Skip to main content
LIFE & HACKS

4 Tips Memilih Hadiah Untuk Yang Tersayang

By Sep 28, 2014November 1st, 20212 Comments

Assalamualaikum..

Berserabut kepala apabila memikirkan hadiah yang sepatutnya menjadi pilihan, apakah dia suka ke tidak! Ada yang kata minyak wangi, lukisan, jersi dan ada juga yang hadiahkan pakaian dalam sebagai simbolik kasih sayang.

Hadiah! Ia sesuatu yang kita selalu fikirkan apabila hari istimewa teman atau ahli keluarga yang kita sayangi kian menjelma. Beli memang boleh, tapi masalah, apa agaknya yang menjadi kesukaan mereka. Bimbang juga, beli mahal-mahal atau susah nak cari, tapi si dia tidak menyukainya.
Oh! Hadiah Untuk Si Dia..
Kita pasti ingin memberikan hadiah yang terbaik dan menjadi orang yang pertama menggembirakan pasangan serta mengeluarkan ungkapan indah untuk si dia.Bahan seperti buku, majalah, blog dan sebagainya pasti menjadi sasaran pasangan apabila ketandusan untuk memikirkan jalan penyelesaian masalah ini. Dengan harapan banyak idea dapat dicari.

Untuk mencari hadiah untuk si dia yang sesuai, bukanlah sesuatu yang mudah lebih-lebih lagi jika mendapat pasangan yang cerewet tapi lumrah orang bercinta, tidak kisah apa pun asal kemahuan si dia tetap dituruti, maklumlah setahun sekali.

Bagaimanapun, hadiah adalah bonus dalam perihal ini. Apa yang lebih menjadi keutamaan adalah ikhlas dan ingatan! Jom baca kisah Hadiah Untuk Si Dia dari beberapa pembaca…

4 Tips Memilih Hadiah Untuk Yang Tersayang

1- Anak patung dan sushi

“Hadiah yang paling teman wanita saya suka ialah anak patung dan perkara yang berkaitan dengan makanan Jepun. Dia sangat suka makanan Jepun, lebih-lebih lagi sushi.

“Hadiah yang paling istimewa yang pernah saya bagi, ‘anak patung gergasi’ tapi sekali itu saja, selepas itu dah tak ada anak patung untuk dia lagi.

“Disebabkan teman wanita saya mempunyai sifat keanak-anakan dan suka mencuba makanan Jepun, jadi kebiasaannya saya lebih suka belanja dia makan dan bagi kejutan secara tiba-tiba.”

2- Asal boleh simpan

“Hadiah yang teman wanita saya suka ialah benda yang boleh disimpan seperti baju, jam tangan atau minyak wangi. Tapi, kadang-kadang kalau saya bagi benda yang lain pun, dia juga suka macam coklat dan kek.

3- Kasut pilihannya

“Mengenai hadiah, saya lihat teman lelaki saya lebih suka kepada kasut dan barangan yang ada warna coklat. Semasa hari lahir dia yang lepas, saya membeli hadiah kasut berwarna coklat. Memang hobi dia kumpul kasut, antaranya jenama Timberland.”

4- Kumpul botol minyak wangi

“Teman lelaki saya suka minyak wangi. Kebiasaannya saya akan membeli minyak wangi seperti jenama DKNY sebab dia sangat suka kumpul minyak wangi dan sentiasa ingin wangi.

“Lagi satu apa yang saya tahu daripada ahli keluarganya iaitu ibunya, dia kerap mengumpul minyak wangi dan ia salah satu hobi yang paling disukainya.

“Jadi minyak wangi memang perkara yang wajib saya perlu sediakan untuk teman lelaki saya bila tiba hari jadinya. Bila saya tak tahu nak beli hadiah untuknya, biasanya saya akan bertanya kepada rakan baik dia mengenai perkara baru yang menjadi kegilaannya.

10 hadiah untuk si gadis

1. Jam tangan
2. Cincin
3. Gelang
4. Rantai leher
5. Kasut
6. Pakaian
7. Minyak wangi
8. Bingkai gambar
9. Buku
10. Bunga

10 hadiah untuk lelaki

1. Gajet
2. Buku kegemaran si dia
3. Aktiviti luar
4. Jersi bola
5. Kamera atau aksesori
6. Jam tangan
7. Kejutan majlis hari jadi
8. Dompet
9. Ciuman
10. Makan malam

kredit : MyMetro

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

2 Comments

Leave a Reply