Skip to main content

Hi,

Trip gunung kedua selepas Gunung Besar Hantu. Unplanned trip! Terima kasih kat Hafriz geng yang kenal dekat BeeTalk, sebab sudi bawa saya ke Kluang Johor.

Selepas sebulan lebih tak naik gunung, lebih terasa penat nya. Tapi Gunung Berlumut macam sekejap je nak dibandingkan dengan Gunung Besar Hantu, Jelebu. Ye la, ketinggian pun tak sama.Hehe

Hiking Gunung Berlumut

Fakta mengenai Gunung Berlumut

  • Terletak di Kluang, Johor
  • Ketinggian 1,010 meter dari aras laut (3,314 ft)
  • Jauh 6km
  • Mempunyai 4 checkpoint (CP) untuk hiking.
  • Punca air di CP3.
  • Ada kem Banzai dan kem Batu untuk berkhemah di CP3.
  • Tak tahu jalan? Guna maps point ke “Gunung Berlumut”

Kami pergi dalam 60 orang yang datang dari Melaka, Pontian dan juga Kuala Lumpur. Kami naik satu kereta dengan Hafriz dari Kuala Lumpur ke Johor. Singgah di RnR Ayer Keroh untuk ambil lagi seorang.

Sampai di Hutan Lipur Gunung Berlumut. Siapkan barangan, bayar peermit RM5, kemudian briefing dan panaskan badan. Terus jalan!

Perjalanan ke Puncak!

Ini seram sikit nak bercerita. Maklumla saya ni kaki pancit. Tak Fit! Mula-mula risau juga nak naik sebab tak fit. Takut menyusahkan orang-orang kena tunggu saya. Tapi bertabah je la.

Perjalanan ke CP1 memang jauh. itu boleh diterima sebab landai dan ada naik turun sikit. Cuma macam biasa saya akan tercungap juga sebab bawa beban dan permulaan agak lambat sikit.

Sehinggakan terpaksa pass beg kepada Dila. Bergilir sebab Dila tak bawa beban. Thank you Dila.

Selepas 2 jam, sampai di CP2. Terpaksa berehat sejam kerana menunggu geng-geng lain yang belum sampai.

Time-time ni la kami sempat bergambar riang gumbira! hahaha..

Hiking Gunung Berlumut, Johor 36

CP2 – 3km to Puncak!

Hiking Gunung Berlumut, Johor 8

Geng Banana Stroot!

Selepas 1 jam, terus sambung sehingga ke CP3 kem Pacak. Masa ni dah bawak beban semula dah. hehe. Dalam 1 jam 40 minit kami sampai di Kem Pacak.

Perjalanan sebelum sampai ke Kem Pacak, laluan dia pacak 80-90 degree selama 1 jam. 1 jam tuh waktu saya la yang tak fit ni. Kalau waktu orang lain mungkin 45 minit je. hehe..

Penat weh panjat pacak. Serius merangkak. Rasa nak tercabut lutut. Pit stop jangan cerita la. Banyak kali buat pit stop sendiri. Termengah-mengah. Ditambah lagi dengan head lamp abis bateri. Fuh! Mujur cukup bateri. Beban pun berat. Ada kamera dan juga air botol dalam beg! haha.

At the end, alhamdulillah sampai juga ke Kem Pacak!

Sampai je tengok-tengok fly and ground dah terpacak! Suka! hahaaha..Terus duduk rehat, masak dan makan!

Hiking Gunung Berlumut, Johor 35

CP3 – Pacak sangat!

Lepas dah makan-makan, rehat, terus gerak tengok sunrise. Tapi tak nampak sebab kabus tebal!

Perjalanan naik ke Puncak Gunung Berlumut selama 20 minit.

Lepas sejam lebih di puncak, buat makanan lagi. Kali ni menu burger special gunung berlumut! hahaha.. Apa yang special? hanya kami-kami yang tahu.. hahahaha

Lepas dah siap makan turun kemas-kemas barang, kutip sampah dan blah!.

Ini lagi satu cabaran sebab air minuman tinggal sebotol besar je. Memang tak ada refill! Berkongsi pula 3 4 orang. Pergh..

Memang betul-betul exhausted.! But i managed to reach tapak dalam 2 jam 10 minit! debak! Lepas tuh terus masuk sungai! Mandi manda! hahahaah..

Secara ringkasnya:

  • 2 jam dari tapak Hutan Lipur Gunung Berlumut.ke CP2
  • 1 jam rehat
  • 1 jam 40 minit ke CP3 – Kem Pacak
  • 20 minit ke puncak dari Kem Pacak
  • 2 jam 10 minit turun ke tapak Hutan Lipur Gunung Berlumut.

Thank you kepada semua! Hafriz kasi pinjam beg dan tumpangkan aku. dan semua organizer!

This slideshow requires JavaScript.

See you again!

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

3 Comments

  • Ammar says:

    Tak pernah lagi mendaki gunung ni. Mendaki Broga hill pernah. Hehehe. Macam mana agaknya mendaki gunung ni ya? Best tak?

  • rezal says:

    Assalam,
    nk naik gunung ni kena minta permit and kena ada guide ke?

  • farhana says:

    Gunung berlumut mmg bes…dpt mandi pun dh bes…xyah susa2 nk daki…hehe, btw saya org kluang..pasni try lah daki gunung lambak pulak…

Leave a Reply