Skip to main content

Hi,

Lama tak bercerita. Kisah pertama kali kena saman dengan PDRM. Selama ni kena saman dengan DBKL buat selamba je. Kali ni dah tak boleh selamba dah. Sebab kereta orang. Haish.

Macam mana boleh kena saman PDRM?

Pukul 5 pagi bertolak ke KLIA. Kisahnya nak hantar travel blogger Rayyan Haries yang akan pergi ke Kalkota India, untuk buat research dan volunteer di sana selama 6 bulan.

Ingatkan pagi-pagi parking dekat tempat turunkan penumpang tak ada la kena saman. Tapi malang tak berbau. Lepas hantar Rayyan, tengok ada surat cinta dari PDRM. Haish.. Selama ni ok je masa hantar kakak ipar. Silap timing kot. Haha.

Aku pula first time hantar orang, biasanya pergi KLIA naik KLIA Express je tak pun bas dari KL Sentral. Tapi kali ni pergi hantar Rayyan, tak jumpa pula kat mana nak parking kereta. Sebab tu balun je.. “Ala.. kejap je, bukan lama”..tup tup, nah!. Saman dia kasi.. haha. Saman Parking di KLIA

Bayar Saman PDRM di IPD terdekat

Memandangkan lepas ke KLIA aku terus ke NIlai, pergi la cari Balai polis terdekat iaitu Balai Polis Nilai. Rrupa-rupanya kena pergi Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bahagian Trafik! . Sebelahnya ada Bahagian Trafik tapi mungkin tak ada sistem pembayaran. Aduhai.

Masa balik tu baru la aku jumpa IPD Sepang. Terus pergi kaunter bayaran Bahagian Trafik, bagi kertas saman, dan tanya berapa kena bayar.

Dengar la dia berceloteh, “ini tak masuk dalam sistem lagi..saman kena RM250..”.. aku dah cuak dah. gila RM250. Aku tanya la “tak ada kompaun ke kak?”…dia diam je..

Lama tu, “ok, RM100. Akak bagi RM100 sebab tak masuk sistem lagi. Kalau dah masuk sistem memang tak boleh buat apa la”.. mujur tergerak hati nak bayar hari tu jugak. Aiseh..

Melayang la RM100..

Aku ada baca kat forum, ada yang dapat bayar RM30. Aku tak tanya la pulak akak polis tu. Kang terus dia tak bagi kompaun kan! Lagi naya.

And now. Lepas ni tak mo dah parking situ..

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

One Comment

Leave a Reply