Assalamualaikum.. Alhamdulillah. Selepas sebulan bercuti, dah kena buka lembaran baru. Habis dah 5 tahun belajar dan Insya Allah bulan Oktober nanti dapat la segulung Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, dan sekarang masa untuk kerja.
Masa belajar di Universiti banyak benda yang aku belajar bukan dari bidang universiti. Start tahun kedua aku dah buat part time online, pergi seminar situ sini dan event sana sini. Semua pasal social media dan internet. Banyak aku belajar je, tapi tak pernah praktik.
Sekarang tiba masanya untuk praktik apa yang dah di belajar. Mungkin ini yang terbaik untuk aku.. Kena pasang strategi, supaya ia menjadi.
Always be yourself, express yourself, have faith in yourself, do not go out and look for a successful personality and duplicate it. – Bruce Lee
Impian yang belum terlaksa untuk 2014
Ada bebepa impian yang belum terlaksana dan akan dilaksanakan sebelum 2015. Semua ni aku belajar dari orang. Hidup kena ada impian.. dan hidup biar gempak, kata Faidhi.. haha.. Antara impian yang perlu dicapai tahun ni.
- Kurus sebelum hari konvokesyen 14 Oktober 2014
- Travel backpack dalam Malaysia sebanyak mungkin
- Ranking alexa blog <2k
- 4 angka duit dari blog
Rumah dan travel luar negara aku dah set impian untuk 2015. Termasuklah kahwin. InsyaAllah. Tapi kalau jodoh aku dalam tahun 2014 aku terima, itu lebih baik. kan kan kan? haha Well, let’s work out..
A dream doesn’t become reality through magic; it takes sweat, determination and hard work.- Colin Powell
Ya Allah bestnya dah habis study. Jelesnya ena. Ena ni masih merangkak rangkak lagi. Hurmmmm
kurus?
hang buat atkins je kalau serius.
mencabar juga nak kurus sebelum hari konvokesyen 14 Oktober 2014 tu…heee. tapi tak mustahil. semoga sukses yer.
Semoga maju jaya..tak kira la dlm bidang ape pun..asal kita enjoy..