Skip to main content

Tak sah kalau pergi Penang tak jejak di Bukit Bendera atau lebih dikenali sebagai Penang Hills. Cuti-cuti di Penang kali ini lebih bermakna sebab pergi dengan geng Travel Log dan kenangan di abadikan dalam camera sendiri.

Bukit Bendera (Penang Hills)

Bukit Bendera terletak antara Pulau Pinang dan Kedah. Merupakan kawasan Parlimen semasa jajahan british dahulu dengan ketinggian 830 meter dari George Town.

Dari Bukit Bendera kita boleh tengok view yang cantik Pulau Pinang termasuk jambatan Pulau Pinang. Cuma sekarang ada banyak tempat sedang direnovate, jadi pandangan sedikit terbatas.

Bukit Bendera Tempat Menarik di Penang

Selamat Datang ke Bukit Bendera. Cantik tak model? bwahahaha

Nak naik Bukit Bendera dikenakan bayaran untuk naik train  sehingga ke atas. Harga ke Bukit Bendera untuk train adalah seperti berikut:

  • Dewasa – RM8 (Mykad) / RM30 (No Mykad)
  • Warga Emas – RM4 (Mykad) / RM30 (No Mykad)
  • Kanak-kanak 4-12 tahun – RM4 (Mykad) / RM15 (No Mykad)
  • Pelajar sekolah, pelajar univerisiti – RM4 (Mykad) / RM15 (No Mykad)

Oh! Jangan lupa bawa myKad ye!

Kami pergi dalam pukul 9.30 pagi. Alhamdulillah waktu cuti sekolah, tapi tak ramai orang. Kena beratur 15 minit juga la nak tunggu train.

Tapi masa turun, ya Allah. Penuh sesak! Beratur panjang. Kalau saya la, memang saya balik rumah tak beratur!.hehe. Tapi alhamdulillah.. Masa awal pagi tak ramai.

Bukit Bendera Tempat Menarik di Penang

Tiket!

Bukit Bendera Tempat Menarik di Penang

Sesi selfie sebelum naik train!

Perjalanan train nak sampai ke Bukit Bendera mengambil masa dalam 10 minit. Sekejap je. Tup-tup dah sampai. Kalau naik train berebut nak duduk bahagian kepala masa naik dan turun sebab nak tengok view yang cantik.

Kalau bernasib baik memang dapat la! Kalau tak menyesak duduk di tengah train!.

Bukit Bendera Tempat Menarik di Penang

Dalam train! Selfie lagi….

Apa yang menarik di Bukit Bendera Penang?

1- Kunci Cinta

Kalau yang bercinta suka la bahagian kunci cinta atau lebih dikenali love pet lock!. Apa nak buat di bahagian kunci cinta? beli pet lock. lepas tu tulis nama anda dan pasangan anda, then letak di pagar yang sedia ada. Kunci buang je dalam gaung atau tempat yang disediakan.

Natijahnya? Ada jodoh berkekalan, tak ada jodoh, putus jua! Jangan percaya sangat pada pet lock. Kita umat islam kena percaya qada dan qadar yang tertulis! Ada jodoh ada la! hehe.. tazkirah pulak ye! hahaha…

Bukit Bendera Tempat Menarik di Penang

Aku tak percaya cinta.. aku tak percaya C.I.N.T.A.. eh! Liyana Jasmay pulak.

2- Panorama yang cantik!

Ye, saya tak nafikan, panorama di Bukit Bendera sangat cantik. Kalau buat photoshoot atas ni mesti de bomb! Dengan kehijauan, biru langit dan bunga, memang cantik. Lagi-lagi ade photographer tak berbayar. Hehe.. Abam Emard.. Nanti jadi photographer saya kahwin tau! hehehehe

Bukit Bendera Tempat Menarik di Penang

Peace yo!

Bukit Bendera Tempat Menarik di Penang

Geng riuh Penang. Travel Log.

Layan Slideshow!

This slideshow requires JavaScript.

Cantik semua!!!! Jumpa lagi time honeymoon pula! ehhh…

[infobox style=”alert-info”] This entry sponsored by Hidy Collection : Homemade Tunic Dress in Malaysia… Baju hijau yang saya pakai tu.. Oh..! Ada sales 25 Disember 2014 nanti.. Info di sini! [/infobox]

 

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

Leave a Reply