Assalamualaikum..
Untuk menjimatkan kos kahwin along saya dan kakak saya, kad kahwin saya design sendiri. Idea kad kahwin kami brainstorm minta pandangan keluarga.
Dari dulu lagi saya dah angan-angan nak deisgn kad kahwin untuk adik beradik saya yang akan kahwin. Alhamdulillah. Termakbul juga hasrat tuh.
Tempahan Kad Kahwin Depan Belakang
Mula-mula saya design buat design untuk dua jenis kad. Satu (1) untuk 2 muka surat (1 keping), dan satu lagi 4 muka surat (lipat).
Memandangkan masa tuh, perancangan asal along je akan kahwin, jadi design awal mengikut warna tema along iaitu warna Turquoise.
Design 1 : untuk satu keping kad
Design 2 : Untuk kad lipat
Kartun itu saya dapat dari google. Nanti saya cari balik kat mana saya ambil. Dah search tapi tak jumpa. Thanks pada yang lukis. Hehe.. Masa tu tak terfikir lagi nak tempah. Jadi ambil kat google saja.
Warna dan design ni hasil idea saya dengan along. Kami duk semeja buat menda alah ni. Masing-masing punya idea, so terjadi la kedua-dua design ni.
Then bila dapat tahu Kakti pun nak kahwin, saya kena rombak balik warna dan design sebab kena letak dua pengantin. Yang ni baru saya tempah kartunya.
Tempah Kartun Vector Pengantin
Saya tempah kartun vector pengantin ni dari kawan saya, Ary_Lee. Dah lama nampak dia buat vector, sebab tu saja minta tolong dia lukiskan. Tak sangka, cantik!. Pengantin siap demand lagi nak tudung labuh. Tang nak suh buat niqab je saya tak layan.. Haha.. Sebab dah banyak kali suruh Ary_Lee ubah. Kesian pula dekat dia.
Dalam masa 3 hari tak silap, vector tuh siap. Alhamdulillah. Dan selepas vector pengantin yang saya tempah ni, ada lagi orang lain tempah. Semua vector pengantin. Tahniah beb!.. memang terrer la..
Dan ni la hasilnya.. Tema kartun pengantin warna oren.
Memandangkan dah ada dua pengantin, kami buat keputusan tak payah tempah kad kahwin yang lipat. Buat yang satu keping saja. Dan selepas brainstorm lagi sekali untuk dua (2) pasangan pengantin, dan dua (2) warna tema iaitu Turquoise untuk along dan oren untuk kakti, terhasil la kad kahwin ini..
Ada dua warna yang kami buat, warna kelabu dan krim. Tapi along memilih warna krim, walaupun aku lebih suka warna kelabu. Ngeh . Apa pun, Alhamdulillah.. Berjaya juga design sendiri untuk majlis kahwin along dan kakti.
Design 3 : Kelabu
Design 4 : Krim untuk dua pasangan.
Ini semua design yang saya buat, dan kartun oren dari Ary Lee.
Lepas dah siap kami hantar cetak dekat kawan papa. Harga saya tak tanya pula. Tapi papa hantar kat kawan dia sebab nak bagi rezeki ni dekat dia.
So untuk sesiapa yang nak tempah vector kartun pengantin atau untuk lukisan vector/kartun untuk simpanan sendiri/tujuan komersial/design kad kahwin/kad aqiqah boleh contact Ary Lee seperti di bawah:
Ary Lee
Facebook : Marlyana Nor Ha atau Ary Lee
Blog : http://arisyalee.blogspot.com/
Harga?? Jangan risau. Boleh nego.. Hehe..
Alhamdulillah.. Saya puas design sendiri..
Thanks for reading.. adioss~
hoho..
hokey. memang comel gak kad kahwin tu. Apsal la dulu tak terjumpa.
Comel jugak design dia ni. Owner dia tade buat affiliate program ke apa ke agaknya?