Hi,
Wide Shawl semakin menjadi-jadi trending sekarang ye. Sampai saya sekali terikut. Beli wide shawl sebab boleh labuhkan bahagian hadapan. Sebenarnya saya boleh katakan ini sebagai perkembangan yang cukup positif kerana kita dapat lihat semakin banyak gaya fesyen hijab muncul dalam pasaran.
Selepas tudung bawal, kita dipopularkan dengan shawl, kemudian tudung serkup. Kini style wide shawl pula mendapat tempat di hati wanita berhijab!. Shawl jenis ini mendapat permintaan yang cukup tinggi dalam pasaran oleh wanita yang bertudung kerana boleh memakai lebih labuh.
Kebiasaannya wide shawl diperbuat daripada bahan yang lembut agar memberikan keselesaan buat pemakai, malah sesuai untuk digayakan sepanjang masa dalam suasana cuaca di negara ini. Antara jenis kain seperti chiffon, dan satin.
Wide Shawl Mudah Digayakan
Percaya cakap saya, wide shawl amat mudah untuk digayakan. Saya sendiri lebih suka memakai shawl atau wide shawl untuk kemana-mana.Selesa dan kemas.
Sekiranya anda tidak tahu bagaimana cara untuk memakai wide shawl, boleh sahaja Google atau lihat di Youtube untuk tutorial dan tips memakai wide shawl online. Ramai hijabista yang memuatnaik video tutorial memakai tudung trend terkini di sana.
Jom kita lihat di bawah untuk beberapa padanan wide shawl bersama pakaian tradisional wanita yang sesuai seperti baju kurung moden dan baju kebaya moden yang pasti akan memberikan anda idea dan inspirasi!
Bagaimana? Cantik bukan? Mudah sahaja sebenarnya untuk menggayakan shawl ataupun hijab ini. Apa yang penting ialah anda harus tahu gaya bagaimanakah yang sesuai dengan diri anda!