Assalamualaikum..
Minggu lepas #CikNorpa berpeluang mengikut rakan-rakan blogger ke Negeri Perak Darul Redzuan yang di anjurkan Tourism Malaysia.
Sangat lama tak pergi trip dengan rakan bloggers, kali terakhir pun pergi Club Med Cherating. Alhamdulillah berpeluang lagi ke TRIP bersama Sahabat Media selama 2 hari 1 Malam.
Selamat datang ke Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh Perak!
Bersama rakan blogger Syau Qina dan erk.. Imi kan? hehehe
Sepanjang di Perak kami menginap sini. hotel ini baru sahaja di buka 6 bulan yang lepas di bawah kerajaan Negeri Perak yang terletak bersebelahan lebuhraya Bandar Meru Raya Ipoh Perak.
Sesi sidang media untuk memperkenalkan Hotel Casuarina @ Meru di ketuai oleh GM Casuarina iaitu En. Malizan Hj Zakaria.
Boleh dikatakan pembinaan Hotel Casuarina @ Meru sangat strategik kerana bersebelahan dengan Terminal Amanjaya dan Pasaraya Besar Mydin. Kalau jalan kaki dalam 3-5 minit sahaja. #ciknorpa sendiri sempat jugak la singgah Nasi Vanggey bersebelahan Pasaraya Besar Mydin bersama rakan blogger dan turut shopping sakan di Pasaraya Besar Mydin. Haha.. 15 minit pun sempat shopping habis RM70 tau. 2 helai baju, 2 helai tudung.. kekeke.. Lagi tak boleh halang nafsu shopping bila banyak pula sales! hehe..
Untuk penginapan di Hotel Casuarina @ Meru terdapat 5 jenis bilik kesemuanya iaitu Superior, Deluxe, Studio Suite, Family Suite dan juga Premier Suite. Harga? Bagi #ciknorpa masih dalam pertengahan. Tak mahal sangat tak murah sangat. Hotel Casuarina @ Meru menggunakan design abstract untuk bilik yang disediakan. Simple tapi menarik. Boleh dijadikan inspirasi untuk hias bilik sendiri. Tak caya? Tengok gambar bilik yang #ciknorpa ambil.
Hotel Casuarina mempunyai signature dishes sendiri antaranya Ayam Percik, Udang Goreng Nestum, Salmon dan lain lain. Sempat la #ciknorpa rasa kesemua signature dishes yang ada tanpa segan silu. Sedap! Nak nak udang goreng nestum.. Yum..
Hotel Casuarina @ Meru juga mempunyai Executive Club untuk santai termasuk nyanyian band yang di buka setiap petang hingga ke malam. Bahagian luar Executive Club terdapat tempat santai terbuka untuk pengunjung.
Untuk mereka yang rasa nak bercuti di Meru Ipoh Perak boleh la menginap di Hotel Casuarina @ Meru. Bilik yang selesa, banyak kemudahan disediakan seperti gym dan juga menu makanan yang menarik seperti Mee Kicap.
Ha.. Bercakap pasal Mee Kicap, setiap hari Hotel Casuarina @Meru menyediakan makanan yang berbeza. Siap ada tema lagi. Nak tema mana? Taj mahal? Banana leaf? atau Around the World? .. Boleh check menu dan tema yang #ciknorpa senaraikan ni..
- Isnin – Taj mahal (Indian Cuisine)
- Selasa – Greate Wall Of chinese (Chinese cuisine)
- Rabu – Banana Leaf (Curry House Of cuisine)
- Khamis – Selera kampung (Malay Cuisine)
- Jumaat – Pisa ala mamia (Italian Western Cuisine)
- Sabtu – Sizzling, BBQ & SteamBoat.
- Ahad – Around The World
Untuk maklumat lanjut boleh terus ke laman web rasmi Hotel Casuarina @ Meru iaitu www.casuarinahotels.com.my.
Ehem ehem~ okbye!
not bad otel nii.. nenatii singgah sanee boleh la ida terjahh hehehhe
manyak syok… view pon cantik.. next time jom kita join trip lagi…. hehe
wahhhh…. bestkan…. ^_^
Aircond dlm blk hotel blh ttup x..sbb ank sy x thn sjuk akon mlm2