Assalamualaikum…
Resepi Cheese Cake Simple Hari Raya… Alhamdulillah.. Siap sudah Cheese Cake Hari Raya saya. Tak sangka rasanya sungguh sedap. Sebelum ni bila tengok resepi cheese cake memang rumit, tapi yang ni sangat mudah..
Resepi ni saya ambil dari sahabat blogger iaitu Kak Namee.. Terima kasih kak namee.. hehe.. Tapi dalam resepi saya, saya pakai Cream Cheese Tatura, sebab tak jumpa cheese yang Kak Namee gunakan dalam Cheese Cake yang dia buat.
Resepi Cheese Cake simple hari raya ni hanya menggunakan 5 bahan.
1) Cream Cheese (500gm)
2) Telur 1 Biji
3) Susu 3/4 tin
4) Biskut Marie Coklat..
5) Buttercup
Cara-cara untuk buat Cheese Cake Simple Hari Raya :
Layer pertama
1) Hancurkan biskut marie. (ikut pada ketebalan layer pertama yang anda mahukan)
2) Gaulkan dengan buttercup di dalam loyang.. Sukatan buttercup bergantung pada jumlah biskut marie yang di gunakan.. Gaul buttercup sehingga biskut marie melekat dan tidah berderai.. Kalau kurang buttercup maknanya, layer bawah akan jadi rangup…
(tips : untuk ketahui buttercup cukup ke tak, kepal semua biskut marie yang dah di hancurkan menjadi kepalan yang besar.. sekiranya masih berderai semasa di kepal, maknanya kurang cupcake..so perlu di tambah lagi)
3) Selepas tak berderai, ratakan di dalam loyang untuk layer yang pertama ni.
Layer Kedua
4) Dalam bekas berasingan, pukul cream cheese, susu dan telur sehingga gebu..
5) Masukkan ke dalam loyang layer pertama untuk jadikan layer ke dua..
6) Dan akhirnya, kek dah siap untuk di bakar..
7) Resepi Cheese cake Hari Raya ni perlu di bakar pada suhu 180’c dalam masa 40-45 minit..
8) Sebelum di potong, masukkan kek ke dalam peti ais selama 1 jam… baru cantik bila di potong..! Yummmyyy
Ha.. itu sahaja.. tak perlu letak benda lain dah.. tapi hasilnya.. mavelesss!!!… owh.. kalau tengok gambar diatas, nampak kulit atas dia koko sikit sebab tersalah buka ‘api’ atas.. Oven saya ada ‘api’ bawah dan atas.. Kalau anda ada oven macam saya, ada dua api, iaitu api atas dan bawah.. , guna lah api bawah sahaja.
Selepas siap… Tadddaaaaaaaa…! Ini dia Cheese cake saya..
Untuk dapatkan tutorial bergambar Resepi Cheese Cake Hari Raya boleh singgah di blog Kak Namee : Resepi Cheese Cake
cheese kek memang enak….yummmi…meliur pulak tgok gambar2 tu…
sis,,nk tny..nk kne gune dua2 chesse tu ke?
Aduh sedapnya. Pandai awk buat!
owh senang je bt , ingatkan ssh =P
Susu tu pkai susu ape?