Hi,
Anda kini berada di Kuala Terengganu? Tercari cari Tempat Menarik di Kuala Terengganu? Jom baca ni.
Terengganu yang mempunyai 7 daerah iaitu Kuala Terengganu, Dungun, Marang, Besut, Kemaman, Setiu, dan Hulu Terengganu semakin hari semakin pesat membangun. Dan sejak kini mempunyai daerah baru iaitu Kuala Nerus.
Kali ini saya ingin kongsikan 8 tempat menarik di Kuala Terengganu. 1 daripada 8 daerah Terengganu. Kuala Terengganu berkembang pesat dengan terbinanya bangunan kedai di bandar Kuala Terengganu dengan seni bina yang unik untuk menarik pelancong asing.
Bagi yang ingin melancong ke Terengganu, ketahui 8 tempat menarik di Kuala Terengganu.
8 Tempat Menarik di Kuala Terengganu
1. Masjid Kristal, Pulau Wan Man
Rata-rata yang datang Kuala Terengganu pasti akan singgah di sini untuk mengambil gambar. Masjid Kristal yang telah dibina sejak tahun 2008 bersama beberapa monumen seperti Taj Mahal menjadi tarikan pelancong asing.
Sempena cuti sekolah, Masjid Kristal boleh dikatakan agak sesak dengan pengunjung. Yang rata-ratanya datang secara rombongan. Rombongan cik jah atau rombongan pelajar sekolah.
Macam mana nak pergi ke Masjid Kristal? Boleh guna 2 jalan. Samaada melalui jalan darat ikut Cabang Tiga ataupun naiki bot penambang dari Seberang Takir atau Pasar payang.
Aku pun tak pasti sebab tak pernah naik bot penambang.
2- I-City Pulau Warisan
Ini pun Tempat Menarik di Kuala Terengganu. Bukan takat Shah Alam sahaja ada I-City, Kuala Terengganu pun dah ada. Boleh kata sekarang setiap negeri pasti dah ada antaranya Kedah.
Biasa pelancong yang datang akan singgah untuk melihat jambatan dan keunikan lampu pada pokok sekeliling.
I-city Pulau Warisan terletak dekat dengan Pasar Kedai Payang.
3- Kampung Cina , Kuala Terengganu (Chinatown Street Art)
Kampung cina atau lebih dikenali sebagai China Town terletak di Jalan Bandar. Beberapa tahun lepas, China Town telah di bangunkan semula dan dihiasi dengan lukisan mural di sekitarnya.
Anda boleh berjalan kaki sahaja sepanjang jalan Kampung Cina sambil merakam seni bina unik di Kampung Cina. Sekiranya anda ke Pasar Kedai Payang boleh terus sahaja ke Kampung Cina kerana ia terletak bersebelahan Pasar Kedai Payang.
Mural dapat dilihat sepanjang jalan dan juga lorong lorong tersedia. Boleh baca post saya sebelum ni mengenai Lukisan Mural di Kampung Cina.
4- Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu
Pantai Batu Buruk menjadi tempat paling popular bagi pelancong apabila datang ke Kuala Terengganu. Walaupun namanya tidak secantik nama lain atau dalam bahasa inggeris (ugly stone) ia tetap menjadi tumpuan.
Pantai Batu Buruk yang mempunyai deretan pohon rhu menjadi tempat perkelahan sambil menikmati tiupan angin Laut Cina Selatan. Selain itu, Pantai Batu Buruk menjadi tumpuan untuk keluarga bermain layang-layang dan juga ada yang menawarkan perkhidmatan Kereta Kuda.
5- Pantai Teluk Ketapang, Seberang Takir.
Selain dari Pantai Batu Buruk, Pantai Teluk Ketapang turut menjadi tumpuan. Bukan sahaja kerana pantainya, turut menjadi penyebab adalah gerai-gerai di tepi laut yang menyediakan ikan celup tepung dan lain lain.
Selain itu, pelancong turut boleh menikmati air kelapa dan ABC bagi menyegarkan diri yang dijual di kebanyakkan gerai kawasan Pantai Teluk Ketapang.
Di Pantai Teluk Ketapang turut terjual layang-layang dan juga perkhidmatan kereta kuda untuk bersiar siar di kawasan sekitar.
6- Pasar Kedai Payang, Kuala Terengganu
Tak lengkap kalau pergi ke Terengganu tanpa ke Pasar Kedai Payang yang sangat popular dengan pelbagai barang jualan seperti keropok lekor, telur penyu dan juga batik.
Ramai pelancong singgah di Pasar Kedai Payang untuk mencari kain Batik atau baju batik dan juga songket. Terdapat banyak kedai jualan batik di bahagian atas Pasar Kedai Payang. Memang rambang mata. Yang penting kena pandai tawar menawar.
7- Muzium Terengganu
Muzium Terengganu yang terletak di Kampung Losong menjadi tumpuan bagi mereka yang membuat rombongan seperti rombongan sekolah.
Banyak sejarah yang boleh diterokai di Muzium Terengganu. Sangat sesuai bagi pencinta sejarah. Banyak maklumat boleh diperolehi. Selain itu terdapat juga pertunjukan ular di sana.
Disini, bayaran dikenakan bagi mereka yang ingin masuk ke Muzium Terengganu.
8- Masjid Tengku Tengah Zaherah
Masjid Tengku Tengah Zaherah yang lebih dikenali sebagai Masjid Terapung sememangnya menjadi tumpuan pelancong. Keunikan Masjid Terapung adalah berdasarkan Masjid yang berada di atas air selain dari tempat beribadah.
Selain itu, ia turut menjadi tempat persinggahan bas pelancong untuk menunaikan solat. Dalam masa yang sama turut terdapat gerai jualan makanan dan pakaian di sekitar.
Ini antara 8 Tempat Menarik di Kuala Terengganu yang patut anda lawati kalau melancong ke Kuala Terengganu.
salam. Hye entry yang menarik pasal terangganu.
maybe saya akan sempena majlis perkahwinan kawan baik saya.
bolej jalan2 ganu sekali.
kalau rajin singgah la blog saya.
claraemilycancer.blogspot.com
aiyoo..aku tak pernah lagi gi i-city K.trg ni..nak kena gi ni..btw best entri ni..nanti aku nak up Tempat Menarik di Besut lak..orang2 Setia, K.Nerus, Kemamam dlmm boleh update gak psl tmpt masing2..hehe
fuhh terbaik la.. lpas ni gi ganu, tau la nk singgah mana.. thanks norfa share such an interesring experiences..