Hi,
Fenomena Mangga Asam Boi. Sampai saya pun terkena tempias. Maklum la mangga atau lebih dikenali dengan nama mempelam merupakan makanan kegemaran sejak kecil. Seringkali makan cicah dengan kicap, sambal belacan dan cili.
Mangga Asam Boi menjadi kegemaran ramai selepas viral beberapa bulan lepas. Sehingga ada yang mengambil peluang ini untuk berniaga Mangga Asam Boi. Laku? pasti laku. Ditambah lagi dengan harga yang dijual lingkungan RM5-RM20.
Apa yang best dengan Mangga Asam Boi?
Mangga asam sedap makan dijadikan kudap-kudapan. Layan Konsert Akademi Fantasia 2014 sambil makan mangga asam boi.
Rasa dia selepas di campur dengan asam boi dan sedikit cuka ataupun air, membuatkan mangga tersebut rasa sedikit manis.
Ada sedikit kemusykilan kerana ramai yang kongsi Resepi mangga asam boi dengan meletakkan secawan gula. Macam mana agaknya rasa mangga asam boi tersebut?
Resepi Mangga Asam Boi
Bahan-bahan:
- 1 kg mangga (putik)
- 10 biji asam boi (lebih pon sedap)
- 10 biji cili merah (dihiris-mengikut kepedasan)
- 2 sudu cuka
- sedikit air
Cara cara:
- Potong mangga. Buang kulit atau tidak, adalah pilihan anda sendiri.
- Masukkan asam boi, cili, cuka dan air.
- Gaul sehingga rata.
- Biarkan 3-5 jam didalam peti.
Saya tak gunakan gula, sebab asam boi dah ada manis dia. Jadi manis dalam resepi mangga asam boi adalah datang dari asam boi itu sendiri.
Selamat menjamu selera..
tengok gambar pun da terliur….
huhu
Dah jadi trend mangga Asam boi ni. Kalau untuk perempuan memang terliur la nak rasa