Assalamualaikum..
Setelah dua minggu sudah Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 diadakan. Baru aku berkesempatan nak update. First, aku nak ucap terima kasih kat Kak Nur Istimewa sebab sudi bagi aku replace tempat dia. Aku tak daftar pun sebab dengna yakinnya aku rasa tak dapat pergi sebab aku baru start intern.
Rupa-rupanya, banyak pula masa terluang aku. Audit punya kerja pun tak start lagi masa tuh, walaupun dah ada ura ura nak sibuk. Tapi tak juga sibuk.
Dua hari sebelum event, rasa sedih je tengok status kawan blogger yang dah siap sedia nak pi SBBYEOS2014. Sedih sebab aku tak daftar dan menyesal pun ada. Kalau aku tau tak busy memang aku dah daftar awal. Tapi alhamdulillah, rezeki aku dapat ganti kak Nur Istimewa. (btw, akak Nur Istimewa top 3 contest review SirapLimau.com)
SBBYeo’s2014 Pengerat Silaturahim Blogger
Bila aku dapat pergi orang pertama aku nak jumpa adalah cik mek molek sis Ainaa Berry Berry. Geram aku dari dulu nak jumpa tak jumpa jumpa pon. Paling tak leh blah sampai sana, dia tak tegur aku pun. Kata dia tak cam! hah! sabar je la!.. Dah la datang lambat , pastu tak kenal aku plak tuh! sampai hati.. dush!
Bila kak Anne (penmerah.com) datang baru la dia sedar kehadiran aku. Haish. Memang parok sembang dengan Kak Anne. Nak buat macam mana, kalau geng ganu muncul. Gini la gaya. Sembang sapa dok care orang lain doh!. heh
Masuk sis Ainaa lagi parok kena bahan. Nak nak kak Anne.. hahaha.. Nasib la..

Sesi bahan membahan dengan sis Ainaa dan Kak Anne PenMerah.. Sungguh gemuk Norfa Lyana. Tapi takpe.. orang dah biasa.. Kak Anne? hahahha.. luar biasa
Ramai blogger yang aku jumpa pertama kali, antaranya sis Atiqah yang femes dengan soya jagungnya, (haha), dan Fazrol yang terlepas IPAD MINI. Dua dua ni duduk satu meja dengan aku. Yang lain ada Isaac Tan yang selalu jugak jumpa dan Norlaila Kamaruddin. Tapi tak sembang banyak, sebab aku kan penyegan.. hahaha.. sangat~
Dapat jumpa jugak jejaka hangat Tengku Syukri. Walaupun dia cakap dia nak tegur aku dulu, tapi tidak sama sekala.. Aku tegur dia dulu. Segan plak aku ngan budak ni. Haish..
Seorang lagi jejaka hangat si Ammar Yasir. Sanggup suruh kak Namia amik gambar kami konon-konon dia takdak kamera. Padahal, ngan orang lain amik gambar guna kamera sendiri.. Takut awex jeles la tuh! hahaha…

Bersama Ammar Yasir. Semakin hari semakin berisi Norfa Liana ni.. Semua gara gara foodcourt VIVA MALL!
Ramai blogger aku jumpa, tapi tak ada gambar. Kalau ada aku dah tag semua orang. Ngeh. Lain kali kita jumpa sembang lain ok! Aku amik gambar cukup cukup nanti.
Bagi aku macam tak cukup ruang dan masa nak gi sapa semua orang. Ye la, nak tegur stakat 5 minit aku rasa 5 minit jugak la dalam ingatan aku. Bab ingat nama memang failed. Lain la kalau dapat spent a whole day dengan mereka. Gerenti tak ada istilah short term memory kat kepala aku heh….
Input SEO & GOOGLE dari LAZADA.MY
Dalam banyak-banyak segmen aku suka dengar yang ni. Banyak ilmu yang di kongsi terutama melibatkan SEO dan juga GOOGLE. Walaupun agak susah nak tangkap sebab aku duk sembang ngan Kak Anne, ada jugak la 2 3 perkara ilmu masuk dari brother ni. Input dia awesome. Aku simpan la. Pasal peranan Google Ads, SEO dan juga internet marketing untuk sesebuah blog..
Aku perasan dia ni cakap banyak pasal Google. Itu je.. haha.. Nak terangkan aku pun dah ingat ingat lupa.
Tak ada rezeki
Ramai yang kecewa tak dapat cabutan bertuah. Termasuk la aku. Ingat baru nak cover handphone yang hilang. Tapi tak ada rezeki. Tu la kan, salah niat.. Hahah.. Tapi dapat makanan untuk kucing. Aku bagi Michi dan Naugthy makan. Terima kasih kak Anne sudi tweet gambar kucingnya, so aku dapat makanan tuh.. hahaha.. berbaloi buat muka tak malu suh kak Anne twitt! kah4..
Yang bertuah, tahniah!.. Rezeki masing masing.. Allah dah bahagikan.. Jangan sedih sedih.. InsyaAllah rezeki akan tiba. Tak dapat hari ni dapat esok. Jangan putus mintak doa dimurahkan rezeki.
Tak ramai yang kenal
Aku rasa sebenarnya tak ramai yang kenal aku. Sebab nya aku rasa aku makin tembam. Haha.. Bila nak kurus pun aku tak tau. Tapi tak apa la.. Janji dah Luaskan Kuasamu dah kat sana. Moga lepas ni dapat have fun lagi dengan blogger dengan aktiviti lagi menarik. Aktiviti lasak lasak, atau bercuti pasti best!..
Semoga ada la nanti yang akan plan buat semua ni! hehe.. saya sentiasa menunggu.~
By the way, tahniah team Denaihati yang bertungkus lumus jayakan Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014.. Sangat awesome.. Kita jumpa lagi tahun depan.
p/s: aku rendahkan diri memohon maaf pada sebilangan blogger yang aku jumpa. Alhamdulillah.. semua dah jernih.. #happy gila.. Tenang..
seronoknya para blogger…tentu meriah yer
tak dapat gi kali ni. mungkin lain kali.
Alolo…
Sampai ke sini dimention soya jagung tu. Haha
Rindu kak norfa!