Skip to main content

Assalamualaikum… Terbaru peluang untuk blogger bergathering bersama blogger lain dalam projek The Butterfly Project Malaysia : Lost World of Tambun Blogger’s Getaway.. Seramai 30 orang blogger akan di pilih untuk projek ini dan mungkin salah seorang adalah SAYA dan juga anda!..

Pernah pergi Lost World of Tambun? Kalau saya jawab sejujur-jujurnya memang tak pernah..

Teringing nak pergi? Of course la nak!! …

Sebab apa nak pergi? =.= haha.. jangan marah..

Banyak sebab nak pergi.. memang panjang entry ni.. Kita bukak mukaddimah dahulu mengenai Lost World of Tambun.. Lost World of Tambun terletak di Ipoh Perak. Merupakan sebuah teman tema yang ada di Malaysia yang menawarkan aktiviti lasak dan menarik. Lost World of Tambun juga tersenarai dalam 10 Destinasi Pelancongan Terbaik untuk The Best of Malaysia 2013.. Tahniah!!..  so itu menunjukkan saya dan korang semua kena pergi kat sana..

Lost World of Tambun terletak kira-kira 2 jam dari bandar Kuala Lumpur dan menjanjikan sesuatu yang amat berharga bagi anda terutama bagi melepaskan tekanan dari kesibukan dunia di Kota.

Nampak tak, dalam mukadimah pun dah ada sebab kenapa saya nak pergi.. kehkehkeh.. Ok, meh baca selanjutnya kenapa saya nak pergi dan kenapa anda pun perlu pergi..

Kenapa saya nak pergi?

1. Petting Zoo..

Saya minat kucing, minat nak tengok haiwan haiwan yang tak pernah saya tengah.. Last pergi zoo pun masa darjah 3.. Lepas tuh tak pergi dah..  Sian saya kan? hahahha.. Orang yang minat haiwan haiwan macam saya ni elok pergi zoo Lost of World Tambun, sebab di sana ada lebih kurang 4000 haiwan dalam 55 species.. Mana nak cari haiwan sebanyak ni kalau tak Zoo.. Betul tak..?

Dan advantages bagi mereka yang suka fotography macam saya.. A lot of wonderful pictures boleh di ambil di Zoo Lost of World Tambun.. Serius tak sabar nak micro kan haiwan haiwan ini dengan DSLR..

Antara haiwan menarik yang ada kat Zoo Lost of World Tambun.. :-

petting zoo lost-world-of-tambun

2. Water Park Lost World of Tambun

The Water Park boleh di katakan menjadi tarikan paling menarik di Lost World of Tambun sebab tuh saya nak sangat pergi. Kalau tengok gambar water park di Lost World of Tambun, sangat sangat best. Tak caya?.. Tak percaya sudah! haha

Saya dulu masa kecik kecik suka main pembinaan water park dalam PC dan paling suka bina tinggi tinggi untuk tarikan pengunjung. last last, muntah pengunjung.. hahaha.. Bila tengok gambar teringin gila nak merasa Tube Riders dan Cliff Racer ni.. Haha.. agak agak macam mana ye perasaan main Cliff Racer dan Tube Riders ni? Boleh muntah sama dengan pengunjung water park saya tak? kekeke

lost-world-of-tambun cliff-racer-2

Tinggi boleh tahan.. tapi kan, rasa macam pernah main? ke dalam mimpi? haha..

lost-world-of-tambun-water-park

Ini??  OMGirl… bestnyaaaaa!!!.. ok.. dah bayangkan aku kat tube tuh.. kekekeke..

Lagi banyak permainan yang ada dekat Water Park yang saya nak pergi.. tolong la bawak saya… =(

lost-world-of-tambun water park 3Semua nya best… tolong la bawak saya pergi.. please please please.. sob sob sob..(ngade)

3. Amusement Park

Yeahhh!! ini yang paling saya suka..Ini yang saya nak selain dari Water Park di atas..  Face the FEAR..  hehehe.. Saya suka benda lasak, saya suka benda yang mencabar.. Ditambah pulak di Amusement Park Lost World of Tambun ni ada benda yang tak pernah naik.. kwang kwang kwang.. haha.. Sabor je la ..

lost-world-of-tambun amusement park 2

Salah satu benda yang saya nak ajak blogger naik ramai ramai bila dapat pergi Amusement Park adalah Storm Rider… Tapi semua kena duduk bahagian paling belakang… Hahaha.. Mesti best ni .. ! excited! haha (gambar takde kena mengena langsung dengan Storm Rider.. hahhaa.. jangan marah naaaa….

Kalau takut main storm rider kita main Giddy Galleon la.. comel sikit.. Blogger kan comel2 semuanya.. kekeke

lost-world-of-tambun amusement park4. Tiger Valley, Lost World of Tambun

Pernah tengok tiger? jawapan aku tak pernah.. Haha.. tengok dalam tv pernah.. Tengok dalam video pun pernah.. Real life? nan hado.. Teringin gila nak tengok Tiger depan depan.. Kalau dapat tengok shows lagi la best…

Tiger dekat Lost World of Tambun adalah Siberian Tigers.. kalau dapat tembak ni best..Eh, bukan tembak pakai pistol, tapi tembak pakai lens lol.. hahahhaa..  Dapat pergi memang saya akan pinjam lens kawan la gini.. hikhikhik.. ok kalau dapat..

lost-world-of-tambun tiger valley

5. Hot Springs & Spa

Ini memang saya nak pergi.. You know orang perempuan memang suka spa spa ni.. hahaha.. kan? tak dapat di nafikan.. Kalau dapat gi hot springs lagi cun.. Terus lega lega badan.. yang berserabut masalah pakwe terus takde rasa dah..  hahahah.. ada kaitan? redah je laa…

OK lagi sekali.. saya rasa macam pernah pergi kat hot springs ni…  bila tengok gambar hot spring dekat google, serius mengimbau kenangan.. angau ke kenyataan ah? hahaha..  adehh.. berat dah ni..

Dan sebenarnyakan, saya nak bagitau ni.. gambar pertama tuh je masuk dalam mimpi.. gambar kedua tak pernah nampak pun dalam mimpi.. hahahaha.. So sebenarnya mimpi semata.. bukan realiti.. hahahha..

Tapi best ni kalau dapat.. Tengok la batu tuh, unik, mana nak dapat tengok batu unik tu? Bayangkan, duk atas kerusi tuh, relax relax.. wooo..relief~ hahaha. ok.. sudah la tuh berangan.. hehe..

Banyaknye ada … kalau satu hari duk sana tak sempat ni.. kene duk 2 3 hari ini.. haha.. demand..

6. Tin Valley

Tin valley.. what do you expect..? Untuk mereka yang tak pernah pergi macam susah nak expect apa benda sebenarnya Tin Valley ni.. Bukan jarang dengar, tak pernah dengar . Nih first time… Tapi kalau ikut pada perkatan tin, macam tin minuman.. haha..

So disebabkan saya nak tahu sangat apa dia ni, Sebab tuh saya nak pergi sangat Lost World of Tambun. Boleh pakai tak alasan tuh? Sebenarnyakan benda yang kita tak pernah tahu ni la kita kena tahu.. Sebab nanti pelancong tanya, senang nak jawab.. guarantee ramai yang tak tau jawab.. hentaram jee.. ye dak? baik ngaku.. hahha

Tengok apa yang ada di tin valley…

Owh.. ini rupanyaa.. macam muzium gitu.. haha.. yang paling best pasangan ni pergi..

Naik gajah beb…haha.. saya pun nak jugak.. nih depa punya gambar.. pasangan Adieyza… Kebas gambar depa, sebab saya takde gambar sendiri lagi.. Kalau dapat pergi sana baru ada gambar sendiri.. hihihi..

Bestnya kalau dapat naik gajah ni.. Cuba bayangkan saya kat atas tuh… hebat kan saya? hahahah.. pirahh naik gajah je pun.. haha..tapi gajah pun seronok, setakat ni naik beca  je.. nih gajah perlu la merasa jugak.. Kalau tak takde la pengalaman.. kan?

Owhhooo.. panjangnya entri ni.. penat korang baca kan? tak pe, saya pendekkan sikit.. Kenapa saya nak pergi sangat Lost World of Tambun,.. Sebabnya, nak pengalaman berada di sana bersama blogger, nak bermoment dengan haiwan haiwan di zoo yang berada dalam 10 tempat menarik, nak merasa water park paling best, nak merasa naik gajah (harap gajah tuh larat bawak saya, kalau tak larat cakap awal awal, saya nak squash 30 hari berturut2..haha.. kelas kau jah!~).. Last but not least.. i love aktiviti lasak macam ni.. Main gelongsor pun saya dah buat, ini kan Lots World of Tambun..hahaha..  okbye..  love norfa gojes..kekkekeke

Saje je saya letak map ni… Mana tau korang sesat.. hahaha.. tapi kan, nanti kalau saya bertuah, kami akan naik TRAIN!!.. which saya tak pernah naik train untuk jarak jauh.. mesti best gileee~!!!.. dalam map ni takde map train yee.. harap maklum…


View Lost World of Tambun, Ipoh in a larger map

I wish, I could go with 29 bloggers to Lost World of Tambun…

 

Untuk rakan blogger yang nak join sama contest ni dan menang ke Lost World of Tambun Blogger’s Getaway 2 hari 1 malam iaitu pada 22-23 September 2013,.. Jom join ramai ramai.. Boleh klik gambar di bawah..

Untuk info lanjut..
FB The Butterfly Project Malaysia :
FB Lost World of Tambun :
Semua gambar sumber dari google..
Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

14 Comments

Leave a Reply