Assalamualaikum..
Dah agak lama tak berjalan-jalan di Kampung Cina. Dulu masa kecil sekitar kawasan Kg. Cina, Pasar Payang dan Bukit Puteri la menjadi tempat permainan.
Dan kebiasaannya setiap kali Chinese New Year, saya akan berjalan mengikut tarian naga ke setiap rumah kawasan Kg. Cina. Best. Sangat teruja masa kecil-kecil dulu. Sekarang dah besar, memang tak la nak ikut ke setiap rumah. Lagipun dah pindah ke Seberang Takir. Kat sini tak meriah bila sambutan Chinese New Year.
Hari lepak dengan #Amalina pergi Kg. Cina setelah sekian lama tak pergi. Beberapa bulan lepas baru tahu dah ada lorong-lorong mural disini. Memang menarik perhatian pengunjung luar.
Sempat wefie tengah jalan Kampung Cina (China Town).
Salah silah Kampung Cina
- Dikenali sebagai Chinatown terletak di pinggir bandar Kuala Terengganu. Chinatown, seperti namanya, ia merupakan sebuah penempatan kaum cina tertua dan telah wujud sejak abad ke-15.
- Ketika itu ia menjadi pusat perdagangan utama dan hab bagi aktiviti komersil sehinggalah membentuk Kuala Terengganu yang maju pada hari ini.
- Kewujudan Kampung Cina adalah bukti wujudnya hubungan perdagangan erat antara kerajaan China dan kerajaan Terengganu.
Sumber : FFTerengganu
Lorong-lorong Mural Kampung Cina (China Town) Kuala Terengganu
Ada banyak lorong-lorong Mural di Kampung Cina antaranya Lorong Penyu, Lorong Kenangan Payang @ Memory Lane, Lorong Mesra Alam, Lorong Warisan Dunia, dan Lorong Tau Kay Wee Sin Hee.
Lorong Tau Kay Wee Sin Hee
Lorong tokoh cina/ memory lane
Lorong Mesra Alam
Lorong Warisan Dunia
Beberapa gambar mural di kiri kanan jalan Kampung Cina.
Lorong penyu kami tak jumpa.. Dah pusing mungkin ada tertinggal di mana.. Takpe, orang Terengganu tak susah nak datang lagi. Hehe..
baru balik dari kuala terengganu… sempat bergambar di sana.. memang menarik dan kreatif
hang memang suka ambil gambar dan bergambar eh.
wahhh…kita pun stay Tganu jgak. Tak tahu la plak yg China Town tu ada tempat yang best mcam ni. Mesti pergi ni.