Skip to main content

Assalamualaikum.. Akhirnya keluar jugak resepi nasi dagang Terengganu turun temurun.. Nak di jadikan cerita dulu Tok Cik jual nasi dagang dekat Kampung Banggol, Kuala Terengganu.. Boleh di katakan femes jugak sampai kerabat di raja turun Terengganu semata nak makan nasi dagang Tok Cik…

Dengar serita dari Mok Cik, dia cakap masa mula mula dulu, ramuan kuah nasi dagang memeng menjadi rahsia Tok Cik sahaja sampaikan dapur tak boleh masuk masa Tok Cik buat nasi dagang untuk di jual.. Bila ramuan dah masuk dalam periuk baru boleh masuk. Ia menjadi rahsia sehingga kan Mok Cik curi curi masuk dan dapat tahu rahsia gulai ikan aya paling sedap..

Saya kongsikan resepi kat sini, dan baca sehingga habis nak tahu resepi nasi dagang Terengganu turun temurun. Saya ingatkan susah nak buat nasi dagang.. Rupanya senang sahaja.. heheh.. Alhamdulillah.. dah pandai dah..

Resepi Nasi Dagang Terengganu:

Bahan-bahan untuk Nasi: –

  • 4 cawan beras Jati
  • 1 cawan beras pulut
  • 3 cawan santan cair + sedikit gula dan garam
  • 1 – 1 1/2 cawan santan pekat + sedikit garam
  • 1 sudu halba
  • 2 ulas bawang merah
  • 1/2 in halia

Cara cara :

1. Beras dicampur dengan beras pulut di rendam 8 jam atau semalaman (kalau tak sempat 2-4 jam pun ok)
2. Kukus beras dan pulut tadi selama 20 minit
3. Angkat dan kaut semua nasi ke dalam bekas yang agak besar dan digaulkan dengan separuh santan cair sehingga rata. biar seketika hingga semua santan meresap. Masukkan lagi santan sehingga meresa. Elok habiskan semua santan cair. Biar sekejap
4. Kukus semula selama 20 minit lagi.
5. Sementara itu hiris bawang dan halia halus2. Masukkan di atas nasi dlm kukusan dan juga buah halba.
6. Angkat nasi utk kali kedua dan arunkan dengan santan pekat hingga rata. Tak perlu habiskan jika nasi nampak sudah elok lembutnya.
7. Boleh dihidangkan….

Resepi Nasi Dagang Terengganu 2

Resepi Gulai Ikan Aya :

  • Rebus Ikan Aya Hitam bersama beberapa asam keping dan juga garam..
  • Jangan buang air rebusan
    * boleh tambah telur rebus juga.. Ada yang suka makan Nasi Dagang dengan gulai telur rebus
    * lebih sedap guna Ikan Aya Hitam dari Ikan Aya Kurik

Resepi Nasi Dagang Terengganu

Bahan-bahan gulai :

  • 1 sudu serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu serbuk  jintan putih
  • 2 hiris lengkuas (dikisar)
  • 1 hiris halia (dikisar)
  • 1 biji bawang besar (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 3 sudu cili mesin
  • 1 paket rempah gulai cap bunga Ros 15 gram (nak sedap tambah lebih)
  • 1 1/2  liter santan
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 sudu kerisik
  • 4 keping asam keping
  • 1/2 buku kecil gula melaka.
  • Sedikit Belacan
  • 10 biji cili padi
  • sedikit garam

Cara-cara :

1. Masak Santan sehingga naik minyak.
2. Masukkan semua bahan-bahan yang dikisar, serbuk,  rempah gulai cap bunga ros, cili mesin, kulit kayu manis, kerisik, asam keping, dan gula melaka
3. Masak lama, biarkan mendidih. Masukkan sedikit garam sesuai dengan rasa.
4. Masukkan air rebusan ikan tadi dan juga ikan yang di rebus. jangan masukkan asam keping rebusan ikan nanti masam.
5. Biar beberapa minit. Masukkan cili padi dan juga belacan.
6. Masak sebentar dan boleh dihidang. Pilihan sendiri mahu pekat atau pun tidak.. Kalau mahu pekat masak lama.. Siap!

Resepi Nasi Dagang Terengganu 3

Resepi Acar Timun:-

  • Timun
  • Carrot
  • Cili Merah dan Bawang

– SEMUA  dihiris memanjang

  • 1 sudu gula
  • 1 sudu garam
  • 1 sudu cuka.

Cara-cara:

1. Gaul sebati dan dihidang.

Resepi Nasi Dagang Terengganu 4

Alhamdulillah.. Siap semua resepi bagi buat Nasi Dagang Terengganu turun temurun. Resepi rahsia dari tokcik … Apa yang rahsianya adalah, masukkan daging semasa masak santan.. Banyak mana? ikut anda.. Saya buat 8 cawan beras, so masukkan 1/2kg daging.. Cuba la.. InsyaAllah sedap! .. Selamat mencuba..

Resepi Nasi Dagang Terengganu Turun Temurun Tok Cik

:: Nasi Dagang, Rasa yang sama cuma lighting yang berbeza.. dan Orang yang sama yang buat di Hari Raya 2014… ::
Best of the best nasi dagang Tok Cik… Raya pertama makan..raya ke 10 pun makan.. Ini la nasi dagang yang sy share kat blog saya “Resepi Nasi Dagang Turun Temurun”… Along makan 3 pinggan… Fuhh #foodlover #foodporn #food #love #malaysianfood #traditionalfood

Cik Na

Cik Na

"The past cannot be changed. The future is yet in your power girl."

36 Comments

Leave a Reply