Skip to main content

Assalamualaikum.. CCRIS menjadi popular setelah kerajaan mengumumkan untuk merekod nama peminjam PTPTN yang enggan membayar balik PTPTN ke dalam senarai hitam dalam sistem CCRIS. Di sini saya berkongsikan sedikit maklumat Apa itu CCRIS selepas mendengar sendiri penerangan dari Staff Bank Negara semasa lawatan ke Bank Negara beberapa bulan lepas bersama MPP Universiti Malaya.

Apa itu CCRIS?

CCRIS di kenali sebagai Central Credit Reference Information System atau Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. CCRIS merupakan  satu sistem pangkalan data berkomputer untuk mengutip, memproses, menyimpan dan menghasilkan maklumat kredit atau hutang seseorang. CCRIS diselia oleh Biro Kredit di bawah naungan Bank Negara Malaysia.

Menurut bank negara, CCRIS di hubungkan dengan bank di Malaysia. Apabila seseorang individu atau syarikat membuat pinjaman dari mana-mana bank, mereka boleh menyemak maklumat pemohon sama ada di senarai hitam ataupun tidak melalui CCRIS. Di dalam laporan CCRIS terdapat 3 bahagian utama iaitu Laporan Ringkas Kredit, Laporan Kredit Terperinci dan Laporan Kredit Tambahan.

Laporan CCRIS adalah tentang jumlah pinjaman, interest dan caj-caj tertunggak pada setiap pinjaman anda (perumahan, peribadi, kad kredit, sewa beli dan overdraft). Ia juga memberi gambaran jumlah setiap bayaran bulanan yang perlu di bayar semula oleh peminjam kepada pihak bank untuk satu tahun (12 bulan).

ccris

Di mana boleh semak CCRIS?

Semasa lawatan, saya di beritahu CCRIS boleh di semak di Bank Negara sahaja sekiranya individu mahu mengetahui laporan terperinci mengenai CCRIS sendiri. Individu yang ingin menyemak CCRIS di kehendaki ke Bank Negara di Kuala Lumpur untuk mencetak CCRIS melalui mesin yang di sediakan. CCRIS tidak boleh di semak melalui bank atau mana mana syarikat dan mereka tidak akan mengeluarkan rekod CCRIS pada pemohon pinjaman dan lain lain. Mereka hanya akan memberitahu “pinjaman anda tidak lulus kerana mempunyai rekod senarai hitam”

Melalui pengalaman saya mencetak CCRIS di Bank Negara Malaysia beberapa bulan lepas semasa lawatan, mesin untuk menyemak CCRIS sangat mudah digunakan dan cepat.

Cara untuk mencetak CCRIS di bank negara, anda hanya perlu membawa kad pengenalan untuk di scan di mesin tersebut, dan laporan CCRIS akan di paparkan. Anda boleh memilih untuk mencetak laporan CCRIS anda sebagai rujukan.

ccris bank negara3 pelajar Perakauanan yang mengikuti Lawatan ke Bank Negara ; Ziqah, Saya, dan Hui Yee

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

6 Comments

Leave a Reply