Assalamualaikum…
Al kisah beberapa minggu lepas, saya ada keluarkan post mengenai modem streamyx saya yang rosak. Sebenarnya masa tuh tak tau modem yang rosak atau line yang tak ok sebab saya ada 3 modem, which are two TP-LINK and another one D-LINK from TM.
Kita akan jadi pelik bila kita ada banyak modem tapi kesemua tak jalan. So saya pun call 100 minta bantuan dari TM memandangkan dah bawak modem tu pergi ke Kedai untuk tanyakan kenapa dan mereka pun tak dapat kesan kenapa.
Bila dah call, seorang pegawai teknikal sampai dan try. Sama juga ketiga tiga modem tak boleh di gunakan. Sehinggakan dia guna alat pengukur sendiri, memang boleh.
Kenapa modem streamyx boleh rosak?
Biasa modem streamyx rosak akibat kilat. Ye lah, malam malam tak reti nak tutup. Bila guruh dan kilat datang mana nak sedarkan. Tidur mati masing masing. Esok pagi modem dah K.O.
Lepas tu kami dah insaf sekejap. Sebelum tidur memang kena tutup semua plug. Tapi itu tak memadai kata pegawai TM tuh. Modem streamyx tetap akan di sambar kilat melalui wayar telefon. yes.. Wayar telefon tuh menjadi punca modem rosak. Kalau tak cabut maknanya, nak kena kilat tuh tinggi.
So, bukan setakat off plug, kena cabut juga wayar telefon ke modem. Alhamdulillah.. dengan pertolongan pegawai TM ni, dapatlah modem streamyx baru.
Internet kembali seperti biasa.. Ingat! cabut wayar telefon di modem sebelum tidur… yoshh!!
pernah sekali bermasalah gara2x kilat..hahaha..
anda mampu mengubahnya…hehe
Kak Alin selalu off jek kalau kilat ke nak tido ke
Sejak pakai unifi ni belum lagi modem rosak or kena kilat.Hehe. dekat umah memang tak pernah tutup modem.
Masa dup melaka dulu pakai jugak streamyx tapi dah pindah seremban ni pakai broadbanggg je huhu
Baru ja tukaq moderm sebab kena smbaq kilat..
Kat rumah ni tak pernah tutup modem. Internet, wifi sentiasa on 24/7. Malas nak on/off. sebab bila on nak tunggu dia connect internet tu lambat sangat..
as salam. memang beringat kalau kilat terus tutup modem tu.