Assalamualaikum.. Lebih kurang seminggu lepas, aku diberi peluang untuk test drive Honda Civic bersama rakan rakan blogger yang lain. Ada 4 jenis Honda civic yang di berikan kepada kami iaitu :
- – Civic 1.8S
- – Civic 2.0S
- – Civic 2.0 Navi
- – Civic Hybrid
Kumpulan aku yang terdiri dari Denaihati dan Gnesop. Kami di berikan Honda Civic Hybrid 1.5L untuk test drive.
Aku mula mula dah aim untuk merasa Honda Civic Hybrid sebab along aku pakai Honda Civic 2.0. Aku boleh kata, dalam banyak banyak kereta kat rumah ni, memang aku suka naik Honda Civic along aku, sebab rasa ringan gila stereng dan smooth je. Kalau balik Terengganu dengan abang aku, kat highway Karak la paling best.. Bila tukar turn aku bawak, sedar sedar aje ada orang sebelah bunyi “Kakna, slow sikit.. laju sangat tuh”.. hahahahha… aku perasan, masa tuh dah sampai 170km/j.. tapi aku wat relax je.. haha nasib la along, bagi adikmu ini bawak kereta.. hehe
Sepanjang sehari kami di Honda Civic Test Drive, kami diberi peluang bawa Honda Civic naik bukit, jalan berliku, tanah tak rata di Rawang sebelum melakukan latihan VSA dan ABS which aku tak pernah tahu pun semua ni dalam kerata abang aku.. Hahaha..
Tepat pukul 2.40 petang kami di lepaskan untuk menuju ke Rawang sebelum berhenti di Desa Park City. Aku sebenarnya saje je taknak jadi pemandu pertama dan kedua, sebab aku dah pernah pandu Honda Civic, so bagi la peluang kepada Gnesop menjadi driver pertama sebelum membuat pertukaran pemandu di Hentian Sg. Buloh dan Anarm menjadi pemandu kedua..
Nak kata betapa bestnya Honda Civic ni, semasa Anarm ambil alih memandu di kawasan bukit, tanah tak rata dan jalan berliku, rilex je Gnesop tidur.. Selesa sangat duduk belakang agaknya.. Haha..
Bila sampai turn aku untuk jadi pemandu untuk menuju ke Desa Park City, first time aku terasa pelik bila mana Honda Civic berhenti di traffic light, dia auto stop. Tiada bunyi enjin, ibarat aku tak start enjin kereta. Rupa-rupanya tuh di panggil ECO Assist function. Itu kelebihan Honda Civic berbanding kereta lain. Dengan fungsi ECO, enjin kereta dan bateri akan di seimbangkan dan berfungsi untuk membantu pencapaian bahan api yang terbaik dalam jangka masa yang panjang. Dalam masa yang sama, pemilik Honda Civic dapat jimatkan kos untuk petrol!..
Patot la abang aku beli Honda Civic,..bila hujung minggu aku call tanya ada kat mana.. “Ada kat Perlis” “Ada kat Kelantan” “Ada kat Temerloh”.. patotla, minyak saving banyak..
Latihan VSA dan ABS
Bila sampai di Desa Park City, sangat teruja sebab kami diberi peluang untuk membuat latihan VSA, ABS dan juga Slalom Test.. Slalom test yang di berikan membuatkan aku rasa terketar ketar kaki sebab ia adalah satu pertandingan. Tapi nak buat macam mana, tak reti nak jadi drifter, setakat break pakai break kaki, macam mana nak cepat kan? hahaha..
Tapi aku tak langgar satu kon pun, termasuklah bila di letakkan kon kiri dan kanan.. . Makna kata, aku berjaya atasi ketakutan jalan raya kecil bila pandu kereta besar.. hahaha.. ops Azfar Roslan apa cerita? eh
Meh nak bagitau info sikit pasal VSA dan ABS..
Vehicle Stability Assist™ (VSA) adalah untuk memberi stability sepenuhnya kepada pemandu Honda Civic bila berlaku unstability. Bila pemandu On VSA, sekiranya berlaku unstability, Honda Civic akan kesan secara automatic dan mengambil alih braking system supaya Honda Civic kembali stabil.
Anti-lock braking system (ABS) with Brake Assist, memberi kelebihan kepada kenderaan di mana, ia masih boleh mengelak dari halangan walaupun break di tekan secara penuh.
Untuk melihat bagaimana VSA dan ABS berfungsi, boleh tengok video di bawah..
Apa aku boleh kata untuk Honda Civic, kereta yang banyak kelebihan.. Stereng dia ringan, break system ok, ada VSA dan ABS, serta Eco System terbaik!! Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web Honda Civic dan juga Facebook Honda Malaysia
p/s: Honda Civic luar biasa bagi along aku, sebab tuh dia dah tak bagi aku naik dah Honda Civic dia kat Kuala Lumpur.. Calar balar bila dapat kat aku.. hahahaha
yang warna hitam tu sempoilah
best jugak kereta ni , selesa walaupun bawak laju mana
wowww!!! blog dah ok dah.. hehehehe yang warna hitam nampak elegen je bila bawa.. sangat obses pada warna hitam, nampak kemewahannya di situ..
wahh, best la. dapat main kereta besar.
wahh bestnye dpt peluang nie, yan g hitam itu kete paling sempoi like 🙂
Geram juga dengan honda civic ni,rekaan dia memang stylo habis
Untung dapat lanyak Honda Civic. Secara tak langsung ia dapat meningkatkan keyakinan pembeli dengan kualiti produk Honda bukan gah diatas kertas.
untung ler dpt lanyak civic…
lepas nih boleh lah sambar sebijik kan…:)