Pengalaman Ambil Lesen Diving di Pulau Tioman | Hi, Assalamualaikum.. 2016 boleh dikatakan tahun paling best. Tak pernah plan pun dalam hidup nak ambil lesen diving. Sungguh la. Wishlist 2016 pun tak ada diving dalam senarai. Tapi biasa la kan, benda yang tak dirancang ni la yang jadi. Yang rancang, kelaut cina selatan arah tuju dia.. hahaha..
Kalau ikutkan dah lama join group cuma belum waktunya nak travel dengan mereka. Kebetulan ada nampak trip buat Lesen Diving Open Water di Pulau Tioman, terus la grab. Sebab masa tu tak ada kerja nak buat. Alhamdulilah dipermudahkan urusan. Ada slot kosong lepas tanya admin, terus whatsapp kak Eva.
Persedian Ambil Lesen Diving
Kena ada persediaan ke kene amik lesen diving? Haha.. Kalau tanya norpa, tak ada. Redah sahaja.. Pergi Decathlon pun tak tahu nak beli apa walaupun barang dia murah gila.. Yang saya beli pun baju renang muslimah sahaja, tu pun beli online. Yang lain tak ada.So bawa baju tshirt biasa sahaja.
Berapa harga ambil Lesen Diving untuk beginner?
Sedia maklum, harga lesen diving agak mahal. Dan sebenarnya bergantung pada pulau juga. Masa saya ambil dengan GTCM Trip ni RM1,300 all in kecuali tiket bas dari KL. Tanya member , kalau dekat Pulau Perhentian RM1800++. Mahal sebab kat sana tempat tumpuan. Tapi saya tak menyesal pun ambil dengan GTCM, sebab so far semua ok. Kak Eva jaga norpa macam adik. Dan Instructor Abang Pian best gileee.. Abang Pian ni sebenarnya dari Bakawan Diver.. Yang femes dekat Pulau Perhentian tu.. Ha dia la ni…
Pengalaman ambil lesen diving dengan Abang Sofian.
Masa sampai, semua tak kenal. Macam krik krik jugak la. Then lepas masuk first class senang pula nak ngam. Kami semua 4 orang je yang ambil Open Water Course. Tak ramai. Ada 2 orang lagi yang ambil Rescue Course. Semua under Abang Sopian.
Untuk newbie macam kami, hari pertama tengok video, ada lebih kurang 5 chapter. Tapi tengok 2 chapter dahulu. Kemudian waktu petang di ajar mengenai alatan diving. Then masuk air belajar pernafasan. Mula mula cuak jugak, lama-lama ok.
Hari seterusnya belajar stability dalam air, kedudukan menyelam, cara nak masuk dalam air dengan betul, cara equilize, cara nak minta oxygen dari Buddy dan sebagainya.Oh… Nak diving tak boleh sorang sorang ye, kena ada buddy.
Norpa paling terrer bab simpan Oxygen. Haha.. Sampai tengah diving, 2 orang datang minta Oxygen.
Haha.. sabo je.. Tapi paling tak terrer mula mula bahagian equalize hahaha. Salah cara rupanya. Lama-lama baru pandai. Sakit telinga den. Tapi berkat tunjuk ajar Abang Pian, alhamdulillah.. Excellent. Siap dapat puji lagi, berenang cantik. Biasa la norpa kan dugong hahah.
Hari terakhir, ada ujian. Alhamdulillah.. Kami lulusss dengan jayanya.. Seronokk!!! Kalau anda nak ambil Diving Course boleh ambil dengan Abang Sofian ni.
Sebab dia baik sangat. Time belajar, belajar, time main, main. Cara dia ajar superb! Senang faham. Artis Amy Search pun ambil dengan dia tau.. Service yang elok saya rekemen. So saya rekemen abang Pian ni kalau korang nak ambil lesen dive. Plan ramai-ramai, pastu cari abang pian..
teringin nak ambik lesen diving gak. sebab laut Tioman cantik.
http://www.liahasty.com
pergghhh.. lepas nie boleh diving di merata tempat ye.. untunglah
wow..congratulation for your license… welcome to underwater world!
Sometime you should dive in Indonesia, soooo many magnificent dive spot.
Join us on our affordable dive trip… 😉
Hi sis, macam mana nak contact Abg Pian ni? Ada no telefon? website? And dive centre dia di pantai mana?