Skip to main content

Assalamualaikum…

Murtabak.. murtabak .. murtabak.. Kalau masuk je ramadhan mesti semua orang akan mencari murtabak.. Boleh dikatakan makanan wajib bagi semua orang bila nak berbuka.. kan?

Tapi tak semua murtabak sedap… Ada yang nipis, ada yang tebal, ada yang isi nya sedikit, ada yang isinya banyak dan ada yang isinya tak de rasa apa ap.. Tapi lain pula dengan Murtabak Wahab..

Sebenarnya, Murtabak Wahab adalah murtabak paling sedap yang kami sekeluarga selalu beli tiap kali berbuka puasa. Dari saya kecil dulu lagi. Murtabak Wahab la jadi murtabak kegemaran kami? kenapa?

Murtabak wahab dia maintain ketebalannya  2 cm.. tebal ok.. Kalau biasa kita tengok orang buat murtabak isi nya mesti hanya di letak menggunakan sudu sikit demi sedikit.. Cukup lah asalkan ada rasa.. Tapi kalau tengok pembuat Murtabak Wahab iaitu dari keluarganya sendiri, 1 senduk isi campuran kari daging atau ayam diletakkan sebagai isi murtabak tersebut.. perghhh memang terliur..

Tengok Ketebalannya… Terliur..

Pemiliknya.. Pakcik Wahab

Untuk mereka yang nak merasa Murtabak Wahab ni boleh beli di Bazar Ramadhan Taman Syahbandar ,  Kuala Terengganu… di gerai no 166.. Sementara puasa berbaki beberapa hari lagi… Harga antara RM2.50 – RM3.00..  yang pasti, order dia panjang… Hari ni saya pergi beli, yang Chinese pun turut sama membeli di Murtabak Wahab! ..perghhh.. Memang permintaan ramai..

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

One Comment

  • titan says:

    selalu kalau tempat aku..kalau murtabak sedap dan tebal nih..harganya dalam rm6-rm8. Biasanya memang sedap la. Lagi-lagi kalau kari dia pun sedap pedas cukup meletupnya. Memang beli 2-3 bijik terus. haha..

Leave a Reply