Hi,
Johor. Orang kata negeri yang sememangnya syurga makanan bagi penggemar makan. Kebetulan pergi Majlis Kahwin Alep & Syaza di Johor, so singgah sebentar disana.
Saya tak pernah makan pun Kacang Pool. First impression tentang kacang pool adalah roti yang dimakan bersama dengan kuah kacang. Kuah yang mengandungi kacang pool yang di blend. That’s it!
Rupa-rupanya….
Kacang pool sebenarnya campuran kacang pool dan daging. Yang membuatkannya sedap adalah daging. Lagi banyak daging lagi sedap.
Macam Kacang Pool Haji yang terletak di Medan Selera Bomba Larkin ni, memang sedap. Boleh dikatakan daging yang ada dalam kuah kacang pool banyak. Ditambah dengan bawang, limau kasturi dan juga cili.
Lagi sedap apabila dimakan bersama roti. Roti tebal dibuat sendiri dan sangat lembut. Walaupun hanya sekeping roti saya makan, tapi cukup kenyang.
Kalau perasan gambar diatas ada satu mangkuk kacang pool tiada telur. Itu sebab kami minta diasingkan kerana salah seorang dari kami tak makan telur goyang. Hehe..
Masa kami sampai hanya dua orang saja pekerja. Servis memang cepat. Tak perlu beratur lama.
Konsep kat sini, Order, bayar dan ambil sendiri.
Harga untuk 1 set kacang pool adalah RM5.00. Lepas ni boleh la nak buat #ProjekKacangPool di Kuala Lumpur dan Selangor.
Agak-agak kat mana ye kedai makan yang ada jual Kacang Pool sedap di Kuala Lumpur dan Selangor?
Kalau anda tahu, boleh share dengan kami ye..
Selamat Pengantin Baru Alep & Syaza.. Semoga bahagia hingga akhir hayat.. Cepat-cepat bagi kami jadi pakcik & makcik tau..
hu..hu..baru pertama kali dengan nama kacang pool
Pernah dengar pasal kacang pool nie.
Tapi tak tau macamana nak makan kan.
## Warna baju pengantin cantik la. Suka tengok. Hihihi.