan sedikit minyak.
- Panas kan kuali bersama 1 sudu minyak untuk memasak kuah kari spaghetti.
- Masukkan sos kari spaghetti bersama ayam cincang.
- Masukkan bawang dan juga ubi kentang.
- Masukkan sedikit secukup rasa kalau tak cukup rasa. Heh. Jangan masukkan air, nanti hilang rasa kari.
Biar kentang empuk.
Resepi ni boleh di olah mengikut citarasa sendiri. Kalau anda dah termasukkan air, masukkan semua serbuk kari yang ada.Sebab bila masukkan air dia akan hilang rasa.
Kalau rasa tak cukup, tambah la apa yang patut. heh.
Sos spaghetti kari dari Kimball ini dah ada minyak, so boleh kurangkan penggunaan minyak masa nak masak sos.
Kalau anda nak cuba resepi lain, boleh ke link dibawah..
- Resepi Spaghetti Bolognese Ayam (paling ramai orang cari)
- Resepi Spaghetti Carbonara Lada Hitam
- Resepi Spaghetti Rendang Kimball
- Resepi Spaghetti Kari Kimball
So ada lagi 1 sos spaghetti dari Kimball yang saya belum cuba, iaitu Sos Tom Yam.