Skip to main content

Hi,

Petua Menjaga Kulit Muka Secara Natural Menggunakan Tomato.. ada tak kat sini yang betul betul amalkan petua penjagaan kulit muka dengan menggunakan tomato? pasti tak ramai kan..? Zaman sekarang masing masing ambil mudah dengan memakai produk kecantikan yang di jual di pasaraya… Macam macam jenama ada…

Tapi kat sini, aku nak kongsikan petua menjaga kulit muka secara natural menggunakan tomato. Ini lebih berkesan berbanding produk di luar sana. lagi berkesan kalau korang pakai tomato ni sejak kecil lagi.. Tomato ni elok untuk mengecilkan liang roma, mengurangkan masalah jerawat dan merawat penyakit kulit. Elemen penyejuk juga mampu menyejukkan kulit yang kasar, astringen untuk menghapuskan minyak berlebihan, dan vitamin A dan C untuk mencerahkan kulit kusam dan mengembalikan keremajaan kulit.

Aku tak pernah try guna tomato ni untuk kulit muka aku.. adik aku yang sekarang ni jadikan tomato sebagai bahan pencuci muka dia.. Dia kata mak kepada kawan dia ajar anak dia gunakan tomato sejak kecil. Muka pun cun gila… Sampai ke besar dia still gunakan tomato tanpa produk luar.. Bila aku search google, penggunaan tomato untuk penjagaan muka pernah di keluarkan dalam rancangan Safiyya di tv9… tapi cara dia tunjukkan termasuk menggunakan gula… tapi yang kawan adik aku cakap tuh, dia hanya pakai tomato semata mata.. tiada gula dan etc..

Petua Menjaga Kulit Muka Secara Natural Menggunakan Tomato

a) Petua Menjaga Kulit Muka menggunakan Tomato bersama Gula :

  1. Basuh muka dengan air suam
  2. Potong buah tomato ni separuh.so tak lah membazir kan. pagi separuh,malam separuh.
  3. Ambil bahagian tomato yang telah dipotong lalu dicicahkan dengan gula.
  4. gosokkan tomato yang ada gula tu pada muka. sental sental sikit muka .
  5. lepastu biarkan selama 5minit. ataupun sampai kering.ataupun sampai semut datang kat muka korang. baru mujarab :p (please jgn percaya)
  6. dah kering tomato tu kat muka kau then pergi lah bilas guna air suam. lap dengan kain bersih. jangan lap guna baju.tak senonoh perangai kalau buat macam tu. (source)

b) Petua Menjaga Kulit Muka menggunakan tomato tanpa gula :

  1.  Anda sediakan sebiji buah tomato yang telah masak.
  2. Lenyek tomato tersebut sehingga halus.
  3. Kemudian, sapukannya ke seluruh muka anda.
  4. Biarkan ia kering lebih kurang dalam 20 ke 25 minit.
  5. Akhir sekali, bilas muka anda dengan air bersih.
  6. Amalkan petua ini sebanyak 2 atau 3 kali dalam seminggu. (source)
Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

19 Comments

  • wildan says:

    Banyak resep alami dan manjur untuk kita gunakan dalam perawatan tubuh sehari-hari, namun rasa malas pasti datang, maunya yang instan saja.

  • Salam singgah sini..
    Menarik perkongsian tips penjagaan kulit nie..
    TQ sharing 🙂

  • Asma Husna says:

    Assalam,sya ni ade jerawat pasir…susahlh nk hilang..lepastu sya ade parut jugak..emm sampai bile nk hilang jerawat ngan parut jerawat ni ye??sya tau soalan sya x patot sangat…….tq bye 🙂

  • yun says:

    Sis kalau kita. Blend tomato tu lepas tu letak dlm fridge pastu buat sebelum tido and pagi bru cuci boleh kann ??

  • miaqaisarah says:

    Good info.. Tq for sharing.. 🙂

    Untuk produk yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi, boleh cuba set Nutriwhite.. Sesuai untuk kulit orang Asia..

    http://miaqaisarah.com/2015/12/11/kulit-catik-dan-sihat-dengan-set-nutriwhite/

  • farra says:

    Assalam kak ..
    yang tomato + gula tu, agak boleh amal hari2 tak? takut jgk mana tahu boleh amal 2x seminggu je kn ..

  • zue says:

    Tomato mmg bagus sgt utk kulit , sy da try .. muka sy jenis sensitive, mudah naik ruam, merah2, dan bergelupas , pakai bedak sejuk pn effect cm lmbt , sy try amalkan tomato dlm 2x da npk kesan , kulit da x gelupas , merah pn making kurang , liang roma pn x brape ade da , pastu skrg ny mmg jd rutin da, cuci muka je mesti bilas dgn air sejuk yg betul2 sejuk tu , then mlm2 pakai tomato , sng je beli tomato yg da masak ranum tu , lenyek kn tomato tu , tp make sure potong la dlu tomato tu sbb bkn abis kn Klu bt skli dgn sebiji tomato tu , then tepek kt mukeee , haaa tgu smpi kering .. Pstu bilas ngn air sejuk . Nk pki bedak esoknye pn mpk omeyyy je kulit ..Kikiki?

    • iffah says:

      so kiranya awak tk pakai pencuci muka la ya? just bilas pakai air sejuk then malam baru letak tomato lenyek kat muka

  • cik bunga says:

    saya tak try sapu kat muka..tp sy amalkan makan setiap hari selama 2 bulan sbb breakout teruk..Alhamdulillah sebab konsisten mkn everyday jerawat n parut sembuh..highly recommended to eat raw tomato:)

  • Farah says:

    Nak tanya resepi tomato tanpa gula tu kena masak macam mana?

  • iffah says:

    salam nak tanya.. kalau tomato tanpa gula tu perlu masak mcm mana? rebus? kukus? kalau tumbuk mentah2 mcm tu boleh ke pastu terus tempek kat muka.. sbb muka saya teruk sngt skrng :'(

  • Azriza says:

    Ada satu produk tengah viral sekarang ni. Antara bahan dia adalah asid hyaluronik A yang bantu naikkan balik seri wajah. Bahan ni bukan benda asing pun. Badan kita pun ada bahan ni cuma kuantiti dia semakin sedikit bila kita semakin tua. Ramai dah guna. Dah VIRAL pun… Sebab semua yang guna muka jadi cantik. parut hilang. kulit jadi gebu. Tapi saya pun tak sangka betul menjadi. Kawan2 saya yang kerja di Jeddah ni pun selalu cakap tentang produk ni.Boleh la try kalau nak petua paling senang kan… hehe

  • cik kpop says:

    nak tanye.. kalau buat everyday cuci mua gune tomato x per ke..sbb nk cube senanye buat bende ni

    please feedaback

  • hani says:

    kalo gune tomato tu jer kan..x blh ker kalo gune tomato yg mentah 2 tu jer?

  • Norsimaa bt maznan says:

    Dia mmg pedih ke .

  • Suria says:

    Sy pun baru bermula pakai tomato…tp cara sy lain tomato sy potong 2 dlu pastu simpan tmpt beku..1 pki pg 1 pki mlm sblm tdo…mmg sedap je ase muka lps gosok tomato beku kt muka…mmg ada rasa pedih ckit sbb tomato kan masam…

  • Farra says:

    Sy sblm kawen tbe2 naik jrwt dn parut… Tempoh nk nikah xsmpai 3bulan.. Xla ari2, 2-3 hari skali tenyeh tomato balik dr kelas.. Alhamdulillah..jrwt hilang… Mekap pun lawa..pipi pinky2 gitu…

  • Sofea says:

    Tomato ni kalo sy guna blh ke hlngkn whitehead skli..tq

Leave a Reply