Hi,
Tahniah untuk kakak-2 Simply Sandwiches akhirnya tercapai impian untuk membuka cafe santai ala-ala indoor picnic The Picnic Table, di The Strand Damansara.
Saya dengan Inannie Ariffin pernah bekerjasama dalam review sandwiches tersedap ni di Myselera. Alhamdulillah, akak Inannie teruskan perjuangan dalam menjadi sebahagian dari Simply Sandwiches team!. Tahniah akak..
The Picnic Table by Simply Sandwiches
We bring the picnic to you! Itulah tema yang cuba diketengankan The Picnic Table. Kalau nak tahu, ini merupakan cafe pertama berkongsepkan indoor picnic. Sempoi, selesa, selamat dan bersih! Memang santai dan sesuai untuk berkhelah.
Selain itu, The Picnic Table turut membawa konsep makanan sihat dengan menghidangkan makanan sesuai untuk berpiknik seperti pelbagai jenis sandwich iaitu Smoked Salmon, Garlic Butter Prawn, Beef & Chicken Salami, BBQ Chicken dan lain lain. Selain dari sandwich, hidangan lain yang ada seperti Grilled Shrimp Spaghetti with Pesto, Bruschetta with Sauteed Wild Mushroom, Herbs & Garlic Crouton, Mushroom Soup with garlic bread dan pelbagai jenis pemanis mulut yang lain!
Tempahan makanan untuk Katering!
Bagi mereka yang ingin mencuba, boleh buat tempahan secara online! Lagi best kalau nak tempah katering untuk korporat. Lepas meeting nak makan sandwich, saya recommend Simply Sandwiches! Yum..
The Picnic Table juga dibuka untuk disewa bagi merealisasikan majlis privasi berkonsepkan piknik!. Boleh contact mereka seperti dibawah!
The Picnic Table by Simply Sandwiches
62-A, Jalan 5/12, The Strand Kota Damansara, 47180, Petaling Jaya
No. tel : 014-965 8519 (Innanie Ariffin)
Website : www.simplysandwiches.my
Email: simplysandwiches4u@gmail.com
Instagram : @SimplySandwiches