Hi,
Aku kalau bab pencuci muka, krim muka aku boleh pakai semua jenis produk. Muka aku jenis neutral. Susah nak ada kesan buruk ataupun alergik dengan produk penjagaan muka.
Kesan yang hanya aku akan dapat adalah kesan positif seperti white head kat muka hilang, muka semakin putih berseri, dan tona muka kain sekata ataupun tak ada langsung kesan. Orang terengganu kate, “supe tule je”..
Now aku try guna set Garnier Sakura White Pinkish Radiance.
Sekarang dah seminggu lebih saya menggunakan produk ni. Dulu saya pakai produk ‘mahal’ ni sekarang dah tukar dah. Produk ‘mahal’ saya tinggalkan kat Terengganu. hehe
1- Wangi
Produk garnier kebanyakkannya bau wangi. Termasuk lah Garnier Sakura White ni. Ada orang tak suka produk yang fragrance. Saya pun pelik kenapa.
2- Hilangkan white head
Siapa yang ada masalah muka banyak white head macam muka saya elok la pakai ni. Saya paling benci white head sebab buatkan tangan tak berhenti menggaru.
Banyak produk dah guna, tak jalan. Produk mahal juga jalan. Tapi sekarang pakai produk Sakura White alhamdulillah bila pakai tak rasa tangan nak menggaru.
3- Lebih segar.
Pakai Garnier Sakura White buatkan muka lebih segar. Ikut step yang saya akan tunjukkan kat bawah nanti, and you feel better walaupun masa pakai rasa attraction yang menyebabkan muka agak pedih.
4- Harga murah sikit dari sebelum ni.
Produk ‘mahal’ saya memang mahal. So sekarang saya dah kurangkan sikit perbelanjaan muka saya. Untuk tengok harga boleh baca di blog Cik Lili.
5- Gerakan untuk hilangkan black head.
Muka saya dengan black head memang best friend. Produk mahal saya tak dapat hilangkan white head. Setahun lebih pakai.
Masa pergi harituh, pakar Garnier cakap ini produk boleh kurangkan black head dan buatkan muka flawless. Jadi saya cuba sekarang dah lebih satu minggu. Nampak perubahan lebih licin. Cuma black head masih nampak lagi. Kena teruskan pakai untuk nampak kesan..
Sangat stress dengan black head. Muka dah makin putih tapi black head spoiled. Haishh.. Berharap sangat dengan Garnier Sakura ni..
Garnier Sakura White Ultimate Serum.
Cara untuk segarkan muka dengan Garnier Sakura White Ultimate Serum.
1- Sapukan Ultimate serum di muka. Gunakan jari manis kedua-dua belah tangan, tekan sebanyak 3 kali di sebelah mata.
2- Bawa jari manis ke kepala dan urut secara anti-clockwise
3- Seterusnya guna jari terlunjuk dan jari tengah untuk buat gosokkan di hidung.
4- Bawa tangan ke pipi dan buat pusingan secara lembut.
5- Tepuk-tepuk pipi anda supaya serum meresap dengan betul.
Selamat mencuba..
Terima kasih pada Garnier.
Produk : Garnier Sakura White Pinkish Radish
Model utama : Kak Nannie Isa & Yanti Lee.
Model – model yang cun belake.
Macam hantu dah muka sorang-sorang. Hehehehe
Saya seorng remaja didalam lingkungan 17 thun. Adakah saya sesuai untuk menggunakan product ini?
saya rasa sesuai.. sebab saya pon guna .. umur kte sebaya..dia boleh buat muka kita flawless.. tp saya x berani kata sesuai.. setiap orang ade produk yg bersesuaian dgn diri dia,,hehe
Sy nk tnye.. Sy 16 thun.. Adakah sy ssuai memakainya? Muka saya nie bersih.. But ad jerawat halus2.. Lepastuh ad whitehead.. N pori ad terbuka sikit2.. Tolong balas ya
nak tanye, penggunaan serum nie setiap kali selepas mencuci muka ke? atau selain nya… dan lepas sapu serum di muka, kita cuci balik pakai air tak? maaf sebab banyak tanya sebab sebelum nie belum pernah pakai serum… ?
rasanya boleh ke hilangkan bekas jerawat ???
sis my cousin pakai produk ni!but malas nak cakap!!!! kulit dia cantik gila !!! ok cerqh pinkish gitu! terbaik
nak tanya,muka saya ni ada banyaklah jugak liang pori pastuh ada parut jerawat,umur saya 16 tahun,sesuai tak saya pakai