Hi uols… Dah plan nak buat kuih raya ke tahun ni? Dah kumpul resepi? Ke belum lagi? hehe.. Kite dah stanby dah tahun ni, 30 hari 30 resepi.. Hahaha.. Acah-acah rajin. Rasa tak jadi kot. Sebab busy business jubah tahun ni. Tapi takpe, tetap nak kongsi resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Azlina Ina di Facebook. Resepi Biskut Semperit Susu Sedap ini dapat 39,000 share dalam 24 jam! Wah. Tahniah!
Bismillah… alhamdulillah harini dan seterusnya kite belaja buat biskut raya.. start puasa korang boleh bisnes biskut raya plak ye.. tp maaf biskut ina takde yang viral cuma biskut yg ina penah jual beribu ribu bijik setiap bulan puasa.. setakat ni rasanya memang memuaskan hati pembeli.. Semperit salah satu biskut trademark ina… Ok kat sini ina bg sukatan sedikit sbb ina nak galak kan org yg xpenah buat biskut ni mencuba.. inshaAllah adunan lembut, tak mengembang dan sgt mudah.. jom cikedot dot – Puan Azlina Ina
Resepi Biskut Semperit Susu Sedap
Bahan-bahan:
- 1/2 cawan butter (Jenama Buttercup)
- 1/4 cawan Susu pekat
- 2 titik Esen Vanilla
- 2 cawan Tepung Jagung (untuk bagi rasa cair dalam mulut)
- 1 sb Tepung Beras (untuk bagi rangup dan tak mudah pecah bila sejuk)
- 1 sb Tepung Custard (untuk bagi creamy pada Semperit)
- 2 titik pewarna kuning (ikut suka nak warna apa.. dan banyak mana)
- Butter untuk sapu kat loyang.
Cara-cara:
- Masukkan butter, susu pekat dan esen vanila kedalam bekas. Kacau menggunakan senduk biasa sehingga sebati.
- Selepas sebati, masukkan pewarna kuning. Kacau lagi sampai rata.
- Masukkan Tepung Jagung 1 cawan dulu, dan diikuti 1 sb tepung beras dan tepung custard.Gaul guna tangan ye. Senang sikit..
- Kemudian masuk lagi baki 1 cawan tepung jagung tadi. Masukkan sikit sikit. Jangan sekali gus ya. Ikut keselesaan doh yang korang nak.. kata Puan Azlina Ina.
- Uli doh sampai lembut ye.
- Bila dah siap uli, boleh buat semperit. Masukkan sikit adunan kat hujung munchung semperit. Tekan sikit bagi rata keluar angin dulu.. Then boleh buat adunan pecah 11 lenggok atau pecah 15 lenggok.
- Hias kan dengan ceri. Siap untuk dibakar.
- Panaskan oven 170 darjah selama 5 minit. Selepas 5 minit bakar semperit yang dah siap tadi 160 darjah selama 25 minit atau sehingga bila kita tolak dia mudah tertanggal.
- 1 adunan diatas untuk 35 biji semperti. Ikut korang pecah 11 atau pecah 15. Apa tu pecah? hahahah.. Itu ikut alunan daun dia..